1; new student

735 142 26
                                    

"Kanan." Dua susuk tubuh tinggi lampai itu mula berpisah ke arah bertentangan, keadaan yang gelap gelita menyebabkan penglihatan mereka sangat terbatas tambahan lagi dengan tempat yang jauh dari kawasan orang ramai.

Bunyi orang berbual mula kedengaran menunjukkan lokasi target sudah dapat dikenal pasti, jejaka yang dilahirkan sedia tangkas ini laju sahaja naik aras dua bangunan terbiar tersebut.

"Adik kau dekat atas, ada tiga orang." Farhan mengangguk kepala faham kemudian berlalu naik ke tingkat dua di mana Farhah berada. Besi yang dijumpa tepi tangga dicapai, mana tahu barang yang dia bawak tak berguna nanti.

Bom asap yang Astar beri padanya sebelum bergerak ke tempat ini dikeluarkan dari saku seluar, tunggu isyarat dari Astar yang menandakan dia sudah bersedia.

Bang! Bang!

Kedengaran dua das tembakkan berbunyi, menandakan Astar juga sudah bersedia. Tiga orang lelaki yang berbadan tegap tersebut mula terkejut dan mencari punca tembakan milik Astar tadi dan sudah mula mengacukan pistol pada setiap penjuru bangunan.

Laju Farhan baling bom asap tersebut pada bilik yang berada mereka semua. Sekelip mata satu tingkat tersebut kabur dek asap yang mula menebal.

"Perempuan tu hilang!" Salah seorang daripada lelaki tersebut mula perasan akan kehilangan Farhah, riuh satu bangunan terbiar ini dengan keluhan mereka bergaduh menyalahi satu sama sendiri, Farhan pula ambil kesempatan yang ada ini untuk bawa lari Farhah keluar dari bangunan tersebut.

Astar pula dah siap sedia dalam kereta dekat luar, mengeluh berjuta kali Farhan sebab kena angkut adik dia yang berat ini. Mahu settle semua dia claim gaji.

"Kau nak bawak barang aku lari mana?" Langkah Farhan terhenti bila dua orang lelaki berada di hadapannya, mula member gelabah sebab benda ni tak ada dalam plannya.

"Barang kau kata adik aku?"

"Alololo comelnya dia jaga adik dia. Macam kucing." Salah seorang dari lelaki tersebut mula mengacukan pistol arah Farhan yang sedang mengendong Farhah, "Saya end boleh bos?"

"Drac, jangan." Farhan tergamam, apa lagi nasib dia kena lalui ni? Angkat si Farhah ni pun dah sakit bahu.

Tiba-tiba lelaki yang bernama Drac tersebut jatuh disepak dari belakang, satu bunyi tembakkan dilepaskan oleh 'bos' tersebut ke arah kanannya,

"KAU SIAPA?"

"They told me I'm a god." Sepucuk pistol diacukan pada kepala lelaki tersebut, "But you can call me..."

"ASTAR!" Tangan lelaki tersebut disepak kuat sehingga pistol yang berada di tangannya tercampak arah Farhan,

"Lembab." Laju Astar sepak belakang badan lelaki tersebut pula sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh mencium tanah, satu tembakkan dia lepaskan pada bahu lelaki yang cuba untuk kembali berdiri itu.

"ARGHHHHH." Menjerit kesakitan lelaki tersebut dibuatnya, satu tembakkan lagi dilepaskan pada tangan Drac pula, kerana lelaki tersebut cuba untuk mencapai pistol miliknya yang jauh tercampak awal tadi.

"Tar! Tar! Sudah cepat! Ramai dekat atas tu!" Farhan yang sudah selamat masuk dalam kereta memanggil Astar yang mula ligat menayang belang, mahu mati member nanti. Kang naya je kita nak selamat kan orang, kita pulak yang kena tahan.

Astar berlari masuk dalam kereta memandangkan Farhan dah sedia untuk memandu keluar dari kawasan pembinaan ini. Jejaka tersebut duduk di bahagian belakang kereta, kepalanya dikeluarkan pada sunroof tesla milik Farhan ini.

Sekali lagi, tiga das tembakkan dilepaskan.

"3 knocked down." Astar masuk kembali dalam kereta, sunroof ditutup tanpa rasa bersalah.

Leal ©Where stories live. Discover now