11; which is which

Start from the beginning
                                    

"Niel, ada customer malam ni. Macam biasa ah?" Aku diam tidak membalas, Miz hanya abaikan sahaja aku yang membatu. Tahu aku tetap akan paksa diri sendiri untuk bersiap bagi memuaskan nafsu syaitan tu semua.

Sampai satu hari, aku tekat.

Aku akan keluar dari neraka ni.









.
.
.












First person pov

"Aku mintak maaf, aku gagal."

"Dia macam mana sekarang?" Dia diam seketika, dagunya diusap lembut cuba untuk menjawab soalan yang ditanya oleh bosnya itu.

"Allhamdulillah dah kembali stabil cuma sekarang dia kena banyak rehat." Lelaki yang memakai serba hitam itu menghembuskan satu nafas lega bila mendengar jawapan dari yang keluar dari mulut anak buahnya itu,

"Bagus, tugas kau pastikan Farhah selamat faham? Kau okay? Nampak teruk je luka tu." Anak buahnya itu hanya menganggukkan kepala tanda semuanya baik sahaja,

"Okay je, no hal."

"Okay pergi jaga Farhah, jangan biarkan dia sorang. Bahaya, i put all my trust in your hand." Kepala dianggukkan, lepas rasa seperti tiada apa lagi yang perlu dibincangkan terus lelaki tersebut keluar dari bilik perbincangan tersebut.

Keluar sahaja anak buahnya itu, lelaki tersebut membuka jaket hitam yang di sarungnya tadi, panas.

Kemudian dia bangun dari duduk, kakinya melangkah ke arah bilik yang ada di dalam pejabatnya itu. Pintu bilik diketuknya sebanyak dua kali sebelum dia memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam.

"Farhah okay je." Terhinjut kecil bahu remaja yang sedang duduk membaca buku di dalam bilik tersebut bila nampak lelaki yang baru masuk itu berdiri di hadapannya,

Telinga remaja yang sedang duduk membaca buku itu dilihatnya, ah...budak ni tak pakai hearing aid. Rungutnya di dalam hati.

"Farhah...okay." Dengan menggunakan bahasa isyarat dia mengulangkan kembali ayatnya yang sebelum ini, terukir sebuah senyuman pada bibir rakannya. Buku yang ada di tangan ditutup, kemudian dia berjalan ke arah meja belajar yang ada di dalam bilik tersebut.

Sebatang pen dan sebuah buku bewarna coklat dia keluarkan dari laci meja, tahu yang akan rakannya ingin menulis diari. Terus lelaki yang baru menyampaikan berita gembira itu keluar dari bilik tersebut untuk memberinya ruang privasi.










.
.
.













"Hidup lagi?" Kuat meja snooker tersebut dihentak akibat amarah yang mendatang, lelaki muda yang datang menyampaikan berita itu hanya duduk tidak mengendahkan amarah lelaki yang ditakuti oleh ramai orang di hadapannya,

"Kau yang buat kerja tak clean, nak marah pulak." Pemuda lelaki itu sengaja menambahkan amarah manusia di hadapannya, bagai menyimbar minyak pada api yang mara. Begitu.

"Kau boleh tolong diam?"

"Make me daddy." Ketawa besar dia dengan jenakannya sendiri, tanpa sedar bila-bila masa sahaja nyawanya boleh melayang.

"Sekarang ni aku nak budak perempuan tu mati, kau faham tak."

"Faham, kau je yang tak faham the assignment. Peluang ada depan mata pun tak mati lagi budak tu, tak tahulah nyawa pompan tu yang liat ke, otak kau yang sebal." Lelaki yang berada di hadapannya itu laju sahaja campak sebiji bola snooker ke arahnya, tanpa memerlukan banyak tenaga dia mengelak bola yang meluru ke arahnya.

"Aku budak lagi tahu? Tak baik tau children abuse." Dia berdiri dari duduk, "aku tak boleh tolong kau dah Tai. identity kau pun dah bocor, kau nak suruh aku tolong apa lagi? Pergi selotip balik? Ergh, nonsense." Dia berjalan ingin beredar, malas nak melayan.

"Kau fikir kau nak pergi mana?" Tegas Taiju bertanya,

"Balik ah? Duduk sini panas serupa neraka." Spontan pemuda itu membalas, kepalanya menoleh kebelakang memandang Taiju yang menegurnya tadi.

"Kerja kau tak habis lagi. Aku kata aku nak perempuan tu mati."

"Not my problem."

"Kau lupa kau ada keluarga?" Langkahnya terhenti, kaku pemuda itu berdiri.

"Kau tak nak diorang mati dulu kan?"













.
.
.












"Assalammualaikum." Nazmi melangkah masuk ke dalam wad milik Farhah, matanya disapa dengan Astar yang tertidur di atas kerusi pelawat. Langkahnya diatur untuk berjalan ke arah Astar yang seperti lena dibuai mimpi. Kesian melihat jejaka itu seakan tidak selesa.

"Astar." Lembut Nazmi menggoncangkan badan Astar, Nazmi diam seketika bila melihat badan lelaki tersebut seperti menggigil. Telapak tangannya diletakkan pada dahi Astar yang masih tidur, tak ada tanda-tanda demam pulak.

"Niel tak nak, tolonglah." Astar menggumam perlahan sambil badannya masih menggigil,

"Astar, bangun." Kuat sedikit daripada sebelum ini lepas melihat Astar mula meroyan. Terus terjaga Astar dari tidur, badannya masih menggigil. Riak wajahnya nampak keliru,

"Farhan?" Nazmi sedikit terkejut mendengar nama yang keluar dari mulut Astar, tangannya melambai-lambai di hadapan muka jejaka tampan itu.

"Aku Nazmi." Astar termenung sebentar merenung kosong muka Nazmi, beberapa saat kemudian dia memicit perlahan kepalanya.

"Sorry, aku ada cakap apa-apa ke tadi?" Nazmi geleng kepala, mungkin cuba untuk menutup malu Astar. Astar terus membetulkan kedudukkannya, jam di tangan dia pandang sekilas.

"Aku ada meeting dengan department atas, kau sambung jaga Farhah boleh?" Kepala dianggukkan, Nazmi buka plastik merah berisi makanan dan air kotak yang dia beli tadi,

"Ambiklah, aku beli lebih." Astar tenung kosong plastik merah tersebut, air kotak Milo dan satu polystyrene makanan dia keluarkan.

"Thanks," Dia mengumam perlahan, terus Astar berjalan keluar dari wad tersebut.





















Sakit kan otak? not me doe yall stay safe.

Leal ©Where stories live. Discover now