20; little promise

338 79 8
                                    

[chapter playlist]
First love / late spring - mitski

I put the song on header so you can play it here ≥﹏≤



.

"Aldari langgar budak tu?" Aku cuma angguk kepala membalas soalan Farhan, kami bertiga melangkah masuk ke arah wad milik Mits. Bertiga tu, sorang lagi Nazmi.

"Assalammualaikum..." Aku menolak pintu wad tersebut, mata aku disapa dengan Mits yang masih belum sedar dari koma.

"Farhah?" Terhenti langkah aku di hadapan pintu wad, Farhan yang ada di belakang hanya hulurkan kepalanya melihat suara yang memanggil aku tadi.

"Er...hai?" Aku lambai Cali yang sedang duduk di tepi katil adiknya itu, tak tahu nak buat apa tak akan aku nak lari peluk dia. Kalau dia benci aku lagi macam mana?

"Sorry, ganggu. Kitorang pergi dul-" Nazmi cuba minta diri untuk beredar, laju Caliana geleng kepala halang kami pergi. Terus dia bangun dan berjalan ke arah aku yang masih lagi berdiri depan pintu sebab tak tahu nak buat apa.

"Terima kasih dah tolong aku." Cali tiba-tiba memberikan sebuah pelukan, aku macam terkesima sekejap. Fikir apa yang aku dah buat,

Oh,

"Daniel dah kena tahankan?" Aku membalas pelukkannya, kepala Cali aku belai perlahan sebab dapat rasakan perempuan ini sedang menangis di bahu aku.

"Aku minta maaf selama ni aku tinggalkan kau Farhah, aku...aku tak nak kau terlibat dalam masalah aku." Sambil air matanya masih membasahi pipi Caliana bercerita,

"Aku nak kau benci aku so kau selamat, aku minta maaf." Caliana memegang kedua lengan aku, kemudian dia tarik aku untuk duduk di sofa yang ada dalam wad ini, "terima kasih jugak sebab dah tolong Mits, aku tak ada orang lain lagi selain dia."

"Kau okay Cali?" Farhan bersuara, Caliana hanya diam tidak membalas. Soalan dia pun macam orang tak ada otak untuk berfikir.

"Kalau kau nak minta tolong apa-apa kau boleh call je aku. Aku kawan kau Cal, sementara aku ada dekat Malaysia lagi." Caliana nampak terkejut, aku tak berani nak memandang matanya. Kepala aku ditolehkan arah Mits yang masih tidak sedarkan diri.

"Kau nak pindah?"

"Ya, papa aku suruh. Lagipun tak selamat kalau kitorang stay dekat sini selagi case ni tak habis." Caliana nampak macam terkilan, tangan aku dibelai lembut.

Senyuman manis terukir dibibirnya, "jaga diri dekat sana ya."







.
.
.





"Mak ayah kau tak marah ke Nami?" Nazmi menjungkitkan keningnya, mungkin pelik dengan soalan aku ni.

"Buat apa dia nak marah?" Lolipop yang dia beli dekat 7E tadi dia buka, dekat setengah jam kami duduk dekat lapangan kapal terbang ni sebab tengah tunggu parents Nazmi balik dari Japan. Diorang ada buka syarikat dekat sana, memang jarang balik.

"Manalah tahu, aku ni orang luar." Nazmi ketawa kecil,

"Diorang tak sabar nak jumpa kau tahu? Macam-macam aku cerita pasal kau dekat diorang." Aku menutup mulut guna tangan kanan tanda terkejut, Nazmi tersengih sambil menunjukkan dua jari ke arah aku.

Leal ©Where stories live. Discover now