Seorang lagi lelaki yang duduk di sebelahnya mengangguk. "Lagipun, aku dengar seorang lagi kembar Hell. Dengan kembar sendiri pun boleh jadi musuh. Teruk betul!"

"Kembar Hell? Huh, pengkhianat tu kan?" tambah si baju hitam tadi. Matanya mengerling satu persatu wajah ahli Silent Flow. Melihatkan topeng mata yang dipakai salah seorang ahli SF, jelaslah gadis itu kembar kepada musuh malam ini.

"Bodoh!" gumam Ace, geram. Matanya turut mengerling pada Scarlet yang masih selamba di sebelahnya. Badan disengetkan sedikit merapati gadis itu, "Kau tak dengar ke jantan-jantan kat belakang ni mengata kau?"

"Hmm." gumam Scarlet sebagai tanda mendengar. Sedikit pun dia tidak kisah.

Ace mendengus geram. Dia tidak suka direndah-rendahkan. Tidak sedarkah lelaki-lelaki itu, selama ini kumpulan Mighty Amonic bergantung pada wanita. Segala hal diuruskan oleh kaum perempuan. Kaum lelaki hanya menuding dan memberi arahan sahaja.

"Huh, aku harap malam ni last ada perempuan dalam kumpulan kita."

Kata-kata lelaki berbaju hitam itu menyebabkan amarah Ace terus meledak. Pantas dia berpusing seraya tangan lincah menarik pistol lalu diacu pada kepala lelaki itu.

Keadaan hingar-bingar tadi bertukar sunyi. Tidak disangka, tiba-tiba sahaja ahli Mighty Amonic yang lain mengacu senjata ke arah Ace. Keadaan dewan bertukar tegang.

Jenny, Scarlet dan Dian masih tenang duduk dengan riak kosong masing-masing. Manakala Ace pula tidak sedikit pun menunjukkan riak takut pada ancaman yang diarahkan padanya.

"Letak senjata kau, Acylianne Frendez." ujar salah seorang lelaki.

Jenny mengerling sekilas lelaki itu lalu tersenyum sinis, ketua senjata kumpulan Mighty Amonic. "Why would her, Michael?"

"Korang kena sedar pangkat korang lagi rendah dari kitorang! Show your respect!" jerkah lelaki bergelar Michael itu.

BANG!

"That's how I show it. Welcome..." ujar Scarlet mendatar. Pistolnya dibelai lembut sambil senyum sinis ditayang, tidak kisah pada Michael yang sudah meraung menahan sakit apabila peluru menembusi kakinya.

Huh, lemah!

Keadaan menjadi semakin tegang apabila sebahagian lelaki itu mula mengacu senjata pada Scarlet pula. Tetapi, masih juga mereka berempat tidak gerun.

Tiba-tiba sahaja seorang lelaki datang mendekat lalu melabuh duduk di sebelah Dian. Senyuman manis menghiasi wajahnya meskipun Dian sedikit pun tidak menoleh memandang lelaki itu. "Jangan risau, kumpulan korang tetap akan hancur sekejap lagi. Am I right, Miss Diana Michelle?"

Dian merenung tajam lelaki itu. Dia sedar ada sesuatu yang tidak kena.

"Argh!"

Jeritan si lelaki memenuhi ruang dewan. Kini, senjata turut terarah pada Dian apabila sebilah pedang pendek sudah tertusuk pada bahu lelaki itu. Malah, ada juga yang menyasarkan senjata pada Jenny.

"Asal aku tak mati lagi? Tak ada telur ke korang?" cabar Ace, selamba.

Dian sudah mencarut perlahan dengan kebodohan Ace. Kalau mati betul meroyan la kau jadi hantu wahai Ace.

BANG!

"Argh!!"

Bunyi jeritan suara garau bergema di dalam dewan itu. Silent Flow tersenyum sinis melihat lelaki yang cuba menembak Ace sudah berlumuran darah dengan pisau yang tercacak di lengannya.

Masing-masing mengerling pada David, orang kanan Reaper yang baru melangkah masuk. Tidak lupa
juga Reaper yang sudah melabuh duduk di kerusi emasnya.

"Yang cedera, keluar! Aku tak nak tempat ni kotor dengan darah korang!" Arahan tegas Reaper terus dituruti oleh anak-anak buahnya. Beberapa orang lelaki yang menjadi mangsa Silent Flow terus melangkah keluar. Yang lain pula mula menyimpan senjata masing-masing.

"Aku rasa korang dah tahu kenapa aku kumpulkan korang malam ni." suara Reaper sekali lagi bergema. Sebahagian anak buah mengangguk sebagai balasan. "Tapi, sebelum kita mula war, aku hidangkan pedang Mighty Amonic! Pedang rasmi Amonic yang takkan jatuh pada orang luar!"

Sebilah pedang ditarik keluar lalu diangkat tinggi penuh bangga. Bunyi sorakan kedengaran. Matanya bersinar teruja setiap kali memandang pedang warisan Amonic itu. Reka bentuknya ditilik penuh minat, lebih-lebih lagi nama-nama yang terukir pada pangkal pedang itu.

Senyumannya mati apabila mata menangkap ukiran nama abangnya. Jelas menyampah kepada lelaki itu, apatah lagi keturunannya. Sempat matanya mengerling pada Scarlet yang langsung tidak memberi perhatian padanya.

Mata dialihkan pula pada ahli Silent Flow yang lain. Menangkap riak wajah aneh Dian, Reaper tersenyum kembali. Namun kali ini, lebih sinis.

"Malangnya malam ni juga, aku akan bongkarkan kebenaran! Selama aku memerintah Mighty Amonic, kita tak pernah jatuh! Tapi sekarang, kita dah ada pengkhianat!"

Bunyi bisikan mula kedengaran. Tidak kurang juga ada yang mula menuduh satu sama lain. Reaper mengangkat tinggi pedangnya, sekaligus menghentikan suara-suara si anak buah.

"Jangan risau! Sebagai hukumannya, biar kepala dia berpisah dengan badan! Pedang ni akan jadi saksi kematian kau, Diana Michelle!!"

Silent Flow terkejut. Masing-masing memandang Dian tidak percaya. Anak-anak buah yang lain pula sudah mula mencaci dan memburukkan kumpulan mereka. Semakin dipijak-pijak maruah mereka.

"Dian... Kau..." Jenny mati kata. Dia terlampau percayakan Dian. Sudah lebih sedekad mereka tinggal bersama.

Dian masih menunjukkan riak kosong. Seketika, senyuman manis menghiasi bibirnya. "Korang kenal aku. Aku takkan mengkhianat kalau pihak tu bersalah." Badan didekatkan ke arah ahli kumpulannya. "Ini peluang terakhir korang. Jangan jadi anjing Reaper lagi. Selamat tinggal, aku benci korang."

Selepas itu, Dian terus bangun. Mata-mata yang memandang diabaikan malah dia selamba melangkah ke arah Reaper. Sambil melangkah, satu persatu senjatanya dijatuhkan dari badan. Selepas itu, tangan diangkat ke atas, tanda tidak mengancam lelaki itu.

Reaper tersenyum sinis. Pedangnya sudah sedia diangkat apabila Dian berhenti di hadapannya. Baru sahaja ingin menghayun, suara Jenny kedengaran.

"Jangan bunuh dia sekarang!"

Semua menumpukan perhatian pada Jenny. Gadis itu berdehem perlahan, cuba menenangkan dirinya. "Lebih baik kalau kita bunuh dia depan Hell. Lebih seronok!"

Reaper memandang tajam gadis itu. Meskipun sedikit ragu, namun dia pasti rasa cinta palsu yang ditaburnya buat Jenny cukup untuk membuatkan gadis itu melutut padanya. Pedang diturunkan.

"Baiklah, kalau itu permintaan kau. Bersedia untuk berperang! Aku tak nak seorang pun dari kumpulan Amonic yang bernyawa!"

Dian diikat oleh David. Silent Flow masing-masing memandang dengan perasaan celaru. Scarlet sudah berkira-kira di dalam fikiran sendiri.

Kakak atau pakcik?
Siapa yang patut dia perjuangkan? Dan siapa yang layak diperjuangkan?
Jika Dian sudah mengkhianat, patutkah dia terus bersama Reaper?

Matanya jatuh pula pada Ace dan Jenny yang kelihatan sugul. Apa yang patut dia lakukan sekarang?

_____________________

~30/04/21~














Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now