4; Why, not me?

594 113 46
                                    

"Nanti jumpa dekat tempat hari tu." Panggilan suara dari Farhan terus aku matikan, kaki aku melangkah keluar dari toilet untuk cari makan dekat cafe. Memandangkan kelas untuk hari ini sudah tamat.

"Farhah!" Suara lantang meneriak nama aku dari belakang, terus aku toleh kepala arah punca suara. Kelibat seorang kelaki tinggi lampai berjalan ke arah aku.

"Ha Nami, kenapa ni?" Nazmi atau budak skema yang selalu kena buli sebab terlalu lurus bendul ini senyum pada aku, cermin mata tebal miliknya dibetulkan sedikit.

"Ni ada orang bagi." Sehelai? Sekeping? Seutas? Sepucuk? Surat Nami hulurkan pada aku,

"Haih, Nami kan aku dah kata Caliana tu dah ada boyfriend." Surat tersebut aku pulangkan, gigih betul mamat ni dekat tiga tahun usaha. Nazmi ni bukan tak handsome cuma tak tahu nak dress up je, pandai pun pandai jugak.

"Eh bukan, ni untuk kembar kau."

"Aeh?" Surat tersebut aku capai semula, "Kau lepas kena rejected sejuta kali terus nak gay pulak?" Nazmi ketawa,

"Tak lah, ni ada budak perempuan tu bagi. Siapa tah."

"Dia hulur kau duit lah ni?" Surat tersebut aku masukkan dalam saku seluar, Nazmi ketawa perlahan sambil menganggukkan kepalanya perlahan.

"Orite nanti aku hulur dekat dia, kau kalau kena buli lagi roger aku tahu? Tak pun belajarlah pukul balik diorang kau bukan tak boleh."

"Terima kasih ambil tahu pasal aku, tapi tak ada dah sejak kau tolong aku hari tu. Thanks." Dia tersenyum manis jawab soalan aku,

"Oh kalau kau free jom lah esok kita hang out." Nazmi diam seketika memikirkan jawapan untuk pelawaan aku, dulu kami selalu juga keluar masa Cal tak ada boyfriend, tapi dia selalu kena hina dengan Caliana je. Mean sangat perempuan tu.

"Boleh, boleh. Aku pun tak ada buat apa-apa esok."

"Orite nanti apa-apa aku roger kau balik." Aku tepuk bahu Nazmi perlahan sebelum beredar, kadang dia ni sedikit sus ya. Badan dia tegap bukan main cuma dia cover dengan kemeja lengan panjang. Style dia dress up pun nampak menipu sangat,

Come on ni bukan tahun 2000 nak pakai spect petak tebal, ribbon tie sampai dekat leher. Tapi asal dia tak buat hal dengan aku, aku okay je. Kadang kesian lah dia asyik kena buli. Tapi aku sure kalau dia open up satu hari nanti pecah satu sekolah beb.

Akupun terus sambung niat nak pergi beli makanan dekat cafe. Memang selalunya aku sorang-sorang, aku kawan dengan semua orang, boleh la kalau setakat tegur borak kosong. Kawan yang selalu ada 24 jam Caliana je, itupun sebelum dia ada boyfriend lah. Sekarang pun dia dah berubah, aku malas lah nak fikir. Dah besar, ikut dia lah bukan dia tak ada otak tak boleh fikir.





.





"You eat so fucking gross princess, are eat like that on date?" Tak ada angin tak ada ribut terus kena hina bila masuk dalam apartment ni, burger yang aku makan sambil berjalan aku kunyah sebelum menjawab pertangaan Astar.

"I don't go on date."

"Exactly, theres a reason why no one takes you on date." Aku melabuhkan punggung atas sofa berhadapan Astar yang sangat bitter hari ni, mana Farhan dengan Aldari ya? Borak dengan dia ni boring nak mati.

Leal ©Where stories live. Discover now