BAB 15

33 5 0
                                    

"Ayla, mari turun makan" Aku memandang Datin sekilas sebelum tubuh aku palingkan, membelakangi Datin.

Aku dapat dengar Datin mengeluh sebelum bunyi pintu ditutup memecah kesunyian.

Pasti sahaja Datin sudah hilang di sebalik pintu, aku menelentangkan tubuhku, memandang siling putih.

Hampir seminggu aku dingin dengan semua orang, kecuali Makcik Nor dan Iqa. Iqa tu pun lepas kena ceramah dengan Makcik Nor.

Banyak kali Iqa ajak keluar, tapi aku tolak. Bukan apa, aku maafkan dia pun sebenarnya tak ikhlas. Entahlah, hati ni tak boleh ikhlaskan, atau sebab aku tak cuba? Entahlah. Malas nak fikir.

Datin, Dato, Eiliya dan Elyas serta Zul ada juga pujuk aku dengan pelbagai cara. Bagi hadiah, pick-up line, well itu cuma Zul je yang buat macam tu dan ada yang sanggup melutut. Aku endahkan sahaja.

Setiap kali aku nak turun makan, aku takkan makan dengan dia orang. Aku akan turun sendiri, panaskan makanan dan makan seorang diri.

Aku mendengar notifikasi dari handphone aku. Aku mengambilnya.

Jom keluar, Naina. Aku bosan lah.

Macam biasa, aku akan balas...

Malas.

Sepatah sahaja. Lepas tu, terus bluetick. Masa awal-awal sahaja Iqa pujuk-pujuk, tapi makin lama dia dah takda pujuk-pujuk. Mungkin dah tahu yang aku takkan berubah fikiran, tetap sama.

Aku juga rasa dia mungkin dapat kesan ke-tidak-ikhlas-an aku dalam memaafkan dia.

Aku memegang perut aku yang berkeroncong.

Asal buat hal ni wahai perut? Bukan biasa kau buat hal pukul 2 ke? Apasal awal sangat ni. Baru pukul 1.30.

Nak tak nak, baik aku turun sebelum aku gastrik. Aku tak pernah kena, tapi tengok betapa terseksanya Zura masa gastrik, buatkan aku takut.

Aku menuruni tangga dengan muka tiada perasaan. Menonong aku berjalan tanpa menghiraukan empat orang yang berada di meja makan itu.

"Ayla lapar?" Aku menjungkit kening memandang Eilyas.

"Asal kau nak sibuk?" Aku tahu aku dah kurang ajar, tapi siapa kisah?

"Sebelum ni aku lapar pun, kau bukannya kisah pun" Aku mengungkit hal dulu. Jelas riak wajah Eilyas bertukar muram.

"Sorry... Maafkan a... " Aku menyuruh Eilyas dengan perbuatan menunjukkan tapak tangan padanya.

"Muak" Kataku keluar sebelum aku sambung perjalanan menuju ke dapur.

Aku nampak Mak Tam dan Kak Naz sedang duduk berehat di dapur. Aku hanya mengangguk kecil menyapa mereka.

"Naina nak makan?" Soal Mak Tam.

Aku angguk tanoa bersuara. Mak Tam turut termasuk dalam orang yang aku dingin dengannya kerana dia sudah bekerja dengan keluarga ni lama. Tak pernah dia bercerita atau menolongku dahulu. Alasan, takut kena buat kerja.

Cliche betul. Kata berani kerana benar, takut kerana salah. Patutnya lindungilah aku, atau buat report polis. Tapi tak pun. Pentingkan duit betul. Macam lah tak ada kerja lain. Belambak lagi kerja kat luar.

Nasi Mak Tam cedokkan, begitu juga dengan paprik. Kuah Kari berserta sayur bendi Mak Tam cedokkan juga. Pinggan diletakkan di hadapan aku sebelum dia berlalu menggapai gelas, lalu diisi dengan ais kosong.

Aku membasuh tangan di singki sebelum suapan dimulakan. Kak Naz sekarang ni duduk di sebelah aku. Aku hiraukan sahaja. Mak Tam pula lepas siap semua, terus keluar dari dapur. Pergi biliknya lah kot.

Lost Memories✅Where stories live. Discover now