9; Tolong

438 90 39
                                    

"Lepas aku dah habis buat research, semuanya start fuck up after malam The Bloody Night ni." Aldari mengetuk whiteboard yang dah penuh dengan segala jenis gambar dan info yang di kaji selama 2 hari straight tersebut.

"Bloody Night jadi 17 Julai 201x, tarikh yang sama dengan Black Dragon dan Red Riot bergabung, so dah setahun." Aldari diam seketika, kemudian dia keluarkan satu gambar yang ada dalam saku seluarnya,

"Ha ni, lambang untung gang diorang sekarang. Tak silap aku nama dia The Headless Angel sebab diorang tak ada ketua, ketua diorang tak ada siapa tahu siapa." Gambar naga merah yang melilit Angelitos yang tiada kepala Aldari tampal di whiteboard, "gabungan lambang Red Riot dengan Black Dragon ni."

"Jadi yang Taiju tu?" Astar bertanya, Aldari membalas dengan anggukkan kepala,

"Orang tahu Taiju je lah, tak tahu siapa Taiju."

"Jadi kenapa kau kata makin fuck up?" Aku pula bersuara,

"Disebabkan geng ni makin besar, diorang boleh buat macam-macam. 31 Ogos tahun lepas, pertama kalinya terjadi kes penculikkan bersiri dan perdagangan manusia, 15 September tahun lepas, rompakkan besar-besaran pernah berlaku juga dan semua sekali tanggung kos kerugian hampir cecah 1 billion ringgit. Tak cukup dengan tu, 1 Januari tahun ni, 10 orang awam mati dekat festival tahun baru disebabkan terlibat dalam rempuhan lori ahli kongsi gelap yang mengaku melakukannya hanya suka-suka."

"Dan banyak lagi kes-kes lain, macam cabul, peras ugut dengan rogol jugak makin meninggkat disebabkan penyatuan  17 Julai tu."

"Jadi betullah apa yang Hakkai cakapkan tu? Kalau macam tu, 17 Julai ni maksudnya genap setahun The Headless Angel ni." Astar diam seketika, "macam yang aku cakapkan tadi, Farhah dalam bahaya sebab dengan hancurnya keluarga dia. Agency ni boleh hancur sekelip mata je right?"

"Dahtu? Kita kena buat apa sekarang?" Aku buntu, tahu info ni kalau tak tahu nak buat apa payah juga. Baik mati je, senang.

"Hakkai tu ada adik lelaki dengan perempuan, aku cuba kerja sekali dengan diorang." Terbuntang mata aku mendengar kata-kata Aldari,

"Al, kepala hotak kau? Kau senang-senang je nak bawak diri kau masuk kandang harimau ke macam mana?" Aldari mengeluh perlahan,

"Aku ikut luck je Far," Cermin mata yang dia pakai dibuka, "and yes, diorang bagi kerjasama."

"Apa je yang diorang nak tolong?" Astar menyoal,

"Aku dapat jumpa Mits je, adik lelaki. Dia janji nak tolong tapi dengan balasan dia nak kita tolong kakak dia."

"Kenapa dengan kakak dia?" Aku menyoal sambil tangan leka membuka botol air mineral, haus dekat dua jam duduk berbincang.

"Kakak dia jadi perempuan simpanan Drac sejak Hakkai gila, jadi dia nak kita bebaskan kakak dia."

"Wait, Drac?"

"Ya, nama lelaki yang kau tembak masa selamatkan Farhah dengan Farhan dulu. Ingat?" Astar anggukkan kepala,

"Bos dia hari tu?"

"Itu Falco, dia dah mati kena langgar lari bulan lepas. Sekarang Drac jadi orang kanan Taiju, sebelum ni dia under Red Riot."

"Kau ni memang stupeed bin babi kan? Macam mana kita nak suruh Drac lepaskan kakak Mits tu? Minta lemah lembut?" Aldari sekali lagi mengeluh, pening.

"Kita kena bunuh dia."

"Aldari." Serentak aku dan Astar bersuara,

"Kau gila ke sampai nak membunuh? Kita police, bukan pembunuh." Aldari ketawa besar mendengar pernyataan yang keluar dari mulut aku,

Leal ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora