"Kalau ada apa-apa pun, kenapa?" Soalan Tasya dibalas dengan soalan semula.

"Tak ada apa, cuma tanya je."

Mata sempat memandang tajam remaja perempuan itu sebelum dirinya beredar ke bilik bawah tanah.

***

"Kapten." Panggil Marwah tiba-tiba.

"Kenapa?" Semua memberhentikan jalan, maklumat dari Red sangatlah penting.

"Patah balik, saya jumpa sebuah lobang berdekatan. Mungkin tu salah satu jalan mereka untuk larikan diri dari bilik bawah tanah."

Sebaik sahaja mendapat anggukan daripada Kapten Hanif, mereka pantas berpatah balik.

"Macam mana kau tahu Red? Takkan godam juga? Tanah kot." Soal Salman sambil tangan menolak dedaun dan langkah kaki mengikuti Kapten Hanif.

"Tak lah, waktu lalu tadi aku perasan sesuatu. Tanah tu bila aku cucuk jari, jari aku tak kedalam. Ada benda yang tersekat, seolah kedalaman tanah tu ada penghujungnya."

Benda itu terlihat mudah, tapi entah bagaimana seorang Marwah terlalu teliti.

"Wah! Teliti gila kau!" Teruja Salman.

Sebaik sahaja sampai di tempat yang dikatakan oleh Marwah, Hilman dan Kapten Hanif mula menggali dan ya.

Tekaan seorang marwah sangat tempat. Sebuah penutup besi yang dikunci dari dalam, sah ini jalan mereka larikan diri.

***

Ran mendengus, kau licik Red! Tempat larian aku pun kau jumpa.

"Lempar bom." Arahnya dengan mata memerah.

Amarah mula menguasai.

"Tapi Tuan Ran, di bawah ada team kita yang sedang berjaga." Bantah Hazril.

"Aku tak peduli." Putung rokok dibuang begitu sahaja.

Melihat anak buahnya sudah mula berdiri di hujung bangunan, sedia melemparkan bom.

3

2

1

Bom!

Bom!

***

"Hati-hati!" Jerit Marwah apabila laptopnya berbunyi menandakan benda bahaya menghampiri.

Bom!

Terkejut mereka apabila melihat keatas, banyak lagi bom yang bakal menghujani mereka, mahu tak mahu kaki mula membuka larian pecut.

"Kiri!" Pantas Marwah mengelak sambil memberitahu arah yang kosong tanpa bom.

"Kanan!"

Mereka yang lain setia mengikutinya.

"Salman! Depan kau!"

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now