Masuk sahaja ke dalam kereta, masing-masing sepi. Hanya Zara yang berceloteh mengadu bahawa coklatnya sudah berkurang.

"Kita nak ke mana?" Soal Marwah.

Sudahlah dia diculik ke sini, apalah jadi dengan tempat kerjanya.

"Kita akan pergi tempat rahsia aku. Menetap di sana untuk beberapa hari."

Farhad mengangguk setuju. Jika mereka berkeliaran, sudah pasti Tuan Ran akan mengesan mereka.

"Tempat rahsia? Kau ada tempat rahsia?" Marwah memandang Ayden disebelahnya pelik.

Ikutkan Zara yang harus duduk di seat belakang, namun kerana wanita itu mahu duduk bersama suami tercinta, terpaksalah Ayden ke seat belakang.

"Ya, tak jauh dari sini."

"Jangan cakap dekat hutan pula." Mata Marwah memandang sekeliling. Rasa asing menjengah, suasana negara Thailand sangat berbeza dari Malaysia.

"Exactly, yes." Beritahu Ayden.

"Hah?!" Terkejut Marwah.

Macam mana dia nak berhubung dengan rakan-rakannya untuk meminta bantuan?

"Mulai hari ini, tak ada gadget. Kereta ni pun kita akan buka bateri sebelum kita masuk tempat aku nanti."

"Aku tak faham. Kenapa aku kena ada dekat sini? Kenapa OH serang semalam? Dan kau siapa Wais?" Pelbagai soalan bermain dimindanya.

Jika sesiapa menjadi dirinya, pasti mereka akan pening dengan situasi kini. Sudahlah dibawa ke negeri luar secara tiba-tiba.

"Kau hanya perlu percaya aku."

"Macam mana aku nak percaya kalau kau pun aku tak kenal?!" Tinggi suara Marwah menyoal.

Ayden mengeluh lemah. Jika Marwah tahu semua ini pasti wanita itu bakal mengamuk.

"Kau ingat adik aku Nur?"

Marwah tersentak. Ya! Sudah dua hari adik Wais menghilangkan diri sejak kematian arwah ibu dan abah.

"Itu bukan adik aku. Aku anak tunggal."

"Jadi kenapa kau mengaku itu adik kau?"

"Aku ada misi Marwah. Tolong faham. Kau hanya perlu percayakan aku dan semuanya akan berakhir."

Marwah memeluk tubuh lalu mata kembali memandang luar tingkap. Misi, misi! Dari semalam lelaki itu mengatakan semuanya kerana misi. Jika ditanya misi apa, balasannya diam.

Makin lama fikir, makin serabut. Namun selagi persoalan ini tiada jawapan, sifat ingin tahu itu tidak tenteram.

***

"Dapat tak?"

"Tak dapat Kapten. Dari semalam saya call masuk suara perempuan, nombor yang anda dial tu je." Salman memandang Kapten Hanif.

Dua hari Red hilang. Mereka faham jika wanita itu masih bersedih, masalahnya Fara rakan baik Red sendiri menelifon mereka menanyakan hal Red.

Pelik. Fikir Kapten Hanif. Mereka yang lain turut gusar akan keadaan Red.

"Zeera, kau cuba hack apa-apa yang berkaitan dengan Red. Tak kiralah laptop atau apa."

"Saya dah cuba semalam Kapten tapi semua peranti yang dekat dengan Red memang off." Jelas Zeera.

Hatinya turut tidak tenteram tentang kehilangan Red secara tiba-tiba sahaja.

"Waktu majlis pengebumian arwah ayah Red, kau orang perasan tak Wais?" Soal Salman.

"Wais yang nak belajar agama dengan arwah?"

"Haah, Wais tu."

Kapten Hanif memandang satu-persatu wajah anak buahnya. Apa yang mereka bincangkan dia tidak tahu. Malah siapa Wais?

"Lelaki tu something wrong." Celah Hilman.

"Agaklah sebab dia asyik larikan mata je."

Tiba-tiba Zeera menepuk meja kuat.

"Oi! Asal?" Salman menjeling. Suka hati je tepuk-tepuk meja. Terkejut tahu tak?

"Memanglah lelaki tu, haritu Red ada cari pasal Wais tapi identiti dirahsia. Hanya dapat nama dan umur je." Beritahu Zeera bersungguh.

Kapten Hanif mula tidak senang duduk. Wais. Sebaris nama yang membuatkan mereka gelisah.

"Zeera, cari tahu siapa Wais. Godam sampai dapat." Arah Kapten Hanif.

"Roger Kapten."

"Salman dengan Hilman, kau orang berdua pergi rumah Red. Cari apa-apa kesan."

Salman dan Hilman pantas mengangguk dan berdiri. Mereka mula menggapai kunci kereta.

"Tolong check sekali rumah sebelah Red. Itu rumah yang Wais beli." Sempat Zeera memberitahu sambil tangannya laju menekan keypad laptop.

"Ya, check sekali. Ada apa-apa terus inform." Tegas suara Kapten Hanif.

Red yang tiba-tiba menghilang. Wais yang misteri. Kes tentang pembunuh upahan yang semakin meningkat dari hari ke hari, sangat memeningkan.

Bila semua ini bakal berakhir? Lelah sudah terasa.

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now