"Fuck off, masa Paan mati apa yang polis kau tu buat? Nothing, sekarang kau still nak fikir pasal undang-undang? Full of shit." Aldari membalas dengan penuh yakin, kedengaran aura marah di nadanya.

"Dar, tapi kau kena sedar ini pasal nyawa orang lain-"

"Nyawa Paan? Ada kau fikir macam tu?" Aku tarik nafas dalam, Aldari tak sama macam Aldari yang aku jumpa dulu. Dia betul-betul dah lain,

"Kita lepak dulu, tolong fikir elok-elok Alda, betulkan sikit otak kau." Aku berdiri dari duduk, kaki aku melangkah keluar dari apartment ini. Sedikit hampa dengan tindakan Aldari.

"Aku ikut Aldar,"

"Astar, Yaallah kau sekali?" Aku menepuk dahi perlahan, pening.

"Korang fikirlah, membunuh bukan jalan betul. Kau fikir kalau Paan ada dia nak setuju ke cara ni? Aldari, please fikir rasional sikit." Aku memeluk tubuh, cuba untuk fikirkan cara bagi bawa mereka berdua kembali ke dunia yang nyata.

Tanpa sebarang riak wajah mereka berdua memandang aku, tak nampak macam nak mengubah fikiran langsung.

"Malam ni kita jumpa Mits."





.
.
.






"Kenapa jumpa dekat tempat macam ni?" Mits yang sampai setengah jam lambat, nampak macam tersorok-sorok sangat untuk masuk cafe ni, dengan baju serba gelap dan hoodie yang menutupi kepala bersama mask hitam yang sebahagian menutup muka.

"Ni cafe pakcik kitorang, selamat je dekat sini. No worries." Aldari berjabat tangan bersama Mits, begitu juga Astar. Mits duduk berhadapan kami bertiga di meja bulat, dalam beberapa saat kemudian dia buka mask hitam yang menutup separuh daripada mukanya ke bawah dagu,

"Hah, korang nak tahu pasal apa?" Mits aku sure dia Melayu, tapi mata yang berbentuk fox eyes nampak macam dia ada kacukkan cina sikit, hidung mancung tak macam hidung gajus melayu, sekali dengan bibir yang nampak merah asli.

"Teruk muka kau kena pukul," Aku menegur lebam yang ada di mukanya, Mits hanya diam tidak membalas. Lebam tu semua nampak baru betul, dengan kulitnya yang sedikit cerah membuatkan segala lebam yang ada mudah untuk kelihatan,

"Esok, 16 haribulan kitorang ada meeting dekat Marry's Funfair yang terbiar tu. Selalu meeting memang semua turun, kalau dah ada meeting, esoknya mesti ada event besar." Tanpa meminta dia menerangkan apa yang dirancang,

"Sebab 17 ni Headless Angel genap setahun, aku still tak tahu diorang plan apa dengar cerita ada yang kata Taiju nak reveal diri." Mits mengeluh perlahan,

"Kau ada apa-apa plan macam mana kitorang boleh stop kan semua ni?" Kepala digelengkan bagi jawapan untuk soalan Aldari,

"Kau kena faham, dah setahun Taiju ni buat kerja. Tangan dia tak pernah kotor langsung, dia selalu guna orang lain untuk keperluan diri dia. Sebab tu sampai sekarang tak ada siapa tahu identiti dia kecuali Drac dengan abang aku." Mits memicit perlahan pelipis kepalanya,

"Macam yang kau tahu, abang aku pun dah gila. Tak boleh buat apa."

"Drac tu ada dekat mana sekarang?" Mits memandang muka aku yang duduk di sebelah kanannya,

"Drac budak paling muda dalam Headless Angel tu, tak silap aku dia baru 18 tahun. Dia hidup macam remaja biasa jugak, licik." Dia kemudiannya keluarkan telefon bimbitnya yang ada dalam saku seluar.

"Ni je gambar dia yang aku ada, itupun aku rembat dari kakak aku."

"Eh."

"Caliana."






.
.
.








"Tak boleh macam tu Farhah, kau nak Cali mati?" Aku mengeluh berat, Nazmi pula dari tadi usap dagu cuba berfikir.

"Aku rasa, Cali buat semua tu sebab dia tak nak kau terlibat dengan masalah dia. Kau sendiri tahu bahaya dia macam mana kan?"

"Lepas tu, cuba kau cakap Nam. Macam mana aku nak tolong Cali? Dia kawan aku Nami, tak akan aku nak biarkan dia suffer sorang-sorang." Aku mula tiba ke jalan buntu, tangan menggosok muka berkali-kali. Pening, dari balik dari cafe lagi.

"Minum susu ni." Nazmi hulurkan cawan yang berisi susu yang dia baru tuangkan dari kotak pada aku,

"Sekarang ni, kau boleh focus dekat diri kau dulu tak? Bila-bila masa je kau boleh mati tahu? Cali tu nanti-nanti kita settle lah." Nazmi maraup rambutnya kebelakang, "Astar dengan Aldari tahu tak kau dekat sini?"

"Tak tahu."

"Dah settle semua hal ni. Kau nak balik rumah kau balik lah Far, kau ada sini pun Nani happy je, selalu dia duduk je dalam bilik buat hal sendiri." Aku memeluk tubuh, malam ni macam sejuk sikit mungkin sebab nak hujan,

"Aku pun dah anggap dia macam adik aku dah Nam, terima kasih."







.
.
.











"Meeting tu cakap apa je Mits?" Belum sempat Mits nak duduk Aldari dah sergah dia yang nampak serabut,

"Esok hari Bloody Angel nak jatuhkan angency korang, macam kemenangan untuk diorang." Dia meraup mukanya yang berpeluh, "aku sure kalau benda tu jadi baru Taiju reveal-"

"Tadi kau datang sini ada orang ikut ke?" Astar tiba-tiba memotong perbualan kami bertiga, matanya dingin memandang Mits yang sedang duduk di hadapannya,

"Hah? Tak de, aku sure tak de."

"Farhah, keluar ikut pintu belakang."

"Kenapa?"

"Cepat." Astar nampak tegas, malas ingin melayan soalan aku. Meja bulat ini diketuk perlahan, tanda dia sedang serius.

"Kau boleh fight Mits?" Mits nampak terkejut, teragak-agak dia ingin membalas,

"Aldar, follow Farhah. Mits tunggu dengan aku sini." Aku mula keluar dari cafe, sempat aku toleh memandang Astar yang masih duduk di dalam cafe, tangan kirinya sudah sedia memegang sepucuk pistol.

"Far lari, lari!" Bila kami berdua keluar sahaja dari cafe mengikut pintu belakang, terus Aldari menarik lengan aku untuk lari, aku perhatikan sekeliling cafe milik Uncle Nazi ini,

"Aldar, tak boleh. Kita kena tolong Astar." Aku menarik lengan aku untuk berhenti berlari,

"Eh bodoh, kau target diorang tahu? Kau nak mati dulu ke? Astar pandai buat kerja! Kita kari dulu!" Aku geleng kepala, masih dengan pendirian sendiri.

"Aku kata kita kena tolong Astar." Telefon bimbit aku berdering, nama Nani tertera di skrin telefon, masa macam ni jugak dia nak call? Orang tengah fikir hidup dan mati ni, ikutkan hati aku tak nak angkat, tapi berat perasaan aku nak abaikan panggilan tersebut,

"Hello Nani?"

"Kak Farhah, tolong Nani."



















Ya, aku ciplak nama nama dari Tokyo Revenger. Dah diam.

Leal ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon