"Alaa, mummy..." rungut Darfynz.

"Okay, my pwetty mummy!" balas Darren.

"Mantap, mummy Lena!" sorak Arven pula.

Manakala Dazzel hanya mengangguk tanpa riak.

.
.
.
.
.
.
.

"Yeah, for real? Where's our seat?!" gumam Darfynz, geram. Ruang kelas yang dijejaki itu dipandang atas bawah kiri kanan depan belakang, dan tiada satu pun tempat duduk kosong yang boleh memuatkan mereka bertiga.

Atau lebih tepat, hanya dua kerusi kosong yang ada.

Kelas yang sunyi membuatkan mereka bertiga berasa rimas apatah lagi apabila semua mata melekat pada mereka. Pertama kali mereka menjejak langkah ke dalam kelompok pelajar seumur. Kekoknya terasa hingga ke rektum!

"Tak apalah, adik. Kita duduk dulu. Nanti bila cikgu datang, kita tanya eh." Lembut Darren memujuk sambil mengusap bahu adiknya. Perlahan tubuh si adik ditarik ke seat paling belakang di mana dua buah kerusi kosong terletak bersebelahan.

Dazzel pula sekadar mengekor dari belakang. Apabila mata-mata memandangnya, jelingan membunuh diberi membuatkan masing-masing melarikan pandangan.

Tanpa bicara, Dazzel pantas melabuh duduk pada kerusi di tepi tingkap. Darfynz pula hanya menurut apabila Darren menyuruhnya duduk dahulu bersebelahan Dazzel. Darren meletakkan beg sekolahnya di atas meja Darfynz sebelum sebelah tangan di tongkat ke penyandar kerusi gadis itu.

Jam dikerling. Hanya beberapa minit sahaja sebelum loceng berbunyi maka Darren tidak kisah berdiri. Setahunya, mereka semua perlu turun ke dewan perhimpunan apabila loceng pagi dibunyikan. Itu pun Mama Anna yang beritahu.

Untuk dirinya yang tidak pernah bersekolah, jujur dia tidak tahu apa-apa.

KRINGGG!!!

Pelajar mula gelabah ingin keluar dari kelas. Ada yang baru menyusun barang dan ada pula yang sudah bersedia di pintu.

Darren tersenyum memandang dua adiknya yang kelihatan bingung. "Kita kena turun. Cepat jom."

"Pergi mana?" soal Darfynz. Berkerut keningnya melihat rakan-rakan sekelas lain yang mula bangun dan kabut ingin keluar kelas. Bertambah yakinlah pendiriannya bahawa budak-budak sekolah memang pelik.

"Perhimpunan."

"Waste my time." komen Dazzel, namun tetap juga dia bangun dari duduk. Tangannya turut sama menarik lengan Darfynz agar berdiri.

Baru sahaja mereka ingin melangkah, beberapa rakan sekelas yang keluar tadi kembali melangkah masuk dan duduk di tempat masing-masing. Gamat bunyi suara yang bertanya itu dan ini, ingin tahu apa yang sedang terjadi dan apa yang perlu dilakukan.

Darfynz menggulingkan matanya, menyampah. "Apa lagi benda pelik diorang semua nak buat ni? Haih."

Tidak lama kemudian, seorang wanita lewat 20-an melangkah masuk dengan senyuman di wajahnya. Tergeleng kepalanya melihat para pelajar yang masih gelabah, malah ada yang masih tidak sedar kehadirannya. "Class, tolong bertenang dan duduk. Ada sedikit masalah jadi awak semua kena stay dalam kelas untuk waktu perhimpunan ni."

"Who's that old woman?" bisik Darfynz pada Dazzel apabila mereka berdua sudah melabuh duduk.

Dazzel mengerling sekilas sebelum bahunya diangkat rendah tanda tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.

"Good! Jadi sekarang eh-" Mata wanita itu melekat pada Darren yang masih berdiri dengan senyuman janggalnya. "Kenapa awak tak duduk? Mana kerusi awak?"

"Err, tak-"

"Tak cukup kerusi, cikgu!" sampuk satu suara secara tiba-tiba.

Pantas Darren mengalihkan pandang pada budak lelaki yang membantu dia menjawab serupa Darren tidak upaya bercakap. Tidak pasal-pasal, budak lelaki itu mengenyitkan matanya pada Darren.

Darren tersentak. Spontan terkeluar riak jijik di wajahnya. Darfynz dan Dazzel yang turut perasan sudah menahan rasa ingin muntah.

Gay detected.

"Tak cukup kerusi? Satu kelas ada 25 orang dan saya rasa saya dah check semalam. Kerusi memang cukup. And, awak semua..." Wanita itu menjeda seraya matanya ralit bergerak dan otak laju mengira bilangan kepala di kelas itu. Berkerut seketika dahinya apabila kiraan terakhir berhenti pada Dazzel. "Awak semua ada 26 orang? Tolong check kad masing-masing dan pastikan awak tak silap kelas."

Pantas para pelajar kelas itu mengeluarkan kad identiti khas bagi setiap murid yang tertera nama, kelas dan barcode masing-masing. Salah seorang dari mereka semua mula mengerutkan dahi. Aneh dengan apa yang di baca.

"Cikgu!" Darfynz mengangkat tangan. Serius wajahnya memandang mata si cikgu. "Ini bukan kelas 1 Sapphire, kan?"

"No, it's not. Awak salah kelas nampaknya." balas cikgu itu.

Darfynz mengetap kuat rahangnya. Dua abangnya dipandang silih berganti.

Darren sudah risau apabila terasa aura membunuh adiknya mula keluar sedikit demi sedikit. Apatah lagi nama kelas yang disebut adiknya itu langsung berbeza dengan kelasnya ini. Dia pasti Dazzel sekelas dengan dirinya kerana dia sendiri yang membawakan kad Dazzel pagi tadi. Darfynz pula, dia terlupa ingin periksa malah terus yakin mereka sekelas.

"This can't be true..." gumam Darfynz.

_____________________

~12/05/21~

So aku rancang nk buat next book psl the triplet but im not sure if the genre would stay action or wht.
Maybe more to friendships familys teens stuff.

Ni last aku update kat book ni siess.






Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now