BAB 2

85 7 1
                                        

"KAMI dengar bunyi bising dekat tingkat bawah, sebab tu kami turun," beritahu Datin Diana. Damia menggigit bibirnya. Perlahan-lahan dia mengangkat pandangan. Memandang pasangan suami isteri itu. Jelas riak wajahnya yang bersalah.

"Saya mintak maaf sebab dah mengganggu Dato', Datin." Kini, suasana di ruang tamu itu betul-betul senyap. Angka di jam LED sudah bertukar kepada nombor dua.

Aduh... aku dah buat hal dekat rumah orang! Damia memarahi dirinya sendiri. Dia tahu, sepatutnya dia bertindak dengan matang tapi... haishhh... lelaki ni la yang panggil aku Nasi paprik!

"Hah, Dameer. Awalnya kamu balik. Bukan ke kamu patut balik esok?" soal Dato' Zaqwan kepada anak bujangnya.

"Meer saja balik awal, Pa. Ingat nak buat surprise untuk Ara. Hari ni kan, birthday Ara. Tapi tak sangka pula salah orang," mata Dameer melirik memandang ke arah Damia. Damia membalasnya dengan jelingan maut. Ara di sebelah sudah tersenyum sumbing. Dia seakan ternampak bayangan kilat halilintar dan ribut taufan pada Dameer dan Damia.

"Ara pelik bila kak Mia tak balik-balik. That's why Ara turun untuk tengok." Ara memandang Damia dan Dameer yang sudah berbalas-balas jelingan. Aku ternampak percikan api ke tadi?

"Err... sempena birthday Ara ni, kakak dan abang kesayangan Ara tak ada sediakan apa-apa untuk Ara ke?" seboleh-bolehnya Ara mencuba untuk meleraikan perang mata antara abangnya dan tutornya.

"Kek!"

"Susu!" kedua-duanya pantas menuju ke dapur.

"Err... Pa, Ma. Jom duduk dekat meja makan."

"Ara, sayang. Nak celebrate pagi-pagi buta ni ke?" Tanya Datin Diana meminta kepastian.

"Ha'ah, Ara. Tak mengantuk ke?" Tanya Dato' Zaqwan pula. Ara menggeleng.

"Tak apa. Esok cuti. Ara nak appreciate apa yang diorang dah buat untuk Ara." Ara tersenyum. Mereka melangkah ke arah meja makan utama.

"Ishh... ke tepi sikitlah, perempuan." Rungut Dameer sambil menolak Damia. Badan gadis itu terdorong sedikit ke kanan. Damia membuntangkan kedua biji matanya. Dia memijak kaki Dameer yang masih lagi menyarung stokin sekuat hatinya sebelum cepat-cepat meninggalkan lelaki yang memegang kek coklat itu. 

Padan muka kau! Puas hati Damia.

"Adoi!" Dameer mengaduh kesakitan.

"Besi ke kaki perempuan tu?" rungutnya sendirian sebelum dia kembali melangkah ke meja makan.

"Dato', Datin, jemput minum. Nah, Ara. Air susu buatan akak." Air jus oren dihulurkan kepada Datin dan Dato' manakala air susu pula dihulurkan kepada Ara. Belum sempat air itu diteguk, muncul satu suara mencelah.

"Ara, minum tu baca Bismillah. Baik-baik. Mana tahu kot-kot ada perisa tambahan ke dalam tu?" Dameer muncul membawa kek. Ara sekadar tersenyum. Damia mencebik. Poyo betul mamat ni!

"Err... Ara lupa nak kenalkan. Kak Mia, abang. Abang, kak Mia. Dameer Zhafran, abang kesayangan Ara. Damia Nurnasifa. Tutor kesayangan Ara." Senyuman Ara kian lebar. Terbuntang mata Dameer.

*************************

"Iya ke? Ara macam tak percaya je." Ujar Ara setelah mereka tiba di bilik. Tamat sudah parti kecil-kecilan yang diadakan sebentar tadi. Damia memandang Ara penuh keyakinan. Seketika dia mengangguk.

"Betul. Ara tak pernah cerita pada akak pun yang Ara ada abang. Mati-mati akak ingatkan yang Ara ni anak tunggal tau!"

"Ohh, sorry kak Mia. Ara ingatkan dah cerita." Gadis periang itu sekadar tersengih. Damia membuat mimik muka tidak puas hati.

Aku + Kau = Syntax Error! ✔️ COMPLETEWhere stories live. Discover now