BAB 8

29 7 0
                                    

Harini hari kedua sekolah. Sejujurnya kepala aku masih lagi sakit, tapi berkurang sakitnya dari semalam.

Aku paksa diri aku untuk bangun, pergi ke sekolah. Aku taknak lah masa bulan pertama sekolah, ada hari yang aku tak datang.

"Betul boleh sekolah? Macam mana kalau pengsan nanti?" Mama bertanya risau. Aku hanya senyum.

"Okay je ma. Mama doakan lah yang baik-baik" Aku tenangkan mama.

"Doa je yang baik-baik. Jangan lah doakan dia pengsan. Ayla cakap dia boleh tahan, kita benarkan lah dia bersekolah. Lagipun ni hari kedua, takkan nak ponteng?" Papa menyokong aku.

Mama ketap bibir. Perlahan-lahan dia angguk. Aku tersenyum lebar. Tubuh mama aku peluk untuk redakan kerisauan di hatinya.

"Nanti kalau Ayla tak boleh tahan, Ayla call mama. Mama jangan risau ye?" Belakang tubuh mama aku tepuk-tepuk perlahan.

Mama menolak pelukan aku. "Janji ye?"

Aku angguk. "Janji"

Tangan mama aku capai. Aku menyalam tangan mama minta restu.

"Ayla pergi dulu. Bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Papa dan mama melambai. Aku turut melambai sehinggalah tubuh kedua ibu bapa angkat ku itu hilang dari pandangan mata.

"Naina!" Dari jauh, aku nampak Iqa melaung nama aku sambil melambai. Aku senyum palsu apabila ramai pelajar yang memandangku.

Tak guna punya Iqa! Habis satu sekolah tahu nama aku.

Sedang aku berjalan mendekati Iqa, bahu aku terasa dilanggar sesuatu dari belakang. Hampir badan aku mahu jatuh namun kaki cepat aku pasakkan ke tanah mengimbangkan diri.

Insan yang melanggar bahu aku pandang dengan cerunan mata. Apabila kornea mata aku menyapa wajah insan itu, aku mengetap gigi melawan rasa sakit di kepala.

"Lambat. Macam kura-kura. Agaknya kura-kura pun lagi laju dari kau" Menonong dia berjalan melepasi aku tatkala aku masih lagi tercengang mendengar kutukannya.

Figura belakang pelajar itu aku pandang dengan mata yang seolah-olah memancarkan laser.

What the fish? Hello wahai manusia, jalan ni luasnya macam sekangkang King Kong tau, tapi belakang aku juga kau nak jalan? Lepas tu sesedap maggi je kau kutuk aku kata aku kura-kura.

Bermacam makian aku sedekahkan untuk budak tu.

"Awak okay tak?" Prihatin Iqa bertanya. Aku mengangguk.

"Kurang ajar si Zul tu. Pergi tolak kau tu kenapa? Lepas tu tak tolong atau cakap sorry pun. Benci betul aku!" Iqa menggantikan tempat aku yang sedari tadi tak sudah memaki pelajar yang menolak aku atau lebih tempat Zul Iskandar.

"Kau nampak?" Soal aku hairan. Aku rasa jarak dia dengan aku agak jauh. Aku juga menukar panggilan kami yang semalam menggunakan awak-saya.

Sejujurnya aku tak suka gelarkan macan tu. Entah kenapa tapi ada rasa geli.

"Nampak ah! Mata aku dari tadi pandang kau tahu tak. Bukan sekali nampak, dengar sekali suara katak dia tu. Cakap bukan main kuat, macam nak satu sekolah ni dengar"

"Serious wei?"

Dia angguk laju. Aku ketap bibir.

Kurang ajar kau Zul!



"Saya nak untuk mata pelajaran Bahasa Melayu ni, guna empat buku. Komsas, rumusan, karangan dan tatabahasa. Semua buku panjang ye"

Seperti apa yang dikatakan cikgu Tasneem, aku mengeluarkan tempat buah buku panjang bersaiz A4 dari dalam beg.

Lost Memories✅Where stories live. Discover now