11; which is which

411 89 28
                                    


!!Sedikit mature content


"Semalam Astar sikit lagi nak rosakkan janji Astar dekat mama." Astar letakkan buku Yaasin kecil yang dia baru lepas habis baca di dalm saku bajunya. Dia kemudian duduk bersila di hadapan kubur yang baru lepas dibersihkan olehnya tadi. Nafas dalam ditarik, kemudian dia menghembuskannya kembali.

"Sumpah Astar kata mama, Astar dah cuba yang terbaik. Tapi nasib tak pernah nak menyebelahi Astar, kenapa mama? Hina sangat ke Tar ni." Kepalanya ditundukkan, mata langsung tidak mampu untuk mengeluarkan air mata lagi. Entah bila kali terakhir dia guna kata kerja menangis itupun dia sudah lupa. Baginya, tak ada guna nak menangis lagi.

"Astar syukur sangat Farhah tak pergi sama macam Paan, macam mama. Aldari sendiri dah tak nak percayakan Tar lagi ma, Astar memang lahir dekat dunia ni untuk tersiksa ke?" Astar diam seketika, kemudian dia tersenyum kecil.

"Sorry, mama mesti marah kalau dengar tadi." Astar memusingkan badannya ke arah belakang, batu nisan yang masih baru itu diusapnya "aku tak maafkan kau lagi tahu? Kau dah bagi beban dekat aku Paan, nak jaga Farhah sekali dengan Alda bukan senang."

Astar diam seketika, kepalanya mendongak pandang langit yang sedikit mendung tanda akan hujan bila-bila masa.

"Paan, mama. Astar balik dulu lah. Dah nak hujan ni, mesti korang sejukkan malam ni?" Astar kembali berdiri, tangannya mengibas bahagian punggung seluarnya yang sedikit kotor,

"Assalammualaikum."





.
.
.











13 years ago

someone's pov

Aku tak pernah tahu dah berapa tahun aku hidup dekat dunia ni, bila hari kelahiran aku, siapa ibu dan bapa kandung aku sendiri. Paling sedih, nama sendiri pun aku tak tahu apa. Orang panggil aku dengan panggilan Niel, itu sahaja yang aku tahu.

"Kita ada kawan baru! Tadaa!" Lamunan aku terhenti bila suara yang sangat dikenali itu menyerpa gegendang telinga, lelaki yang kami panggil dengan panggilan Miz itu melangkah masuk dengan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis di kendongannya.

"DIAM! AKU KATA TADI!" Budak perempuan yang ada dikendongannya tadi dicampak ke bawah, semakin kuat teriakkan yang keluar dari mulutnya. Miz kelihatan marah, mukanya kemerah-merahan seperti akan meletup bila-bila masa.

"Miz, biar Niel jaga." Aku angkat budak perempuan yang sedang menangis tersebut, tubuh aku yang sedia kecil menyebabkan aku terpaksa mengendong budak perempuan yang nampaknya lebih muda dari aku itu.

"Nanti Miz treat Niel okay?" Aku hanya mengabaikan perlawaan Miz tersebut, budak perempuan yang aku kendong itu aku letakkan di atas katil milik aku.

"Tak guna kau menangis, kau dah masuk sini dah pun." Aku berjalan ke arah laci meja yang berada di tepi katil bujang ini, sebungkus gula-gula aku keluarkan.

"Nah, ini je aku ada. Makanlah." Budak perempuan tersebut hanya menerima pemberian aku tanpa banyak soal. Aku kembali duduk di atas katil aku sambil mata memerhatikan rakan-rakan yang senasib dengan aku, bilik yang patutnya hanya boleh ditempatkan dengan 10 orang tetapi kami sendiri sudah melebihi 20 orang ini betul-betul bising.

Macam ni lah hidup aku, tiap malam ada lelaki tua yang berlainan datang untuk meratah diri aku yang sedia kecil ini. Lagi perit bila aku juga seorang lelaki.

Diri aku terlalu hina, berapa banyak juga rakaman diri aku buat perkara memalukan yang orang-orang jahat ini dah jual. Aku masih kanak-kanak, kalau aku tak buat. Aku kena pukul. Tapi aku tak nak buat semua ni lagi, sakit.

Leal ©Where stories live. Discover now