14 | Lawatan Mesra

Start from the beginning
                                    

Chat dari Farhad hanya dibalas dengan bluetick. Beberapa hari yang lalu Affendi ada mengatakan bahawa Tuan Ran hanya beri masa sebulan untuk dapatkan cip tersebut, jika masih tidak dapat bunuh sahaja Malik dan Arwa lalu ambil Marwah.

Sanggup ke nak bunuh?

Persoalan itu bermain di minda, sebelum kepala digeleng. Kenapa pula dia tak sanggup? Sedangkan beratus nyawa manusia sudah direbut begitu sahaja.

Makin lama, makin gila dia di sini. Serabut! Misi juga sudah sampai ke hujungnya, harini sudah puasa ke lima. Tak kurang dari 25 hari lagi, semua ini bakal berakhir.

"Licik Malik, kau sangat licik."

Sehingga kini, tiada satu klu pun untuk dia mendapatkan cip tu, rambut diraup kebelakang.

Hidupnya sudahlah dihurung bau darah yang hanyir dimana-mana, jika dia berhenti, dia mati. Jika diteruskan, serasa gila! Tapi Tuan Ran banyak membantunya, tak mungkin dia akan bantah arahan Tuan Ran.

Plan rumah Malik sudah disiapkan, kebanyakkan tempat sudah dicari, sudah digeledah, dan masih cip itu tiada. Dia cuma mahukan cip, dan segalanya akan berakhir.

Mampukah dia dalam masa 25hari yang diberi oleh Tuan Ran?

***

Cermin yang memantulkan imej diri, dilihat. Hitam dari atas hingga bawah, jam ditangan dilihat. Pantas beg laptop diambil lalu pintu biliknya dikunci.

"Kamu nak kemana?" Muncul Ustaz Malik sebaik sahaja Marwah memusingkan badan.

Dada dipegang, terkejut dengan sapaan abahnya secara tiba-tiba.

"Marwah ada kerja malam ni." Kaki melangkan kearah kabinet kasut, lalu sepasang kasut sport diambil dan dipakai.

Malik setia mengikuti langkah anaknya.

"Dekat mana?"

Marwah diam, mata perlahan memandang si ayah.

"Lokasi besar OH."

Terundur setapak Malik kebelakang, sudah lama dia tidak dengar khabar tentang kumpulan itu, rupa-rupanya masih aktif.

"Marwah pergi dulu abah." Tangan tua abah dicapai lalu dicium, sempat tubuhnya ditarik kedalam dakapan abah sebentar.

Baru sahaja badan mahu memasuki kereta, terdengar suara abah.

"Jaga amanah yang abah beri."

Perlahan-lahan, rantai disebalik tudung diusap. Marwah akan jaga macam nyawa Marwah, abah.

Anggukan diberi sebagai balasan kepada abah, sebelum tubuhnya hilang ke dalam kereta.

Bismillah..

***

"Kapten." Panggil Salman agak berbisik.

Kapten Hanif berhenti dan menoleh kearah Salman.

"Gatal kapten, nyamuk duk hisap tangan saya. Kita takde cara lain ke?"

Mata kapten Hanif tajam menikam mata Salman, di dalam misi sempat lagi nak komplain macam-macam.

"Okey, sorry." Wajah dicebik, tapi cuak juga.

"Red, bangunan ni ada berapa tingkat?" Soal Zeera sambil menolak dedaun yang menghalang pandangannya.

"Semua sekali ada lima tingkat."

Semua mengangguk.

"Tapi kat sini kita nampak tiga je?" Hilman memandang Marwah pelik.

"Dua tingkat dibuat di bawah tanah, dan orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Untuk tiga tingkat yang kita nampak ni, hanya ahli mereka yang biasa, cuma budak bawahan macam tulah." Terang Marwah dengan laptop setia ditangan.

Hanya dia sahaja yang faham tulisan hijau-hijau di laptop itu, kalau yang lain faham tak adalah dia perlu jadi hacker simpanan pihak polis.

Mereka terus meninjau disetiap kawasan, Hilman setia mencatat kesemua maklumat yang diberitahu oleh Marwah.

Dari tingkat atas sekali, terdapat sebuah kerusi bersama beberapa botol arak berselerak diatas meja.

Ran tersenyum, jadi itu Red? Farhad disebelah setia menyekat kesemua maklumat mereka yang dicuba godam oleh Red.

"Tuan Ran, wanita itu masih menggodam segala maklumat kita. Saya tak dapat hentikan, sistem yang dia gunakan terlalu laju." Terketar tangan Farhad menekan punat laptop.

Jika sendirian, boleh juga dia bertenang, tetapi harini dia harus bekerja disebelah Tuan Ran, habis berdegup kencang jantungnya.

"Tak apa, biar dia godam. Jangan sampai dia tahu biodata kita, dan dimana kedudukan aku." Rokok disedut dalam, lalu dihembus.

Topi dikepala diperbetulkan, sejauh mana kehebatan kau Red? Dari mana kau belajar segala sistem godam ini? Senyuman sinis terhias di bibirnya.

Pasti, abang kau kan?

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now