2; Where everything start

Start from the beginning
                                    

"Sebelah locker kau." Serentak Farhan dan Aldari menjawab,

"Eah, bukan dekat situ dah penuh ke?"

"Haah." Kami pun sampai di hadapan locker aku, pintu locker aku buka. Wayar USB yang aku letak tadi aku ambil letak dalam beg.

"Tengok ni Far, ini locker aku." Aldari tundingkan jarinya sebelah kanan locker aku, "Ini pulak Farhan punya." kemudian sebelah kiri pula, "Astar punya pulak yang tu." Locker berhadapan dengan locker aku pula dia tunjuk.

"Korang kenapa ni?"

"Kan aku kata aku nak jaga kau." Farhan membalas sambil tangan leka mengunci locker miliknya,

"Yes? Aku tahu jaga diri aku?"

"No?"

"Oh come on, dah 17 tahun why now?"

"Aku baru dapat hidayah, dah jom pergi makan tengah hari dengan kitorang." Macam tahu sahaja aku akan cabut lari Farhan terus tarik tangan aku untuk jalan sekali dengan dia, entahlah meroyan apa member ni. Nak atau tak nak kita layankan aje, mana tahu hari dia dah tak lama tu lah buang tebiat tu.




...




"Nak peha! Nak peha! Nak peha!" Astar capai dua ketul bahagian peha dan letakkan di hadapan Aldari, terus mamat yang menjerit-jerit nak ayam kfc bahagian peha ini diam gembira.

"Nah Farhah." Farhan hulurkan bahagian tight ayam pada aku, kami pun ramai-ramai makan kfc waktu tengah hari ini sambil masing-masing diam menikmati makanan.

"Hah Alda, kenapa kau lepas masuk satu kelas dengan kitorang. Bukan kau muda setahun ke?" Aldari memandang aku sambil sedut air pepsi, aku pun bagi dia ruang sekejap untuk minum air sebelum dia sambung bercakap.

"Aku skip form 1 dulu."

"Eah? How?" Aldari tundingkan jari telunjuk pada kepalanya, kemudian dia ketuk kepala dia perlahan.

"Be clever."

"Daym bro, respect." Aku sambung mengunyah ayam goreng, seharian ni aku banyak borak dengan Aldari aje sebab dia ni peramah la sikit campur senang nak sekepala daripada Astar tu. Dia diam je dari tadi, yang keluar dari mulut dia cuma duit yang aku guna hari tu je.

"Farhah kenapa kau letak kulit ayam tu dekat situ?" Aldari yang duduk di sebelah aku merenung kulit ayam goreng yang aku simpan untuk kemudian hari. Lepas tu tangan dia makin lama makin dekat je nak capai kulit ayam tersebut.

"Janganlah! Aku punya!" Tangan Aldari aku tampar kuat, ayam jangan buat main eh. Boleh gado 7 keturunan ceritanya nanti.

"Aloh kedekut betul."

"Kau dah makan dua ketul peha kot."

"Yelah peha tu kecik, kulit dia sikit je ada."

"Kesah pulak aku."

"Fan, tengok tu." Astar yang lama diam mula bersuara, matanya tertumpu arah tiga orang lelaki yang berada di luar kfc. Tiba-tiba salah seorang dari mereka memandang kami yang sedang makan, tattoo besar berlambang naga yang ada di lengan lelaki tersebut menjamah mata.

"Gerak...gerak...gerak..." Farhan terus bangun dari duduk, seperti tahu sahaja apa yang Farhan sampai kan terus mereka berdua turut bangun sekali.

"Farhah cepat, ikut aku." Aldari memegang lengan aku untuk berjalan bersamanya, kami berempat keluar dari kfc dengan tenang. Tapi bila dah ada dekat luar je, terus semua kelang kabut lari tak tentu hala.

"Korang settle dulu, Farhah biar dengan aku." Kami berempat mula berpecah kepada tiga bahagian, di mana Astar dan Farhan bergerak sendirian. Aldari pula masih erat menggenggam lengan aku untuk lari bersamanya sekali.

"Kita nak pergi mana ni?!"

"Mana-mana je yang selamat!" Kami berdua lari memasuki lorong-lorong yang tersorok, sambil Aldari memerhatikan sekeliling mungkin cari tempat persembunyian.

"Oh, shit shit shit!" Tiba-tiba Alda berhenti berlari, aku menoleh hadapan, seorang lelaki yang pasti salah satu dari pada mereka yang tadi berdiri di hadapan kami, Aldari tarik lengan aku untuk patah kebelakang, tapi dekat belakangpun ada orang juga.

"Ah fuck!" Terkejut juga aku dengar mamat ni start mencarut sebab cemas, dari tadi dia nampak macam soft aje.

"Farhah tak ada jalan lain dah ni,"

"Hah?" Aldari berdiri di belakang aku menghadap lelaki yang berada di belakang, kakinya dibuka bermaksud dia dah sedia untuk berlawan. "Kena ke?"

"Kau belajar taekwondo kan?"

"Eh mana kau tahu?"

"Farhan ada cakap. Kita tak ada jalan lain dah Farhah kena hadap jugak, dapat tahan lima minit pun jadilah." Aldari berbisik, bag sandang yang ada di bahu aku campak ke tepi, saku seluar aku raba sebentar pastikan senjata yang aku simpan masih ada.

"Ingat Far, tak lawan kita mati."

"Okay, Al aku percaya dengan kau ni."

"No worries." Tangan aku genggam memandangkan lelaki tersebut mula menghampiri, kiri kanan tunduk atas, kiri kanan tunduk atas. Strategy berlawan mula bermain di kepala. Lelaki ni tak adalah sasa mana, sekali tolak je mahu jatuh ni.

Lelaki tersebut cuba untuk menarik tudung aku, mungkin member ni fikir aku tak letak beratus pin dekat kepala takut tudung senang tercabut, tangan aku laju menumbuk hidung member ni dari bawah ke atas, terus terduduk lelaki tersebut mungkin sebab hidung dia dah patah.

Kesempatan yang ada ni terus aku sepak kepala dia takut dia bangun cepat, tiber pulak dia sempat capai kaki aku. Nasib tuhan bagi kaki ada dua. Kaki kanan aku angkat terus pijak perut dia sekuat boleh. Menjerit lelaki ni menahan senak.

Taser yang ada dalam saku seluar aku keluarkan, aku menoleh Aldari pula yang masih leka berlawan apa benda lama sangat member ni nak jatuhkan sorang lelaki tak malu ke dengan perempuan macan aku ni? Taser aku tekan-tekan, nak pastikan benda ini berguna, cahaya putih yang mempunyai arus elektrik menyala menandakan taser ni berguna lagi.

Tak fikir panjang aku lari arah lelaki yang berada pada Aladari pula, teaser yang sedia ada di tangan aku halakan arah lelaki tersebut.

"Al! Tepi!" Aldari berganjak ke belakang, terus aku tekan taser yang sedang menunggu mangsa pada belakang lelaki tersebut.

"ARGHHHHH!" Menjerit member tahan renjatan elektrik, badan lelaki ni pun mengigil-gigil atas tanah. Hah tahu pun kau sakit, mampus kau mampus ada hati nak kacau aku tengah makan ayam. Dalam seminit lepas aku tekan taser tu, tambah lelaki ni pun macam nak mati dah kena renjatan elektrik terus aku cabut balik. Kalau mati laki ni, aku yang mati kena sumbat juvana nanti.

"Kau okay tak?" Aku simpan kembali taser dalam saku seluar,

"Aku okay, thanks do."

"Farhah! Al! Korang ok-" Farhan yang lambat sampai kelihatan tercungap-cungap, terdiam dia melihat dua orang lelaki yang sudah terbaring tak mampu bergerak lagi.

"Ni bukan kerja Alda," Astar bersuara,

"Farhah kau ke yang buat semua ni?"

"Um...yeah?"

Leal ©Where stories live. Discover now