22; everything just for this ending?

334 80 17
                                    

[chapter playlist]
Black out days (slowed) - phantogram, future island

Tolong dengar sambil baca wooo sumoah sedih woooo


.



"Farhah, sudah ler tu. Bukannya papa jual pun rumah ni." Aku seka air mata yang masih mengalir, bagasi besar aku tarik keluar rumah. Along cakap senang je, aku duduk rumah ni dari lahir sampai sekarang kot.

"Nanti kes ni tutup, kita baliklah." Farhan capai bagasi yang ada di tangan aku lepas dia malas nak tunggu aku menangis non-stop. Dia masukkan dalam van yang tunggu kami, ya guna van je. Sebab papa suruh bawak barang sikit je, kat Florida dia dah siapkan semua rumah.

"Aku pun sedih dik, tapi untuk diri kita juga. Aku tak sanggup dah nak pisah dengan kau lagi." Farhan buka pintu kereta suruh aku masuk, aku cuma akur. Nak menangis lama-lama tak ada guna.

"Kita cuba mula hidup baru."








.
.
.








"Ha tu, diorang dah sampai." Aku menunding jari arah sekumpulan lelaki yang baru tiba, semua tu kawan-kawan along termasuk Nazmi sekali. Along ajak diorang je datang sebab ini private flight. Memang kami je bergerak dengan flight under agency papa, jadi papa tak bagi heboh dekat ramai orang. Itupun dikawal ketat gila-gila.

Along memeluk satu per satu rakan-rakannya,

"Jom, masuk lapangan. Kejap lagi nak gerak dah." Along beri arahan, terus kami sama-sama mengikutinya,

"Farhah tadikan Nani nangis-nangis." Nazmi menegur, aku pulak nak menangis padahal semalam baru jumpa dia.

"Kenapa tak bawak dia?"

"Mana boleh, bahaya. Aku tak nak jadi apa-apa dekat dia," Aku diam tidak membalas, kami berjalan di paling belakang sekali. Kawan-kawan along semuanya nampak peramah, riuh semacam diorang ramai-ramai dekat depan ni.

"Korang kawan lama ke?" Nazmi toleh kepalanya arah aku, mungkin tak faham dengan soalan yang aku ajukan "kau dengan diorang semua."

"Oh, diorang ni yang tolong abang Hez masa dia susah dulu." Nazmi bercerita, "Dulu kami bukak kedai burger je sama-sama. Sampai satu hari Hezrel ajak bukak satu agency undercover. Dia kata kitorang ada potensi."

"Sebab kami ada kebolehan sendiri, Hezrel yang asah bakat kami sebab dia ada pengalaman. So, dari bukak kedai burger terus bukak agency undercover." Aku diam mendengar, rasa juga macam kagum dengan along. Dalam usia muda dia boleh fikir cara nak cari duit sendiri.

"Aku tak sedap hati lah." Nazmi tiba-tiba nampak gelisah, matanya memerhati sekeliling airport. Kami dah mula masuk bahagian private dah, dalam 30 minit atau kurang akan berlepas.

"Jangan lah macam tu, tapi kau janji dengan aku. Jaga diri tau?" Dia hanya senyum dan anggukkan kepala, aku tak boleh. Nazmi terlalu berharga untuk disakiti, macam mana dia korbankan nyawa dia nak jaga aku. Macamtu lah aku nak jaga dia juga.

"Farhah sini, sudah tu dating." Along panggil aku untuk jalan ke depan, rakan-rakan dia mula bersorak cuba untuk sakat Nazmi. Mula memerah muka budak lelaki tu sebab malu.

Leal ©Where stories live. Discover now