"Bodohlah perempuan ni." Gumam Ayden geram.

***

Terkejut dirinya tatkala wajah wanita Chinese menyapa pandangan.

"Wais ada?" Soal Marwah.

"Ouh, Ayd.."

Tiba-tiba tubuh wanita itu ditarik dan muncullah Wais. Mata Wais jelas menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan.

"Awak ni siapa Wais?"

Ayden menutup pintu rumah terlebih dahulu. Tenang Ayden, tenang kau tak boleh tunjuk muka yang kau tengah cuak, pujuk hatinya sendiri.

"Itu kawan aku, dia tumpang tidur rumah."

"Saya tak tanya pasal perempuan tu, saya tak nak ambil tahu pun. Awak siapa Wais?"

"Aku? Aku kan penternak? Aku ada ladang sendiri."

Marwah mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya, lalu screen telifon dihidupkan.

"Nampak wallpaper ni?"

Ayden memandang apa yang ditunjukkan oleh Marwah, kepala diangguk tanda nampak.

"Farhad Umar, 29tahun." Maklumat yang diberitahu oleh Marwah membuatkan Ayden tersentak.

Lama mereka berdua diam,

"Awak siapa Wais Ayden?"

"Marwah! Apa datang rumah lelaki tu!" Laung Puan Arwa sebaik sahaja turun dari kereta.

Marwah mengeluh, telefon itu dihentak kuat ke dada Wais sebelum beredar.

Ayden memandang Marwah yang berjalan, lambat laun kau akan tahu siapa aku Marwah. Manusia paling tak berhati perut, dan jahat sangat.

Telefon itu dinyalakan semula, kau sorok apa dari aku Farhad? Pantas kepala digeleng dan berlalu ke dalam rumah.

***

Fara memandang sahabatnya, termenung macam nak tembus dinding.

"Kau dah kenapa?" Bahu Marwah ditolak.

"Fara, aku rasakan ada benda yang tak kena." Tubuh ditegakkan, lalu mata memandang tepat ke arah Fara.

"Apa benda yang kau rasa tak kena?"

"Kau tahukan abah ada ajar sorang laki ni?"

"Tahu, kenapa?"

Marwah kembali menyandarkan tubuh pada kerusi malas itu.

"Aku rasa lelaki itu pelik, tapi ni firasat jelah."

"Pelik? Maksud kau pelik?"

"Pagi tadi aku jumpa telefon atas meja makan, yang penting bukan telefon aku atau abah dengan ibu. Aku syak si Wais tu punya, tapi wallpaper lelaki. Aku check cctv takut ada orang pecah masuk."

"Dan aku dapat tahu, pukul 8:00-10:00 malam, cctv gelap. Aku pergi jumpa si Wais, nak tanya pasal telefon tu. Alih-alih perempuan cina buka."

"Uish! Bulan puasa kot!" Jerit Fara kerana terkejut.

"Itu aku tak tahu, tapi dia pelik. Aku godam maklumat wallpaper lelaki tu. Tapi hanya dapat nama dengan umur je, identiti lelaki tu macam disembunyikan." Marwah memejam mata, makin pening jika fikir tapi rasa ingin tahu ini sangat mendalam jika tidak fikir.

"Jadi apa yang pelik?" Soal Fara bersama mata bundarnya.

"Pelik sebab Wais jadi cuak lepas aku bagitahu nama wallpaper lelaki dalam telefon tu."

Fara mengangguk, tapi dia masih tak nampak pelik. Hmmm...

"Jadi kau nak buat apa?"

"Cari tahu siapa Wais dan.."

"Dan?"

"Dan boleh tak aku berhenti makan ubat? Aku dah sihat."

Membulat mata Fara, mana boleh!

"Tak boleh, kau masih kena makan ubat."

"Fara, aku dah sihat lah!" Rungut Marwah.

"No! Kalau kau tak nak makan ubat, aku akan cakap dengan Kapten Hanif yang kau tak boleh masuk kerja."

Marwah hanya diam.

"Kau ada apa-apa ke dengan Kapten Hanif?"

Fara buat-buat tidak dengar.

"Pasal arwah, dah cari tahu?" Soal Fara tiba-tiba.

"Kes langgar lari tu pasti ada kene mengena dengan OH." Jawab Marwah sambil memejamkan mata.

Fara tersentak,

"Apa kena mengena pula?"

"Ingat misi aku dekat club haritu? Aku jumpa ahli OH naik kereta Honda sebiji dengan kereta yang langgar arwah."

"Tapi Marwah, Honda dalam dunia bukan sebijik."

Lama Marwah diam sebelum mata dibuka kembali, air di atas meja diambil dan diteguk, nasiblah Fara dengan dia sama-sama cuti.

"Aku cam Fara, sebab kereta tu je yang warna hitam calar merah."

"Eh kata hitam, kenapa merah pulak calarnya?"

"Wrapping."

Fara mengangguk faham.

"Marwah, aku tahu kau sayang sangat arwah tapi move on. Kalau memang si pelaku tu terlepas, biar Allah yang balas." Bahu Marwah ditepuk sebelum menuju ke tandas, dibiarkan Marwah sendiri di ruangan peribadi doktornya.

***

Thriller : Wais Ayden ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora