"Bila difikir balik, Wais dah banyak berjasa dengan arwah abah dan ibu."

Marwah memandang sungai dihadapannya. Tiba-tiba mata menangkap suatu susuk berpakaian serba hitam sedang mengacukan sniper ke arah...

Zara!

"Alah kau bol..." Pelik Zara tiba-tiba Marwah berdiri dihadapannya.

Zup!

Tersentak tubuh Marwah ke arah depan. Perlahan-lahan wajah diangkat memandang Zara.

"Lar..i Zara." Arah Marwah.

Zara masih kaku dengan situasi itu. Melihat baju Marwah berdarah, perlahan-lahan matanya berkaca. Belum sempat Zara membalas kata-kata Marwah,

Zup!

Darah terpercik ke arah tangan Zara. Wajah Marwah kini berada betul-betul dihadapan wajah Zara. Kedua-dua memandang antara satu sama lain.

"Tol...ong lari." Rayu Marwah bersama air mata.

Sakit yang ditahan tatkala ini hanya Allah sahaja yang tahu. Dua butir peluru terkena belakang badannya. Mata dipejam rapat.

Melihat Zara yang perlahan-lahan berlari tanpa rela membuatkan Marwah menghembus nafas.

Dirinya yang tadi berdiri sudah melutut. Sakit. Sangat sakit. Belakang badan diraba, darah pekat masih mengalir laju.

Buk!

Terus tubuh Marwah jatuh terlentang bersama aliran darah. Matanya mula mengalirkan mutiara. Ingin menjerit memanggil Wais, namun dia sudah tiada kudrat.

Mata kembali dipejam, andai dia mati. Dia redha, tapi jangan Zara. Bayi Zara harus melihat dunia. Sempat Marwah memandang larian Zara yang semakin jauh sebelum pendangannya kelam.

***

"Kau ni bodoh ke? Kayu api tu kasilah tebal sikit. Ranting ni apa sia? Nak bersugi ke?" Bebel Ayden.

Ada ke patut Farhad mengutip ranting-ranting untuk dijadikan kayu api.

"Banyak cekadak pula kau." Farhad mendengus. Semua salah, ish!

Sebaik sahaja empat ikat kayu api dikumpul, mereka mula keluar. Namun bunyi larian membuatkan keduanya melepaskan kayu api sambil mengeluarkan pistol masing-masing.

Tap! Tap! Tap!

Larian semakin dekat. Ayden dan Farhad bersedia menerima serangan. Mata masing-masing ligat memandang sekeliling.

Tap! Tap! Tap!

Semakin dekat. Pistol sudah sedia diacu ke arah bunyian.

Tap! Tap! Tap!

"Kiri Farhad!"

Baru sahaja picu ingin ditarik, wajah Zara menghiasi. Ayden dan Farhad sama-sama melepaskan keluhan.

"Wife, kenapa lari-lari dalam hutan ni? Kau tu mengandung tahu tak?" Soalan Farhad dibalas dengan diaman Zara.

"Kenapa ni?" Lembut Farhad bertanya sekali lagi.

Menggigil-gigil Zara mengangkat tangannya yang terdapat sisa darah milik Marwah.

"Mar... Marwah!"

Riak wajah Ayden dan juga Farhad mula berubah. Tanpa memikirkan Farhad dan Zara, Ayden pantas berlari keluar dari hutan.

"Saya Siti Marwah, anak Ustaz Malik. Salam kenal ya?" Sapa Marwah, senyuman dibuat-buat ditayang.

Difikirannya hanya Marwah. Segala memori bersama Marwah seakan berputar.

"Awak ada nak ambil gambar ke tak?" Kayuhan mula perlahan dan berhenti, begitu juga dengan basikal yang dibawa oleh Wais.

"Malas ah, setakat padi baik google." Ayden menayangkan muka tidak berperasaan.

Air mata ditahan. Tak, dia tak akan hilang Marwah lagi! Marwah pasti selamat!

"Wais, awak pakai saiz apa?" Soal Marwah yang sedang membelek baju melayu.

"Saiz L."

"Besarnya. Tu lah makan banyak, kan dah gemuk." Kutuk Marwah depan-depan.

Lariannya laju sehingga setiap derapan kaki membuatkan dedaun berterbangan.

"Peganglah tangga tu kuat sikit." Arah Ayden.

"Suka hatilah nak pegang kuat ke longgar. Kalau nak bising-bising, pegang sendiri." Marwah mendengus geram, orang tolong pegang pun dikira bagus dah.

Entah dimana silap lariannya, tubuh jatuh ke hadapan. Sempat tanah dihentak kuat bersama mata yang sudah merah.

"Eh dugung!" Marwah sengaja membuat reaksi terkejut apabila wajah Ayden menyapa pandangannya.

"Kurang ajar." Ayden memutarkan mata ke atas. Gelas di cuci sebaik sahaja Marwah beralih ke tepi.

Larian diteruskan lagi sehingga pondok miliknya menghiasi mata kaburnya. Segala memori tidak henti-henti berputar.

"Kau nampak sayangkan arwah sangat."

Marwah diam seketika.

"Sayang. Sangat sayang."

Ayden mengukirkan senyuman hambar.

Larian terhenti sebaik sahaja mata melihat darah yang begitu banyak. Hanya darah namun tiada tubuh Marwah di situ.

"Marilah!" Jerit Marwah melawan bunyi hujan yang deras.

Paip panjang ditangan Marwah dilihat. Entah dari manalah perempuan ni kutip.

Tiba-tiba dirinya tersentak tatkala air disembur oleh Marwah.

"Kau ni!"

Marwah tertawa besar melihat wajah Wais cemberut.

Air mata yang ditahan mengalir jua. Tangan digenggam erat, urat mula timbul. Geram dan amarah mula menguasai diri.

"Kenapa kau ambil mereka yang aku sayang lagi?!" Jerit Ayden terduduk.

Tanah dihentak kuat berkali-kali sehingga tangannya mula menggelecet.

"Lagi-lagi kau beri aku sakit Ya Allah..."

Air mata tidak berhenti mengalir. Matanya setia memandang darah. Darah milik Marwah.

"Aku gagal."

"Aku gagal!" Jeritnya marah.

Sekali lagi dia gagal untuk menyelamatkan mereka yang tersayang. Satu persatu pergi tanpa pamit.

***


Hampir sampai ke penghujungnya! Jangan marah saya, saya tulis apa yang sudah di plan HAHAHAHAH

Sebelum tu, apa pendapat anda tentang story ni? Teruk atau teruk? Komen!

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now