PROLOG

120 16 0
                                    

Gelap. Apa yang dia dapat lihat hanya kegelapan. Dirinya seolah-olah berada di satu dunia yang... Kosong.

"Yaasin... "

Sayup-sayup suara orang mengaji menampar gegendang telinga. Hampir setiap hari dia mendengarnya.

Dan setiap kali itu jugalah dia berusaha menggerakkan anggota badannya.

Dan setiap kali itu jugalah dia gagal. Badannya terasa dihempap sesuatu yang berat. Ada beberapa kali dia dapat gerakkan jarinya walau buat seketika.

Tapi itu cukup memadai buatnya.

Sekali lagi matanya cuba dibuka. Dan ianya gagal, gagal dan gagal.

"Aaminn..."

Dia hanya diam mendengar. Sama seperti sebelum ini.

"Bangunlah nak. Berapa lama lagi kamu nak tidur?"

Dia pun tidak tahu untuk berapa lama.

"Makcik nak tengok mata cantik awak."

Dia mahu melihat dunia di luar sana.

"Setiap hari makcik doakan awak. Tak pernah tinggal."

Sama seperti dia. Setiap hari berusaha bangkit tanpa lelah walaupun dia tahu hasilnya bakal sama.

Tapi apa salahnya mencuba bukan?

"Awak nak tahu tak? Hari ini jualan makcik laku keras. Rezeki buat makcik untuk hari ini."

Menjadi kebiasaan dia akan mendengar cerita dari wanita yang dia tak kenali. Betapanya dia mahu melihat wajah yang tidak putus melawat dirinya.

"Lepastu ada satu drama yang terjadi. Boleh pula dia orang ber I you I you depan makcik. Dia orang tu dah lah cakap English. Ingat makcik faham ke?"

Dia dengar wanita itu ketawa kecil. Meskipun dia tidak dapat turut bersama-sama ketawa, dia mengukir senyum dengan payah.

"Eh! Awak senyumlah. Sukalah tu."

Hatinya gembira mendengar kegembiraan suara itu.

"Uwaa..."

Dia dapat dengar wanita itu menguap.

"Dah pukul berapa?"

Suara wanita itu perlahan nadanya. Tapi dapat dia tangkap walaupun tidak berapa jelas.

"Dah pukul 10 malam lah. Makcik tidur dulu ye. Sebelum tu marilah kita baca doa tidur dulu."

Hembusan nafas hangat terasa di telinganya. Bisikan kecil menyentuh gegendang telinga.

"Selamat malam."

Derapan langkah semakin lama semakin perlahan. Menandakan wanita itu semakim jauh darinya.

Atau dia yang bakal lelap? Tak dapat dia pasti.

Selamat malam dunia.



Naik turun dadanya mencari nafas untuk keperluan jantung yang makin laju mengepam.

Kepala terasa bagai ada sesuatu yang mencucuk. Sungguh sakit rasanya.

Bunyi sesuatu yang kuat dia dengar. Kekecohan berlaku. Sebabnya tak dia tahu kerana dia lebih risaukan dirinya.

Secara tiba-tiba sahaja sakit datang menyerang.

Bebanan yang dia rasa sebelum ini semakin tiada. Badannya terasa lebih ringan.

Adakah ia tanda-tanda dia akan bangkit dari lena ini?

Badannya ternaik. Satu renjatan terasa tepat di dada. Berulang kali.

Jari cuba dia gerakkan. Percubaan pertama. Tak berjaya.

Jangan putus asa!

Kali kedua. Jarinya terasa sesuatu. Tapi masih tak berjaya.

Kali ketiga. Akhirnya!

Perlahan-lahan jarinya bergerak.

Dia dengar beberapa suara. Tetapi makin lama, makin tiada.

Bunyi tapak kasut semakin jauh dari pendengaran.

Jangan! Jangan pergi.

Mata cuba dia buka. Kelopak matanya bergerak. Dan bila terbuka sahaja matanya, satu sinaran memeritkan matanya.

Dikenyitkan mata menahan cahaya mentari terkena kornea mata. Tangan perlahan-lahan diangkat menahan cahaya mentari.

"Doktor!"

Lost Memories✅Where stories live. Discover now