BAB 9

26 5 0
                                    

"Ja... Jangan" Pinta kanak-kanak perempuan itu apabila tubuhnya tidak henti menerima habuan yang menyakitkan.

"Auch! To... Tolong berhenti" Tangan sedaya upaya dia gerakkan untuk menghalang benda yang panjang menghinggap tubuh kecilnya.

Wanita di hadapannya tidak menunjuk tanda-tanda untuk berhenti. Tangan masih melibas tubuh kanak-kanak itu dengan tali pinggang tanpa henti.

"Sa... Saya tak... Auch! Tak bu... at" Libasan tanpa henti itu berhenti serta-merta. Kanak-kanak perempuan menarik kakinya yang melunjur rapat ke badan. Mata masih memandang insan di hadapannya.

Keluhan lega keluar melihatkan insan itu keluar. Bibirnya mendengus kesakitan apabila jarinya menyentuh kesan biratan.

Yang lama pun masih berbekas lagi, kini ditambah pula dengan yang baru.

Baru sahaja dirinya mahu bangun, insan yang dengan memperlakukan dirinya dengan kejam tadi muncul. Melihatkan apa yang berada di tangan kanan membuatkan matanya membutang besar.

Tergetar-getar dia berundur ke belakang. Mata tak lepas memandang benda yang membuatkan dirimya terkejut.

"Ja... Jangan dekat" Rayunya perlahan. Air mata bertakung di hujung mata, menunggu empangan pecah membasahi pipi.

Tangan kanan didepakan ke hadapan meminta langkah insan itu berhenti, malangnya semakin dia ke belakang, semakin dekat insan itu menghampirinya.

Insan itu tersenyum sinis. Penuh menyeramkan. Dia mengilai perlahan sebelum kaki dibuka besar mendekati kanak-kanak perempuan yang tersandar sepenuhnya di dinding.

Benda tajam itu dihala ke hadapan atau lebih tempat, kedudukan jantung berada.

"Jangan!"

Tercungap-cungap aku bangun dari baring. Sesak dada aku kekurangan oksigen. Aku menarik nafas sedalamnya, lalu dihembus keluar.

Aku meraup muka yang basah dengan peluh.

Mimpi itu lagi.

Sejak aku tahu papa 'angkatku' itu sebenarnya ayah kandungku, aku mula bermimpi aneh. Aku tak rasa ianya adalah sekadar mimpi, tapi secebis memori. Memori yang sudah hilang.

Malangnya, setiap kali dia bermimpi hal itu, wajah kanak-kanak dan wanita itu tidak muncul. Kedua-dua wajah itu blur, seperti seorang yang rabun jauh yang mahu melihat tanpa kaca mata.

Hanya suara kanak-kanak di dalam mimpi aku sahaja yang dapat aku dengar. Oleh disebabkan itulah, aku pasti kanak-kanak perempuan itu adalah aku. Aku pasti.

Persoalannya, siapa wanita itu?




"Bulan hadapan, 5 Februari sehingga 7 Februari, akan diadakan perkhemahan badan beruniform peringkat sekolah. Kepada sesiapa yang nak sertai, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Cikgu Ita. Itu sahaja, sekian terima kasih"

Iqa menolehkan kepala ke belakang memandangku.

"Kau nak pergi tak?" Soalnya.

Aku mengetuk dagu dengan jari telunjuk. Sesekali dahi aku berkerut memikirkan sesuatu.

"Nak tak?" Desak Iqa meminta aku memberi jawapan secepat mungkin.

Dalam-dalam mata Iqa aku renung.

"Kenapa kau nak pergi sangat?"

Berkerut dahi Iqa mendengar soalan aku.

"Aku nak dapat markah kokurikulum untuk SPM tahun depan"

"Kenapa? Kau taknak join?" Dapat aku kesan nada lirih ketika Iqa bertanya.

Lost Memories✅Where stories live. Discover now