BAB 1

71 10 2
                                    

"Awal makcik bangun harini." Mulut yang menguap besar aku tutup. Tergaru-garu kepala yang tak terasa gatal. Mata sepet aku cuba melihat wajah makcik aku.

Ya. Orang yang memperkenalkan dirinya sebagai orang yang rapat dengan aku. Makcik aku.

Makcik Nor. Itu gelaran yang diri itu beri.

Terhenti seketika gerakan tangan makcik Nor yang sedang lincah membungkus nasi lemak yang sudah siap dihidang di atas daun pisang.

Makcik Nor seorang penjual nasi lemak. Bukan hanya nasi lemak, tapi pelbagai jenis kuih-muih melayu yang dia hasilkan. Semua dihantar ke setiap kedai atau warung. Ada juga yang menempah untuk sebarang majlis.

Aku dah rasa sedikit hasil tangan Makcik Nor. Memang sedap!

Sambal nasi lemak yang cukup manis dan pedas, kuih-muih yang kuantitinya melebihi harga. Maksudku ialah saiz, inti atau bilangannya yang banyak melebihi harga yang ditawarkan.

Sebab itu juga hasil Makcik Nor ini mendapat tempat di hati pelanggan.

Makan sekali, pasti nak berkali-kali.

"Ada yang tempah nasi lemak 100 bungkus. Kayla pun tahukan kat masjid ada seminar apa entah. Nasi lemak ni untuk sarapan dia orang lah," terang Makcik Nor.

Aku mengangguk. Tangan bergerak mengikat rambut gaya messy bun. Sambil itu kaki mula bergerak ke singki untuk membasuh tangan.

Kerusi berhadapan Makcik Nor aku tarik. Tangan menarik satu nasi lemak yang belum dibungkus. Lincah tangan aku bergerak membungkus membentuk piramid.

Tunjuk ajar dari penjualnya lah. Siapa lagi?

Siap sahaja, aku letakkan sebungkus nasi lemak itu ke dalam besen merah yang besar. Tangan menarik lalu membungkusnya.

"Nasi lemak je? Kuih-muih tak ada pesan?" Sambil tangan bergerak, mulut turut bergerak. Bosanlah kalau membisu je buat kerja.

Makcik Nor mengangguk kepala. "Ada. Kek batik 1 tray, karipap dalam 30 biji dan donat gula 20 biji."

Mujur semua boleh buat frozen. Kalau tak memang kena minta pertolongan jiran sebelah yang perempuan melayu terakhir itu.

"Lagi berapa bungkus nasi lemak?" Aku menyoal.

"30 bungkus lagi."

Dalam hati terbit rasa kagum. Aku rasa baru sekejap aku tolong. Mungkin baru dalam 10 bungkus aku buat. Makcik Nor buat yang selebihnya seorang diri? Memang daebak!

Aku melihat jam yang tergantung di dinding batu.

5.50 pagi.

Aku mengeluh kecil. Nampaknya dia terpaksalah tinggalkan Makcik Nor buat seorang diri.

Tolong, tolong juga. Sekolah jangan lupa. Dia yang merupakan pelajar tingkatan tiga perlu pergi sekolah pada sesi pagi.

"Makcik, Kayla pergi mandi dulu. Takut lambat." Makcik Nor hanya mengangguk kepala.

Aku menolak kerusi ke belakang. Tangan aku cuci di singki sebelum tangan basah aku lap pada kain yang tergantung di peti ais.

Aku mengambil tuala yang tersangkut, inner hitam aku dan baju-baju dalam sebelum langkah dibuka menuju ke bilik air di dapur.

***********************************

"Belajar elok-elok ye Kayla. PT3 dah nak dekat." Kepala aku diusap perlahan. Aku mengangguk.

Aku takut. Bulan depan aku akan menduduki peperiksaan tingkatan tiga itu. Bulan ini pasti aku akan sibuk, banyak dengan latihan yang akan diberi walaupun aku rasa setiap hari banyak kerja sekolah.

Lost Memories✅Where stories live. Discover now