"Nanak! Nanak! Aaaa Papa aju (Papa laju)!" teriak si bayi kecil itu pula. Tergelak-gelak dia apabila Alvin melajukan larian. Apatah lagi melihat Anna yang mula berhenti berlari dan bercekak pinggang.

"Eh, Hao tepi! Tepi!"

Alvin yang sedang berlari, terkejut apabila muncul kelibat Hao dan dua orang gadis secara tiba-tiba. Tidak sempat menghentikan lariannya, tubuh Hao dilanggar. Tergolek-golek keduanya di lantai.

Mujur sahaja salah seorang gadis yang bersama Hao itu sempat menangkap tubuh si kecil. Matanya membulat melihat pemakaian budak kecil itu.

Pipi si bayi ditarik perlahan. "Siapa pakaikan kau dress ni, kecik?"

"Alvin ni ha, kurang kerja. Dia ingat anak aku nak jadi sajat ke? Oh please, memang tak lah!" sampuk Anna. Tubuh anaknya diambil dari si gadis tadi lalu wajah si kecil ditenung tajam. Anaknya ini, perangai sebijik Alvin!

"Apalah abang Alvin ni. Kenapa ajar baby bukan-bukan." sampuk Lelia yang kini sudah berumur 12 tahun. Kini Alvin sudah mula menerimanya serta ibu dan ayah. Hanya abang Denial sahaja yang tidak sempat meluangkan masa bersama Alvin. Malangnya, umur Abang Denial tidak panjang.

Tapi, dia amat berterima kasih pada Denial. Tanpa perjuangan abangnya itu yang tidak jemu berjumpa Alvin dengan bantuan Hao, pasti Alvin tidak menerimanya kini. Selepas pemergian Denial, Alvin terus sahaja berbaik dengan mereka.

Katanya, dia tidak mahu kehilangan keluarga lagi. Masa tidak dapat diundur, namun Denial tetap terpahat dalam kenangan Alvin.

"Kenapa abang pulak yang salah? Abang baiklah!" bela Alvin pula. Sengaja kepala Lelia digosok kasar membuatkan muka gadis itu bertukar cemberut.

"Eee, abang ni! Tak nak kawan!" protes Lelia. Tangan Alvin ditepis kasar.

"Alololo, takut pulak aku." usik Alvin sambil tangannya semakin laju menggosok kepala Lelia.

"Yoyoyo, atot lat tatu." ajuk Arven lalu tergelak suka.

Anna pantas mencerlungkan matanya pada Arven. "Ven! Kenapa ejek Kak Lelia macam tu?"

"Aaaa, Taty Wryne... Mama mayah..." adu si kecil. Tangannya tergapai-gapai cuba lari dari dukungan mamanya.

"Eh, aku pulak kena? Pandai-pandai kaulah, Ven. Siapa suruh cari pasal." Selamba sahaja si gadis itu menjawab bagai member-member dengan si kecil. Kecik tak kecik, ada dia kisah?

Baru sahaja ingin melangkah, kepalanya terasa diketuk perlahan. Terus mata dicerlungkan pada Hao yang sudah berdiri di sebelahnya. "Pebende main kepala? Adab mana adab?"

"Kau tu adab mana? Dengan budak kecik pun beraku-kau." balas Hao pula.

"Apa salahnya? Ven, kau cool je en?"

Tanpa riak serba salah, laju sahaja Arven si kecil mengangguk.

"See? Ven pun okay je kau nak gelabah kenapa?" tambah Nazryne sambil tersenyum bangga. Matanya dikenyitkan pada Arven membuatkan budak seumur tiga tahun itu tergelak suka.

Tatak tatik wink!

"Makin bodoh anak aku hadap awek kau ni, Hao." sampuk Anna. Sempat tangannya menanggalkan cekak rambut arnab berwarna merah jambu di kepala Arven. Alvin ni memang beruk ajar anak jadi transgender.

"Alaa sayang! Kenapa tanggalkan?!" protes Alvin lalu cekak rambut itu dirampas dari tangan Anna.

"Abang jangan mengada eh! Jangan sampai sayang pakaikan abang dress frozen nanti!" marah Anna kembali.

Mata Alvin bertukar bersinar. "Eh ada ke sayang? Arven jadi olaf, sayang jadi Anna, abang jadi Elsa la!"

"Bodoh!" carut Anna, geram.

Árulás [Betrayal] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora