22; everything just for this ending?

Start from the beginning
                                    

Kami berdiri di bawah terik matahari pagi di hadapan kapal terbang bersaiz serdahana, along memandang satu per satu wajah rakan-rakannya.

"Hah, Karl. Tolong baca doa." Seorang lelaki kulit hitam manis along tunjukkan, nampak macam terkejut sikit Karl tu lepas along petik nama dia macam tidak berdosa. Kami diawasi dengan ramai pegawai-pegawai yang berkuat kuasa. Mungkin papa yang arahkan,

Karl mula ke depan, tangan ditadah untuk membaca doa.

Aku memerhati Nazmi yang dari tadi nampak tak senang, kejap dia ke sana, kejap dia ke sini. Nampak gelisah semacam.

"Aamiin." Doa di aamiin kan beramai-ramai, along sekali lagi berjabat tangan dengan rakan-rakannya mungkin untuk kali terakhir.

"Korang kalau susah, cari je aku. Aku boleh tolong, jangan ambik dadah tahu?" Rakannya menampar belakang badan Along yang cuba bergurau,

"Dah boleh bergerak sekarang." Seorang pramugara keluar dari kapal terbang, tanda kami memang kena masuk sekarang juga.

"Okaylah, jaga diri ya." Along memesan, "Nazmi!" Nazmi yang dari tadi leka along tegur,

"Hehe, ye bang?" Nazmi berdiri tegak,

"Jaga diri, Farhah aku jaga." Dia ketawa kecil, matanya dari tadi memandang satu arah. Tiba-tiba Nazmi nampak gelabah yang lain macam, betul-betul gelabah.

"Hezrel!" Nazmi halang along dari sesuatu, memang laju. Macam tak nampak langsung apa yang datang, along nampak terkejut, tangannya menyambut Nazmi yang terjatuh di hadapannya.

"Nazmi! Nazmi!" Aku terkedu, mata aku tak boleh percaya apa yang aku nampak ni. Terus aku yang ada atas tangga cuba berlari turun bawah kembali,

"Farhah masuk!" Farhan memeluk aku dari belakang, lapangan kapal terbang yang aman tadi mula jadi huru-hara. Pegawai keselamatan mula jalan kan tugas masing-masing.

Aku lihat Nazmi yang berlumuran darah, kepala aku memerhati sekeliling cuba cari dari mana datangnya peluru sesat yang menembak kepala Nazmi tersebut.

"Hezrel! Masuk sekarang!" Seorang pegawai keselamatan juga menarik along yang masih memeluk Nazmi, Farhan pula masih memegang aku erat supaya aku tak keluar dari kapala terbang.

Kenapa,

Kenapa sekarang?

Kenapa dalam ramai-ramai orang, Nazmi jugak?

"Farhah masuk." Along menolak kami berdua kebelakang, pintu kapal terbang laju ditutup.

"Along? Tolonglah." Aku mula meronta-ronta, Farhan masih degil tidak mahu lepaskan. Nampak Nazmi dah dibawa pergi oleh pasukan kecemasan manakala kapal terbang mula bergerak ingin berlepas.

"Along minta maaf, tapi kita memang kena lari." Farhan akhirnya melepaskan badan aku, terus aku jatuh terduduk.

"Kenapa Along buat Farhah macam ni?" Apa yang aku boleh buat cuma menjerit? Nazmi separuh mati selamatkan aku dulu, sekarang aku langsung tak boleh buat apa-apa untuk tolong dia?

Aku rasa macam seorang yang betul-betul tak berguna, sama macam kaduk kena baja. Tak berguna tapi hidup lama, apa faedah aku kekal sampai sekarang kalau orang sekeliling akh merana?

"Farhah, Nazmi halang peluru tu dari kena along. Kau tak perasan? Ada orang cuba serang hendap kita." Farhan menerangkan situasi yang berlaku, otak aku betul-betul tak dapat hadam apa yang berlaku. Cuma nampak Nazmi yang tersentak bila kepala dia ditusuk sesuatu masa dia tolong halang along tadi.

Air mata aku akhirnya mengalir, lama juga rasanya aku terkesima terkejut apa yang jadi sampai langsung tak boleh berfikir.

"Nazmi suruh Farhah jaga diri." Along duduk bersebelahan aku, bahu aku dia peluk erat,

"Tapi Nazmi...along kitorang janji macam-macam. Kenapa semua jadi macam ni?" Aku mula tak rasa apa, teresak-esak aku menangis sebab semua perasaan bercampur, marah, sedih, takut. Sekaligus semuanya.

Nazmi, kau janji lagi 10 tahun kita nak jumpa. Kenapa semuanya jadi macam ni?

Dada aku mula rasa berat, susah nak bernafas disebabkan terlalu terkejut. Along pula mula nampak risau, kepala aku juga terasa semakin berat.

"Dia ada lagi tak tadi?" Along diam tidak membalas, bertambah remuk hati aku melihat riaksi yang keluar dari wajahnya. Tak cakap apa-apa lagi dah tahu jawapannya.

Kau suruh aku janji jangan tinggalkan kau kan Nazmi,

Sekarang siapa yang tinggalkan siapa?










































The nightmare never end.

Leal ©Where stories live. Discover now