7; The Bloody Night

509 91 290
                                    

"Jadi, kau nak kata kalau kita dapat settle kan kes kongsi gelap ni, kita ada high possibility untuk bukak balik kes Paan?" Aldari menganggukkan kepalanya,

"Kita tak ada cara lain selain naikkan rank kita sendiri, so kita boleh jatuhkan department atasan." Dia diam sejenak,

"Tapi Farhah bukan memang dah dekat atas ke?" Astar bertanya,

"Aku boleh turun." Tanpa fikir panjang aku membalas, lagipun aku duduk satu department tu asyik kena pandang rendah je dengan ejen yang lain memandangkan aku sahaja yang paling muda.

"Yea, lagipun macam tak selamat kita biarkan dia sama-sama dengan diorang." Aldari menambah sambil matanya menatap screen macbook miliknya.

"Tapi first thing, kita kena pergi sini." Aldari menayangkan sebuah hospital sakit jiwa kepada kami,

"Aku tahu kita sama-sama depress, tapi dah kenapa kau nak ajak kita pergi sana?" Aldari mengetuk kepala aku perlahan menggunakan pen yang ada di tangannya, dah la tak menjawab soalan pulak tu.

"Kita nak jumpa dia ni," gambar seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an dia tayangkan, "founder of Red Riot."

"Eah?"



.
.
.





"Kau sure ke orang gila ni boleh jawab soalan kita?" Aku memandang lelaki yang ada di hadapan kami ni kecil besar besar kecil, Aldari ni pulak naik stress, padahal dia sendiri nak jumpa orang gila ni.

"Dia masuk sini sebab trauma lepas kes The Night blood tu, lagipun aku tak tahu pulak dia segila ni." Aldari mengeluh perlahan, dekat setengah jam duduk borak dengan pakcik ni dia diam je tak membalas, kadang dia ketawa sorang-sorang sambil meroyan sebut nama entah siapa-siapa.

Tak silap aku, The Night Blood tu kes besar jugak. Jadi sebab perlawanan antar dua geng besar, ada lima orang mati dan 35 orang cedera, dan salah satu Hakkai ni lah. Entah kenapa dia terus gila lepas malam tu pun tak ada siapa tahu.

"Aku tak gila, Taiju tu yang gila. Dia tamak!" Pakcik tersebut menutup mukanya dengan kedua belah telapak tangan, "Red Riot dah tak macam dulu, semua salah Taiju!"

"Eh." Dia diam lepas memandang muka aku, tangannya lurus menunding ke arah aku yang duduk di hadapannya "Kau! Kau lari! Lari!"

"Hah?" Dia mula meroyan balik, meja batu yang kami sedang duduk ini dihentak-hentak berkali-kali.

"Lari! Dia nak bunuh kau! Lari! Aku kata lari!" Kami bertiga masih lagi duduk diam, tak faham apa yang pakcik ini cuba sampaikan,

"Ingat 17 Julai, lari!" Beberapa orang jururawat yang mungkin dipanggil oleh Astar mula cuba untuk menenangkan pakcik yang mula memberontak, tak habis-habis dia suruh aku lari, tarikh 17 Julai juga dia ulang berkali-kali.

"Nak buat apa sekarang ni?" Aku menyoal pada Aldari yang nampak serabut, iyalah dia jangka apa kalau dah pergi hospital tanjung rambutan ni? Nak duduk lepak minum kopi dengan pesakit?

"Balik dululah, kita fikir dulu."

"Hari ni berapa hari bulan?" Astar bersuara, dari tadi dia banyak diam tidak bersuara, hanya memerhati perbualan kami dengan bekas ketua kongsi gelap tersebut.

"Um, 10." Aku membalas selepas membaca tarikh di telefon bimbit,

"Seminggu lagi."

"Kau percaya kata orang gila tu Tar? Bodoh." Aldari ketawakan Astar yang nampak serius, lepas pakcik tu dah kena tahan dengan jururawat yang bertugas kami pun ambil keputusan untuk pulang ke rumah,

Leal ©Место, где живут истории. Откройте их для себя