Dameer hampir terlupa tujuan asal dia mencari Damia sedari tadi. "Tak adalah. Aku cuma nak pesan kalau ada apa-apa masalah, tak salah pun minta tolong orang lain. Sebab ada benda yang bukan dalam kepakaran kita,"

"By the way, papa ada bagi tiket hotel untuk percutian kita berdua." Lelaki itu menyambung lagi.

"Jual sajalah. Kalau tak ada sesiapa nak beli, bagi sajalah sesiapa yang nak," selamba dan spontan sahaja Damia menjawab. Dameer terkejut sedikit lantas dahinya berkerut.

"Kenapa nak jual?" lelaki itu tidak faham.

"Dah tu? Kau nak buat apa? Takkan nak pergi pula? Kau? Dengan aku? Macam seram je bunyi." Damia membalas pandangan mata lelaki tampan yang berdiri tinggi di hadapannya.

"Kalau aku kata ya? Aku nak bercuti dengan kau lah. Dah engkau tu isteri aku, takkan aku nak bawa perempuan lain pula,"

"Eh, Dameer Zhafran. Tak apalah, tak payahlah kita nak berlakon bahagia. Mama papa pun memang tahu yang kita berdua ni macam mana,"

"Habis tu, sampai bila kau expect kita nak macam ni?"

"Tengoklah sampai mana semua ni boleh mampu bertahan."

"Damia Nurnasifa!" Damia terkejut apabila Dameer bersuara tegas. It's the full name drop!

Dameer yang mula melangkah merapatinya membuatkan hati Damia sedikit kecut dan secara spontan dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Damia terlanggar bahu katilnya sendiri membuatkan dia terduduk di atas katil. Dameer kini berdiri betul-betul rapat di hadapannya membuatkan jantung gadis itu berdegup laju.

"Kau... kau nak apa?!" Gadis itu cuak melihat wajah serius Dameer.

Dameer meletakkan tangannya di kiri dan kanan Damia sekali gus memerangkap gadis itu.

"Damia Nurnasifa, kalau kau harap hubungan kita sampai sini je, kau silap. Aku dah pilih kau. Jadi aku akan pertahankan hubungan ni. Apa kata kita tunaikan hak suami isteri tu... sekarang?"

Bibir Dameer betul-betul rapat dengan telinga Damia dan sengaja bisikan itu diungkapkan dengan tona suara yang lebih dalam. Sempat juga dia mengucup cuping telinga isterinya. Tindakan itu menyebabkan seperti ada renjatan elektrik di tubuh Damia. Wajahnya panas dan merah serta-merta.

"You!" Damia bangun dengan tenaga luar biasa yang meletus membuatkan Dameer tertolak ke belakang dalam keadaan tidak bersiap sedia.

"Who-" Front kick!

"Do-" Side kick!

"You-" Roundhouse kick!

"Think-" Spinning hook kick!

"You-" Tornado kick! 

"Are!!!!!" Flying side kick! 

Bang! Pintu bilik tertutup rapat. 

Kini Dameer terduduk di luar bilik isterinya dengan nafas yang termengah-mengah dan mata yang terkebil-kebil.

Dia... memang betul-betul nak bunuh aku ke?

Damia pula terduduk di atas lantai di sebalik pintu bilik tidurnya. Jantungnya berdegup dengan laju. Segala tendangan-tendangannya tadi hanya sekadar faktor sampingan. Apa yang penting, tindakan Dameer sebentar tadi yang membuatkan hatinya tidak keruan. Sejujurnya dia tidak tahu macam mana untuk menghadap muka Dameer lagi selepas ini.

*************************

Damia mengeluarkan sebuah buku bewarna pink – putih daripada sebuah laci di meja belajar yang terdapat di biliknya. Dia mengemaskan duduknya. Gadis itu sibuk menulis diarinya. Dia bernyanyi kecil. Ya! Damia memang ada menyimpan diari kerana dia seorang yang gemar meluahkan segala perasaannya melalui pena. Apa-apa kejadian yang berlaku, akan dicatatnya di dalam buku pink–putih itu. Entah diarinya yang versi ke-berapa puluh.

Aku + Kau = Syntax Error! ✔️ COMPLETENơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ