14 | Lawatan Mesra

Start from the beginning
                                    

"Tak ada pula hadis kata Ustaz je boleh jadi imam, sudah ambil tempat kamu." Tegas Ustaz Malik.

"Tapi Ustaz.."

Ustaz Malik membesarkan mata, tanda tiada tapi-tapi. Sudah sebulan Wais belajar dengannya, dia pasti Wais sudah layak-selayaknya untuk menjadi seorang imam.

Ayden mengeluh, di dalam hati sudah menyumpah seranah Malik. Para jemaah mula merapatkan saf.

Allahuakbar!

Perasaan aneh ini kembali, mengcengkam dadanya, menghimpit setiap ruang yang ada dan lemas.

Bacaan Al-fatihahnya lancar, namun setiap kali bacaan arab itu meluncur keluar dari mulutnya, rasa tidak tenteram itu semakin kuat.

"Aku adalah kau, kau adalah aku. Kita punya agama, agama kita islam."

Tiba-tiba suara itu menyapa gegendang telinganya, semakin terasa bisikan semakin kuat bacaannya, pergi!

"Aku tak terima pembunuhan biasa-biasa."

Setiap kali matanya memejam, suara-suaranya sendiri mula terdengar.

Suara dia menerima upahan pembunuhan,

Suara jeritan wanita mahu lelaki yang mati ditangannya,

Dan

Suara neneknya sendiri, jelas terdengar jeritan kesakitan wanita tua yang dibunuh cucu sendiri.

"Tsk, tsk..." Esakkannya kedengaran.

Dia tidak peduli mereka yang mengikutinya di belakang, tapi perasaan ini kuat mencengkam dadanya.

Dia tidak tahan dihantui begini.

Dihantui bayangan sendiri.

***

"Assalamualaikum." Ucap Zara.

"Waalaikummussalam." Laung Puan Arwa menjawab salam.

Selipar dipakai cepat-cepat, tak baik buat tetamu tunggu lama. Sebaik sahaja Puan Arwa mendekati pagar rumah, dahinya berkerut.

"Eh Za.." Namun bicaranya dipotong oleh Zara.

"Puan Arwa kan? Saya sepupu Ayden."

Xen menolak lengan Zara.

"Maksud saya Wais."

Puan Arwa mengangguk, dia faham mata Zara menyuruhnya berlakon kerana ada Xen di situ. Pelik? Kenapa dia mengenali Zara?

Dunia. Senyuman disimpan.

"Ouh, marilah masuk dulu. Wais tak balik lagi dari masjid tu."

Zara mengangguk lalu mengikuti langkah Puan Arwa, Xen turut mengikuti dari belakang.

Tak kurang dari sebulan, semuanya akan berakhir, mereka akan menang dan OH akan hancur.

***

Farhad
- Zara dan Xen dah sampai.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now