"Let.. Her go! Huuh... Huhh..."

Kelibat Alex yang tiba-tiba muncul mengalihkan fokus yang lain padanya. Tercungap-cungap lelaki itu menarik nafas, menggantikan lelahnya yang berlari ke situ. Evel sudah mengetap gigi menahan geram. Sepatutnya Alex bersedia untuk serangan hendap terhadap Reaper namun kini dia sudah keluar dari tempat persembunyiannya.

Haih, cepat betul makan umpan Reaper.

"Aku cakap lepaskan dia!"

BANG! BANG! BANG!

Serentak itu, Alex melepaskan tembakan berturut-turut, tepat mengenai lelaki yang mengheret Dian tadi.

Dian terlepas dari tahanan. Namun belum sempat dia ingin melangkah, satu bilah tajam mula terbenam di belakang dadanya. Bibir diketap geram seraya pergerakannya dimatikan. Sedar David sudah mengacu pedang padanya.

"One move and I'll kill her." tegas David.

Reaper menepuk kuat tangannya, tanda teruja. Gelak sinis kuat kedengaran, mengejek musuhnya. "Bravo, David! Tak sia-sia aku bawa kau! HAHAHA!"

Alex, Evel dan Raven mematikan gerak mereka. Masing-masing sedar mereka perlu berhati-hati dengan Reaper.

"Let her go, or aku bunuh ketua kau!" suara Scarlet kedengaran. Pantas mata-mata melekat padanya. Reaper sudah mengepal penumbuk apabila sedar Scarlet sedang mengacu pistol padanya.

David terkedu namun pantas menenangkan diri. Perlahan-lahan, pedangnya diturunkan. Mata Scarlet mengekor gerak perlahan David. Debarnya ditahan apatah lagi dia sedar Ace dan Jenny boleh mengancamnya bila-bila masa.

"Argh!" jeritan Scarlet bergema apabila Reaper tiba-tiba sahaja melibas pedangnya ke belakang. Laju darah mengalir dari lengan gadis itu. Mujur sahaja dia sempat mengelak menyebabkan libasan itu sedikit tersasar.

Reaper yang baru ingin tersenyum kembali mengetap gigi apabila sekali lagi terasa senjata diacu padanya. Pedang pendek yang teracu tepat pada nadi lehernya menyebabkan dia tidak mampu bergerak.

"Kau khianat aku, Ace?" soal Reaper dengan suara garaunya.

Rahang Ace bergerak-gerak menahan rasa. Matanya yang terasa panas, ditahan. "Kau cuba bunuh kawan aku, jadi kau musuh aku."

"Huh, useless friendship. Jenny!" ujar Reaper. Matanya mencerlung pada  Jenny yang terkaku di tempatnya. "Apa kau tunggu? Kau nak biar aku mati?"

"Jangan dekat, Jen! Reaper cuma gunakan kau!" Scarlet menahan lengan Jenny yang masih tampak keliru.

"Ta... Tapi– aku–"

BANG! BANG! BANG!

Keadaan bertukar huru-hara apabila berdas-das tembakan dilepaskan. Dari jarak jauh, Ayden dan Anna mula melancarkan serangan. David yang masih menjaga Dian, sudah terjelepok ke tanah dengan darah yang membuak-buak dari kepalanya.

"Jenny!" Ace menjerit kuat. Pantas dia melepaskan Reaper lalu mendapatkan Jenny yang sudah nyawa-nyawa ikan. Bahu serta dada gadis itu sudah dibasahi darah, hanya kerana menahan peluru dari mengenai Reaper.

Kau bodoh, Jenny!

Scarlet, Evel, Raven dan Alex mula berlawan. Masing-masing menajamkan pandangan, cuba mencari kelibat Reaper.

Perlawanan berterusan selama hampir sejam. Mayat-mayat audah bergelimpangan di tanah bersama darah yang membanjiri tapak itu.

Namun masih juga tidak terlihat tanda-tanda kemenangan untuk Amonic. Serangan dari Mighty Amonic bukan mudah untuk digulingkan. Kedua-dua pihak menghadapi kesukaran memenangi perlawanan ini.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now