"Pemb.." Suaranya terhenti.

Gila! Kenapa dia nak cakap macam tu!

"Pemb apa Wais?" Soal Ustaz Malik.

Marwah hanya memandang tanpa perasaan sebelum kembali memandang makanannya.

"Penternak! Haa.. saya penternak Ustaz." Di dalam hati hanya dirinya yang tahu, betapa jantungnya mengepam laju.

"Lah! Kamu ternak apa?"

Ternak mayat...

"Ha? Erm.. ternak lem..bu." Air kopi panas dihirup bagi menghilangkan rasa debaran.

"Marwah dah siap, jadi nak salam!" Tangan dihulur kepada Puan Arwa dan Ustaz Malik.

"Kamu balik pukul berapa ni?" Soal Puan Arwa.

Marwah melihat jam ditangannya seketika sebelum menjawab.

"Lewat sikit, tapi sebelum maghrib."

"Kamu nak kemana?" Soal Ustaz Malik pula.

Ayden hanya memerhati perbualan anak-beranak itu, mi goreng Puan Arwa dimakan sehingga habis.

"Fara."

Ustaz Malik hanya mengangguk faham, begitu juga Puan Arwa.

***

"Terima kasih ciecer!" Jerit Afiq yang dilantik ketua di tadika itu.

"Terima kasih ciecer!" Laung mereka mengikuti Afiq.

"Sama-sama." Marwah tersenyum sebelum meninggalkan kelas tadika itu.

Di sini terdapat beberapa kelas buat kanak-kanak, ada lebih kurang tiga kelas semuanya, Marwah hanya mengajar satu kelas sahaja.

"Nak balik dah ke Marwah?" Tegur Siti rakan sekerjanya.

"Iya, Siti. Saya ada nak jumpa orang lepasni, minta diri dulu ya?"

"Lah.. hati-hati drive tu."

Marwah mendekati keretanya yang diparking di luar pagar tadika.

"Bye Siti!" Sempat Marwah melambai kearah rakan sekerjanya.

Jam tangan dilihat, sedar tak sedar sudah hampir lima jam dia mengajar di tadika, sekarang pun dah pukul 1.30 tengahari. Budak-budak di tadika ada yang sudah balik dan ada juga yang dijaga sehingga petang.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi, handbag di seat sebelah dibuka zipnya, sebelah tangan masih memegang erat stereng kereta.

Sebaik sahaja telefon bimbit dicapai, terus disambungkan dengan earphone.

"Hello?"

Namun sapaannya tidak disambut, dan terus panggilan terputus. Sebaik sahaja nombor itu cuba ditelifon semula, sudah tiada dalam perkhidmatan.

Keningnya bercantum, siapa yang berani main-main dengannya? Tak apa, dia akan cari tahu sendiri.

***

Ran melempar telefon di atas katil, simkad sudah dipatah. Dia tahu pasti Red akan menggodam sistem untuk mengetahui nombor tadi.

Senyuman sinis terukir, suara itu..

"Kemana sahaja kau pergi, aku akan dapatkan Red kerana aku mahukan dia." Hembusan rokok dilepaskan keudara.

Senyumannya bertukar muram, bibir dikemam. Air mata yang bertakung diseka, namun tak lama selepas itu wajahnya berubah tegang.

"Aku akan pastikan Malik mati."

"Malik sial!" Jeritnya sendiri.

Dimindanya sudah terbayang cip itu, cip yang mampu mengubah segalanya. Mengubah dirinya untuk menjadi lebih kaya.

"Hazril."

Lelaki itu mendekati Tuan Ran, lalu tunduk hormat diberikan.

"Jangan musnahkan kepercayaan aku, pastikan segalanya berjaya."

Lelaki itu tersenyum sinis disampingnya, Marwah yang bodoh. Bukan salah dia.

"Tuan boleh percayakan aku, kita akan sama-sama ke syurga buatan kita. Aku hanyalah hamba Tuan." Hazril menunduk hormat sekali lagi dihadapan Tuann.

"Aku mahukan cip itu, rapatkan diri kau dengan anak perempuan Malik. Kalau boleh buat anak perempuan Malik cinta mati dengan kau, rapatkan diri dengan Malik. Tak kira apa caranya, aku mahukan cip itu."

Hazril mengangguk, dan sejak dari itu dia mula mendekati Marwah. Membuat Malik dan Marwah mempercayainya namun cip itu masih tidak ditemui, Malik memang licik.

"Perkahwinan kami lebih kurang sebulan lagi."

"Sial! Tak apa, ini lokasi kejadian. Aku akan suruh Ayden langgar kau, dan kau harus berlakon mati. Tentang mayat tak perlu risau, pandai aku uruskan." Ucap Tuan Ran di talian.

Sial punya Malik, cip itu disorok dari semua orang.

"Dan selepas ini kau tak perlu keluar, cukup dengar arahan aku."

Hazril mengangguk.

Pada hari kejadian, kematiannya dipalsukan, seperti yang Tuan Ran janjikan, dia hanya perlu berlakon mati dan segalanya diuruskan oleh Tuan Ran.

Marwah bodoh, mencintainya sedangkan semua itu hanya lakonan demi cip rahsia. Disebabkan itu Tuan Ran menghantar Ayden untuk mendapatkan cip tersebut dengan plan yang lebih teratur.

Memang dia dan Marwah teman lama, tapi selepas mendapat misi bahawa Tuan Ran mahukan cip itu, dia terus mendekati Marwah.

Pergi mampus dengan erti persahabatan, dia buat semuanya bersebab.

Apa sebabnya? Senyuman sinis terukir.

***







Abai typo, hiyakkkk

Oh nak bagitahu, novel ni memang banyak konflik berat, jadi sabar ye

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now