"Farhah kalau kau tembak aku sekarang, siapa nak kau sepuluh tahun akan datang?" terus aku reload peluru, makin kuat Nazmi jerit sebab takut. Dia fikir aku bergurau agaknya sekarang ni.

"Shut up." Aku beri arahan pada Nazmi, mata merenung tajam along yang masih cuba nak terangkan tapi tangan je begerak mulut tak keluar apa-apa bunyi.

"Woooo, chill..." Along laju merampas pistol yang ada di tangan aku, dia diam sebentar cuba untuk berfikir.

"Ye, selama ni Nazmi ikut cakap along. Tapi kita cerita esok boleh tak? Ni settle kan hal ni dulu."







.
.
.







First person pov

"Aku nak kau jaga Farhah start sekarang." Nazmi mengerutkan dahinya memandang Hezrel yang duduk di bahagian hadapan meja mesyuarat.

"Kenapa saya pulak bang?" Hezrel geleng kepala,

"Dah tu? Tak akan aku pulak." Nazmi tersengih kecil, kepalanya digarukan perlahan, "Setakat kau duduk UA tu, ada ke mana-mana budak suspicious?"

"Ramai, lagi-lagi boyfriend kawan Farhah tu. Dia macam one of Red Riot. Aku dah try nak ngorat si Cali tu, tak lepas doh. Dia sombong, abanglah ni. Punya handsome saya ni, abang suruh saya undercover as budak nerd? Abang okay tak?" Nazmi bebel panjang, Hezrel dan ahli lain hanya diam sahaja mendengar. Tahu sangat budak lelaki ni memang banyak bising.

"Kalau kau dress up biasa macam ni, siapa yang nak buli kau nanti? Farhah tu aku kenal sangat, dia mana boleh nampak orang kena pijak nanti dia berang." Hezrel menjawab bebelan Nazmi yang panjang berjela itu, "hah, nanti next week korang jangan lupa turun training. Aku tak nak budak aku lembik-lembik macam gengster taik kucing tu semua."

Tangan diletakkan atas meja, dalam bilik mesyuarat ni ada 11 orang termasuk dia. Satu persatu wajah mereka dia pandang,

"Kita kena kuat untuk kita."







.
.
.





Farhah's Pov

"Macam tulah cerita dia." Along gigit sandwich yang kami beli dekat kedai tadi. Tak kose kitorang nak masak pagi-pagi buta ni. Lagipun kami tak tidur dari balik dari balai polis, duduk bercerita non stop.

"Kau marah kitorang ke Far?" Aku angguk kepala untuk soalan Farhan itu, gila aku nak maafkan? Aku hampir gila kot sebab sakit otak fikir semua ni.

"Alah sorrylah adik, untuk keselamatan adik jugak." Along mengusap perlahan bahu aku, kurang sikit rasa marah. Adalah jugak hasil kena tusuk perut tu semua,

"Kejap lagi papa sampai, along okay ke?" Along diam sekejap, ada riak takut di wajahnya.

"Papa tahu ke along dekat sini?"

"Tahu, habis kecoh dah satu department malam tadi. Rasanya papa nak rombak balik agency balik." Aku membalas sambil tangan memeluk bantal kecil yang ada di sofa, malam tadi kecoh betul semua polis dengan ejen yang sampai bila nampak Farhan dengan along ada dekat situ. Belum cerita lagi pasal Astar dengan Aldari.

Tiba-tiba pintu rumah terbuka, kami mula gelabah sebab tahu itu papa. Terus kami bertiga berdiri dari duduk, cuba hormat papa yang baru pulang lepas sebulan atau lebih tak balik rumah. Aku jalan dulu arah papa untuk mencium tangannya, sebab apa? Sebab aku anak kesayangan dia.

"Yaallah, Farhan." Lepas aku salam papa, giliran Farhan pula. Terus papa peluk badan Farhan erat, oh. Tak aci. Aku dia tak nak pelukpun, dasar bapak pilih kasih.

"Papa sihat?" Pelukan dileraikan, papa hanya angguk kepala untuk soalan Farhan tadi.

"Farhan tak apa-apa kan? Okay je?" Farhan tersengih kecil, telinganya yang terpasang hearing aids dia tunjukkan,

"Telinga dah tak boleh guna." Air muka papa nampak sedih, kemudian dia pandang along yang masih berdiri kaku dari tadi. Takut nak buat apa-apa, dia tunduk je tunggu kami habis sesi berpeluk-pelukan ni.

"Hezrel." Along angkat kepala pandang papa yang ada di hadapan pintu, papa pula melangkah mendekati along.

"Papa..." Papa terus memeluk along yang nampak takut-takut itu, along nampak terkesima. Masih kaku tidak bergerak,

"Terima kasih sebab dah jaga adik-adik kamu selama ni." Belakang badan along diusap perlahan, "papa gagal jaga kamu semua, papa yang salah. Papa tahu."

"Tolong maafkan papa ya Hez, duduk balik dengan kita semua macam dulu okay?" Papa melepaskan pelukan tersebut, nampak mata along mula berkaca.

"Abang mintak maaf kalau ada salah dengan papa jugak," air mata yang bertakung along lap guna tangan kosong, "kalau abang selama ni kecewakan papa, abang-"

"Hez tak ada salahpun kan?" Along terdiam, papa menepuk bahu along perlahan.

"Tolong jaga adik-adik kamu boleh?"

"Eh papa, jom lah duduk. Tak penat ke berdiri?" Aku tepuk sofa untuk ajak papa dan along duduk. Farhan selamat dah sambung makan balik semula, malas nak tengok drama katanya.

"Papa dah buat keputusan." Kami memberi sepenuhnya perhatian pada papa, along dah kembali duduk sebelah aku.

"Papa nak kamu semua keluar dari Malaysia."





































Don't cry, I'm just a phase.

Leal ©Where stories live. Discover now