"Dameer!" kedengaran suara Dato' Zaqwan dan Datin Diana di kejauhan. Jelas riak penuh kerisauan menghiasi segenap wajah mereka yang sudah berusia. Dameer mendapatkan kedua orang tuanya.
"Macam mana dengan keadaan Ara?" tanya Datin Diana agak cemas.
"Sakit dia datang semula. Tapi, keadaan dah beransur pulih. Suhu badan dia dah turun sikit. 41 ke 38.5 darjah celcius." Keluh Dameer mengenangkan keadaan adik kesayangannya. Pantas pasangan suami isteri itu melangkah masuk ke dalam wad. Naqif sudah pun pulang ke rumah untuk memberitahu berita kematian kepada kaum keluarga yang lain.
Pintu dikuak dari luar namun, langkah mereka terhenti tatkala terpandangkan Damia yang sudah dilencuni air matanya, duduk di sisi Ara. Gadis kecil itu mengusap perlahan bahu Damia, cuba menenangkannya.
"Damia," panggil Datin Diana lembut. Damia yang tersedar pantas menyeka air matanya. Dia menghadiahkan senyuman kepada pasangan suami isteri itu. Cuba menyembunyikan kesedihan yang menyelubungi. Namun, mukanya yang jelas kemerah-merahan itu tidak berjaya disingkirkan.
"Datin, Dato'," Damia bangkit, senyuman cuba dimaniskan lagi, seboleh-bolehnya. Tanpa sempat gadis itu berkata apa-apa, dirinya ditarik ke dalam rangkulan Datin Diana. Hangat.
Air mata mengalir lagi. Jujur, dia amat merindui pelukan seorang ibu. Air matanya terus-terusan mengalir. Mengalir dan mengalir.
"Sabar ya, sayang." Datin Diana yang sudah mengetahui musibah yang melanda Damia cuba menenangkan gadis yang mengajar anak bongsunya itu.
Damia tidak berkata apa-apa. Pelukan dirungkaikan. Datin Diana memandang Damia Nurnasifa. Lama. Akhirnya, wanita itu mengucup lembut dahi licin gadis itu.
"Be our family, Mia," bisik Datin Diana lembut. Matanya berkaca. Pantas juga gadis itu meminta diri.
Dameer yang sudah lama bersandar di daun pintu sekadar memerhatikan adegan yang berlaku. Namun, tidak pula dia mendengar apa yang dibisikkan oleh mamanya pada Damia. Kelihatan gadis berbaju kurung cotton itu menuju ke arahnya. Sudah semestinya berniat hendak keluar dari situ. Gadis itu sekadar menunduk. Tatkala melintasi Dameer, tangannya direntap. Namun, dia tidak pula melawan seperti kelazimannya. Mereka berdua keluar dari bilik itu. Dameer merenung wajah kemerah-merahan Damia.
"Be my wife," ringkas sahaja ayat Dameer Zhafran membuatkan mata Damia terbuntang. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Saya nak balik," ujar Damia ringkas sebelum cepat-cepat gadis itu berlalu pergi meninggalkan Dameer keseorangan.
"For the sake of my sister," bisik Dameer seorang diri. Sekadar melihat susuk tubuh Damia dari kejauhan.
********************
"Man, ada nampak abang..." Damia menuju ke ruang tamu. Dia terkedu tatkala terpandangkan tetamu yang hadir. Abang dan adiknya juga turut berada di situ, melayani tetamu itu. Pandangan Damia tumpah pada keluarga berada itu seorang demi seorang, hanya Ara sahaja yang tiada, masih ditahan oleh pihak hospital. Semua yang ada memandang Damia. Perlahan-lahan, gadis itu menyalami Datin Diana sambil tersenyum tawar. Wanita itu tidak melepaskan pegangannya. Lembut pandangan matanya memandang Damia yang jelas keresahan.
"Damia nak ke mana ni? Pakai cantik-cantik," walaupun dia sudah sedia maklum, namun wanita itu sekadar mahu bertanya.
"Err... Datin, Dato' dah lama sampai ke?" Damia tersenyum sumbing. Sengaja pertanyaan itu dibalas dengan soalan. Dia segera mengambil tempat di sebelah abang dan adiknya.
"Taklah, kami baru je sampai. Datang sini sebab nak jumpa Mia. Nak bincang pasal gossip tu. Harapkan si Dameer ni, memang mustahil." Dato' Zaqwan pula mencelah. Datin Diana hanya tersenyum. Sekali lagi Damia tersenyum tawar. Matanya sesekali mengerling ke arah jam tangannya.
YOU ARE READING
Aku + Kau = Syntax Error! ✔️ COMPLETE
Romance"Ara, tak baik kamu paksa-paksa abang dan kakak kamu buat apa yang mereka tak nak, sayang." Datin Diana yang sedang mengupas buah epal di sisi katil hospital anaknya, berkata lembut. Ara yang sedang menikmati buah epal manis, berhenti mengunyah. Dah...
