"Kalau dia nak bunuh mama, dia ada peluang yang besar. Jadi Angel.. saya tahu kamu anak yang baik." Lembut usapan Maria di pipinya. Angel tunduk kepala. Sudah lama dia hilang usapan itu. Mengingatkan dia pada ibunya.

"Beritahu saya, apa yang kamu buat pada darah saya yang kamu dapat dari menikam bahu saya?"

•••

Bunyi palang besi dibuka buat Ryan yang terlelap dalam keadaan duduk mengangkat wajahnya.

"Pak Cik Zoey, Ella." Ryan segera bangun melihat Ella dan ayahnya di depan pintu bilik tahananya.

"Tempoh tahanan kamu dah selesai.  Tiada bukti yang kukuh yang kamu terlibat memandangkan ramai saksi yang kamu bersama Noah semasa kejadian." Zoey kenyit mata kearah Ryan dibalas senyuman tipis oleh pemuda itu.

"Ryan! Aku rindukan kau." Laju Ella menerpa ke arah Ryan menilik wajah lelaki itu. Ada kesan lebam mungkin sesi soal jawab meminta jawapan Ryan buat wajah lelaki itu ditumbuk. Pegawai tahanan Gavriel memang terdiri dari orang-orang yang kejam seperti papanya.

"Ella.."

"Ya Ayah!" Laju Ella berpaling dengan sengihan memandang papanya. Zoey menjenggil mata, dia tidak suka anaknya menggedik dengan mana-mana lelaki.

"Jom balik, Ryan boleh berjalan."

"Tapi Ayah, Ella nak tolong Ryan pakaikan baju." Ella mencebik.

"Apa kamu yang pakaikan baju dia selama ni?!" Soal Zoey garang.

Ella diam berfikir.

"Tak juga, tapi hari ni Ella boleh buat memandangkan Ryan tengah sakit."

"Jangan nak menggatal! Ikut Ayah balik!" Garang balasan Zoey buat Ella menjuih bibir.

"Ryan!"

"Ya Tuan."

"Kamu boleh berjalan dan pakai baju sendiri kan? Apa kamu nak saya yang tolong pakaikan?" Sangat garang dan menyeramkan soalan Zoey buat Ryan laju menggeleng kepalanya. Demi apapun, dia tidak sanggup anak beranak itu tolong pakaikan baju untuknya.

"Saya boleh pakai sendiri, tangan saya tak sakit."

"Dengar jawapan Ryan sendiri." Zoey jeling anak perempuannya buat Ella mencebik.

"Yelah, jumpa nanti Ryan."

"Jumpa nanti."

Tak lama itu dua susuk itu beredar dan Ryan turut beredar diiringi pengawal disitu. Saat kakinya melangkah, fikirannya menerawang jauh memikirkan, adakah Adham sudah jalankan tugasnya? Membawa perempuan itu kesini?

Apa yang sudah berlaku sepanjang ketiadaan dia?

•••
"Jadi kamu lah Angel? Kamu nampak muda. Antara kamu dan Ryan mana lebih tua ya?" Jett menyoal mesra buat Angel terkebil-kebil.

Bagaimana dia mahu menjawab dia sendiri tidak kenal lelaki bernama Ryan itu!

"Jett, macam mana dia nak jawab. Dia tak kenal pun Ryan dan umur Ryan." Syira geleng kepala sambil dia menyelak rekod kesihatan gadis bernama Angel itu. Tempoh hari, Angel pengsan setelah kehilangan banyak darah hingga dia tidak sedarkan diri dalam 2 hari. 3 hari berlalu sudah berlalu setelah dia sedarkan diri. Keadaan Angel juga makin pulih.

"Ryan lahir bulan Februari. kamu?"

"Jett kenapa kau berminat dengan soalan macam tu?" Maria geleng kepala sambil dia menunggu Lyra mengupas kulit epal.

"Sebab saya nak tahu antara Angel dan Ryan siapa abang atau kakak dan siapa adik." Jett memandang teruja. Wajah Angel dihadapannya sangat-sangat mirip dengan Ryan.

GAVRIELWhere stories live. Discover now