"Wae?" soal Haewon dengan sopan. Senyuman kekok dilemparkan. Euna pula sudah membuat muka. Orang macamni pun nak dibuat baik ke? Oh please. Kalau aku tak ada maknanya aku nak buat baik dengan orang macamni. Waste my time.

"Happy nampak,"

"Bukan urusan kau. Tch."

Luna tersengih sinis. "Aku nampak kau datang dengan kereta mahal tadi. Looks like he's your boyfriend. Kau pandai tarik lelaki kaya dekat dengan kau eh?"

"Yahh jaga sikit mulut kau, Han Luna. Suka hati kau je cakap Haewon macamtu." bidas Euna terus. Matanya mencerlung memandang Han Luna dihadapannya. Kecil besar kecil besar je dia ni. Eyy.

Haewon diam tidak terkutik. Lidahnya jadi kelu untuk berbicara. Ayat terakhir Luna membuatkan dia terkedu.

"Boleh bagi tips tak macam mana nak tarik lelaki kaya datang dekat kita? Kau kan pro, Jeon Haewon." kata Luna dengan bangganya. Euna pula menjegilkan mata. Nampak sangat Luna sengaja nak cari pasal.

"Kau ni-" percakapan Euna ditahan oleh Haewon. Lengan gadis itu dipegang.

"Apa yang kau nak Luna? Tak habis-habis lagi je nak cari pasal dengan kitaorang?" soal Haewon. Nadanya sedikit keras.

"Kau ni memang tak pernah serik eh?" hambur Euna pula. Bibirnya berdecit halus.

Luna yang masih dengan senyuman sinisnya ketawa kecil. "Serik? Huh. Aku takkan pernah puas selagi kau tak jatuh, Haewon. Semakin tinggi kau naik, semakin jatuh lah kau nanti. Okey?"

Bidasan kata dari Han Luna sedikit sebanyak membuatkan Haewon tergugat juga. Ya dalam masa yang sama dia turut takut jika gadis itu mengambil tindakan lebih drastik dari dulu.

"Malaslah aku nak berlama dekat sini. Bye." Luna melambai manja ke arah dua gadis itu lalu berjalan dengan megahnya.

Euna mengetap geram. Dia pandang Haewon disebelah. "Yahh kau jangan dengar sangat apa yang dia cakap tu. Dia cakap besar je tu. Percayalah."

Haewon terdiam. Betul dia tak perlu fikirkan soal Luna sangat tetapi entahlah ayat gadis itu sedikit sebanyak menggetarkan hati kecilnya.

-------


Puan Park mengerling ke arah menantunya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agamnya.

"Kamu dari mana ni, Yerin? Kusut masai bagai mama tengok."

"Cari Jimin-"

"Dekat kelab? Dengan keadaan kamu macamni?" berkerut dahi wanita separuh abad itu.

Yerin mengeluh kasar. Tangannya memicit sisi kepala yang mulai terasa pening. "Yerin penatlah mama. Puas Yerin cari dekat mana Jimin pergi. Kawan-kawan dia pun Yerin dah tanyakan. Sorang pun tak tahu dekat mana anak mama tu."

Puan Park terdiam. Jimin betul-betul dah melampau. Isteri dekat rumah tak ingat. Apa nak jadilah dengan budak ni.

"Mama ingat nak upah spy-"

"Yerin dah upah, mama. Tapi masih tak ada berita apa-apa,"

"Esok-esoklah kita fikir. Kamu pergilah naik atas mandi apa semua. Nanti mama suruh Aunty Jae panaskan lauk."

"Tak apalah mama. Yerin nak mandi lepastu berehat je. Yerin naik atas dulu."

Puan Park jadi kasihan melihat menantunya yang bersungguh-sungguh dalam mempertahankan rumahtangga mereka. Untung Jimin dapat isteri sebaik Yerin. Tapi itulah anaknya tak tahu menghargai wanita seperti ini.

"Yalah."

Yerin melangkah perlahan naik ke atas. Hampir sahaja dia mahu menitiskan air matanya namun pantas diseka laju.

Pintu bilik dikuak lalu ditutup rapat. Yerin merengus geram. Beg tangan dilempar ke atas katil.

Tubuhnya yang masih bergaun pendek terus ditanggalkan dan bathrobe dicapai. Pintu bilik air dibuka.

Cermin dihadapan dipandang lama. Bibirnya diketap rapat. Bahagian bahu diselak dan ditilik disebalik cermin. Jelas kelihatan kesan merah keunguan disitu.

Rambut panjangnya juga disebak ke belakang. Leher putihnya juga mempunyai kesan itu. Shit.

Ini semua salah lelaki tadi. Kalau tak semua ini takkan terjadi. D-dan mereka tidak akan terlanjur...

Yerin pejamkan matanya rapat. Hampir semua lelaki di kelab tadi dia fikirkan itu ialah Park Jimin. Gila. Suami sendiri dengan lelaki lain pun tak boleh nak beza.

Namun itulah dia Jung Yerin. Dia tetap kalah dengan godaan lelaki. Dan sayangnya lelaki itu bukan suaminya sendiri.

"Argh tak guna!" rambutnya diserabutkan kasar. Melihat wajah sendiri disebalik cermin sahaja sudah menjijikkan dirinya.

Suara tangisan yang mula bergema ditahan sebaik mungkin. Bimbang jika mama mertuanya dengar akan tangisannya nanti.

"Kau bodoh Jung Yerin. Bodoh. Kau dah kotor. Sekarang kau dah tak ada beza dengan perempuan simpanan Jimin tu. Tch."

.

[C] His Mistress ; JiminWhere stories live. Discover now