Cuba teka?

Ya. Gadis itu turut lari menyaingi dia. Sumpah semak gila! Jerit Ayden geram di dalam hati.

***

Marwah melepaskan keluhan. Pulang dari tadika dia terus ke pejabat. Kapten Hanif sudah meminta maaf akan hal haritu.

Dia juga turut meminta maaf, jadi setakat ini hubungan mereka baik-baik sahaja. Zeera di sebelah mengangkat kening tanda kenapa. Ya lah dia lepaskan keluhan kuat.

"Ingat Wais? Budak bandar yang nak belajar agama dengan abah aku?"

Zeera mengangguk.

"Data dia pun aku tak dapat cari. Sama macam data lelaki nama Farhad haritu. Ada nama dengan umur je."

Tangan naik memicit kepala yang terasa berdenyut. Banyak yang bermain di fikirannya. Lelaki bertopeng pada malam kejadian. Siapa pembunuh arwah tunangnya dan siapa Wais? Kenapa data lelaki itu dirahsiakan?

"Aku letih nak cari benda ni, sampaikan rasa nak give up." Luah Marwah tidak tahan.

Zeera setia mendengar segala luahan rakannya. Jujur jika dia di tempat Red, mungkin dia akan putus asa awal-awal lagi. Terlalu complicated!

Belum sempat Marwah mahu menyambung kata-katanya. Pintu bilik ditolak kuat. Muncul Kapten Hanif, Salman dan Hilman.

Marwah dan Zeera pantas mengambil tempat duduk di meja meeting. Melihat wajah Kapten Hanif tegang, pasti ada kes yang berat.

"OH semakin menggila. Hari ini sahaja kita dapat 20 kes kematian yang disyaki dibunuh. Kesemuanya ahli korporat. Berpangkat Dato dan Datin ke atas."

Kapten Hanif mula memasang skrin layar lalu satu persatu ditunjuk. Wajah mangsa dan keadaan mangsa di tempat kejadian. Ada yang tinggal badan sahaja, ada juga yang hilang lengan dan kaki, dan ada juga yang tinggal badan separuh sahaja.

Gila!

"Sekarang ni, ahli keluarga si mati dah mula memberontak. Mereka menuntut keadilan. Tapi kita memang tak ada bukti siapa si pelaku."

Kapten Hanif mengeluh seketika. Slide bertukar menjadi gambar peta. Banyak juga kesan X pada peta, menandakan di kawasan itu sudah terdapat kematian rakyat.

"Tahun ini sahaja, seramai 1200 orang mati secara tiba-tiba. Kes kematian mereka ditutup begitu sahaja kerana tiada sebarang petunjuk dan kesan dari si pelaku."

"Banyak tu..." Celah Salman.

Zeera dan Hilman tekun memerhati. OH sebuah organisasi besar. Mereka beroperasi seluruh dunia, dan sehingga kini aktif. Saban hari kematian menjadi berita.

Kumpulan pembunuh upahan yang digeruni. Hanya sebaris nama, mereka diburu oleh pihak polis. Namun sehingga kini, identiti ketua mereka tiada siapa yang tahu.

"Kita sekali lagi akan bekerjasama dengan kumpulan Kapten Aiman untuk selesaikan kes ni. Berikutan laporan Red tentang van yang dibakar oleh lelaki bertopeng.

Memang tak ada sedikit pun cap jari. Kita tak dapat jejak siapa dia. Lagipun dah dua kali kan lelaki tu terlepas macam tu je. Jadi, aku buat spekulasi yang lelaki tu bukan ahli biasa."

Semua mengangguk setuju. Jelas lelaki bertopeng itu bukan lelaki biasa.

Persoalannya, sampai bila mereka harus memburu OH?

***












Hye! Saya nak ucap terima kasih untuk 1K Readers! 🤍
Btw, Wais Ayden dah tukar baju!

Hye! Saya nak ucap terima kasih untuk 1K Readers! 🤍 Btw, Wais Ayden dah tukar baju!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adik-adik dia pun tukar baju

Harap sedap mata memandang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harap sedap mata memandang!

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now