"Tak payah nak lari. Aku bukan nak makan kau pun." ujar Ayden lalu tubuh Evel ditarik keluar. Kunci dicabut lalu selamba dimasukkan ke poket seluarnya. Tanpa kata, lengan Evel ditarik ke dalam kawasan rumahnya, membiarkan kereta miliknya dan Evel tersadai di luar. Anna dan Kyle pula hanya menurut sambil masing-masing masih tidak puas bertikam lidah.

Sebaik sahaja sampai ke dalam rumah, Ayden melepaskan pegangannya lalu terus menghilang ke dapur. Kyle pula pantas naik ke biliknya, ingin mencari Lia. Dia dan Ayden balik pun hanya disebabkan Lia mengajak makan tengah hari bersama.

"Err, kita nak buat apa?" soal Anna. Pipinya digaru perlahan.

"Kau tanya aku?" Evel menyoal kembali dengan nada dingin dan mendatar. Matanya tajam menikam wajah Anna yang sedang tersengih bagai tidak bersalah.

"Evel!"

Teriakan yang menjamah telinga dua gadis itu, pantas melarikan pandangan mereka pada satu figura yang sedang berlari menuruni tangga. Tidak lupa juga teriakan Kyle yang asyik menyuruh Lia berhenti berlari.

Belum sempat tubuh Evel didakap, gadis itu pantas melangkah beberapa tapak ke kanan membuatkan Lia tidak berjaya memeluk dirinya. Secara tidak sengaja, Lia terlanggar Anna membuatkan kedua-duanya jatuh tersungkur ke lantai.

"Adoi..." rungut Anna, perlahan. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Aish, kan hubby dah kata jangan lari! Degil sangat, kan dah jatuh." Kyle yang masih menuruni tangga sambil mendukung tubuh kecil Lavin, mula membebel.

"Diam ah. Wifey tengah teruja je!" balas Lia pula.

"Ha menjawab, menjawab. Hubby care je pun tak boleh." Lantas Kyle bergerak ke dapur dengan wajah cemberut tidak puas hati. Lia pula laju sahaja ikut menghilang ke dapur sambil menyeru-nyeru suaminya. Nak pujuk la tu.

"Ergh, cringe." komen Evel dan turut menerima anggukan dari Anna, tanda bersetuju. Ini Evel baru tengok sikit, dulu Anna kena tahan setahun tengok kegedikan diorang berdua.

"Eh, hai!"

Sapaan secara tiba-tiba dari arah belakang mereka membuatkan kedua-duanya pantas berpaling. Wajah terkejut jelas terpapar di wajah mereka sekali gus membuatkan gadis yang menyapa mereka tergelak kecil.

"Sorry terkejutkan korang. Kenapa korang berdiri kat depan pintu ni? Mana Ayd? Lia and Kyle?" soal Ivy bertubi-tubi. Anak mata hijau jade miliknya meliar mencari figura penghuni rumah tersebut.

"Err, diorang kat dapur." jawab Anna yang baru pulih dari terkejutnya. Mulut di muncungkan ke arah dapur.

"Oh, nak lunch. Jomlah makan sekali!" ajak Ivy, selamba lalu bahu Evel dan Anna dirangkul. Tanpa serba salah dua tubuh gadis itu ditarik ke ruang dapur. Sebaik sahaja matanya jatuh pada tiga figura yang duduk di meja makan itu, pipi dikembungkan. "Kenapa tak ajak Anna dan Hell makan sekali? Kesian diorang berdiri kat depan pintu."

Lia pantas melarikan anak matanya ke wajah Evel dan Anna. Riak aneh ditayang, "Korang kan ada kaki, asal tak masuk sendiri. Sejak bila korang jadi princess nak minta jemputan ni? Jadi princess tak ajak aku! Dasar member, cengg–"

"Wifey, wifey enough. Sikit-sikit nak merapu." tegur Kyle. Mulut isterinya ditekup kuat dengan satu tapak tangan.

"Hmm mmm hmm! Hmm! Hmmm mmm!" gumam Lia lagi, cuba meneruskan kemerapuannya.

Evel dan Anna sekadar mengabaikan Lia lalu melabuh duduk di salah satu kerusi. Jelas alatan makan sudah tersedia cukup untuk Evel dan Anna sebagai tetamu, menunjukkan mereka memang ditunggu masuk ke dapur sejak tadi.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now