BAB 13

21 6 0
                                    

Aku termenung di atas katil. Mata tak lepas memandang siling putih itu.

Lepas kejadian semalam, mama terus demam. Demam biasa sahaja, jadi mama taknak pergi klinik walaupun berpuluh kali diajak.

Telinga masih terngiang-ngiang suara mama memohon ampun semalam. Suara mama serak, mungkin kerana tangisannya yang lebat.

Entah kenapa, air mata aku juga turut mengalir mendengar pemohonan maaf mama. Hati aku rasa sesuatu, yang mengatakan mama ikhlas, bukan sekadar gurauan.

Aku mengeluh panjang. Muka aku diraup.

Ya Allah. Apa lagi yang aku tak tahu. Kenapa aku rasa masih ada lompong-lompong yang kosong? Kenapa aku rasa ada beberapa kepingan lagi yang tiada?

Lagu Heart Attack dari Demi Lovato berkumandang memenuhi satu bilik. Tangan tergapai-gapai mencari handphone yang aku dah jumpa semalam. Itupun Mak Tam yang bagi. Katanya ada atas rak dapur. Macam mana boleh muncul situ, aku pun tak tahu. Ada kaki kot bendanya. Itu pasal boleh berjalan.

"Hello?" Aku bersuara tanpa melihat siapa yang call.

"Naina!"

Berkerut kening aku. Siapa tu? Aku menjarakkan handphone dari telinga aku. Nama yang terpapar di skrin aku lihat.

Iqa

Ouh... Iqa yang call aku.

"Iqa! Kau asal call aku?"

"Kau kat mana sekarang?"

"Aku? Kat rumah ler... Nak pergi mana lagi?"

"Taklah. Aku ingat kau balik kampung, jumpa makcik kau"

Aku ketawa perlahan. "Taklah. Makcik Nor balik Pahang. Jumpa kawan katanya"

"Ouh... Jadi kau free lah sekarang kan?"

"Haah. Kenapa?"

"Zul ajak keluar. Dia bawa Naim sekali. Jadi untuk mengelakkan fitnah, aku ajak kau. Zul dah tanya Naim, dia tanya okay je. Kau nak ikut tak?"

"Kalau aku taknak ikut, kau nak ajak siapa?"

"Kau dah bagi tanda-tanda taknak ikut ke ni?"

Aku ketawa. "Jawab je lah..." Gesaku.

"Okay-okay. Aku jawab. Kalau kau taknak ikut, melepaslah aku nak buli dia orang habis-habisan"

"Jahat kau, Iqa"

"Of course! Iqa kan"

Aku menjulingkan mata. Perasan betul minah seekor ni.

"Nak ke taknak?" Iqa menyoal sekali lagi.

"Nak ke taknak? Lepak mamak"

"Naina... " Iqa berkata geram.

Aku ketawa lagi. "Hahaha... Ampun-ampun. Bagi aku fikir kejap"

"Naina. Baik kau bagi jawapan sekarang sebelum aku kirim tangan kat kau"

"Lek ah sistur... Yelah. Aku ikut"

"Yeay! That's ma friend" Iqa bersorak keriangan.

"Pukul berapa? Kat mana? Naik siapa? Pergi sendiri atau sekali?" Bertubi-tubi aku menyoal.

" 12 tengahari. IOI city Mall. Kakak Zul bawa. Lagi?" Sindir Iqa.

Aku menggeleng walaupun aku tahu Iqa tak nampak. "Tak ada apa-apa. So ada nak kenapa berkumpul mana-mana ke?"

Lost Memories✅Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora