.
.
.
.
.

PUAN ELENA a.k.a mummy Ayden, merenung tajam wajah gadis di hadapannya. Seketika, senyuman manis gadis itu dibalas dengan renungan curiga. "Betul ke Ayd setuju nak guna warna biru muda ni? Dia kan anti warna-warna terang macam ni?"

"Err, mummy. Ivy dah pujuk Ayden dah hari tu, itu la pasal Ivy pilih warna ni." terang Ivy. Bibirnya dicebikkan lalu tubuh bakal ibu mertuanya dipeluk dari sisi, "Alaa, mummy kan tahu Ivy suka warna biru. Lagipun lawa kan design ni, myy?"

Puan Elena tersenyum nipis melihat gaun pengantin di depan matanya kini. Hujung jarinya menyentuh lembut fabrik berwarna biru dihiasi manik-manik yang menyerlahkan lagi keanggunan gaun tersebut. Rekaan beralun pada bahagian bawah gaun itu kelihatan seperti ombak pantai apabila sedikit warna putih dan biru tua turut terselit sama.

"Lawa." puji Puan Elena. "Mummy pun suka tengok tema biru ni, tenang je. Takkan la nak pilih tema hitam macam selera si Ayd tu. Mummy nak kahwinkan anak, bukan tanam anak."

"Entah abang Ayd tu. Takde citarasa langsung, kan mummy kan?" tambah Ivy pula.

Puan Elena pantas mengangguk laju. "Itulah! Entah anak siapa la tu. Mummy tak mengaku anak mummy macam tu."

"Nasib baik mummy yang temankan Ivy hari ni. Kalau datang dengan abang Ayd, mesti dah gaduh nak pilih baju." ujar Ivy.

Sebaik sahaja dia bersetuju dengan gaun itu, seorang pekerja mula menyimpan kembali gaun ke bilik yang menempatkan tempahan pelanggan. Ivy dan Puan Elena pula melabuh duduk pada ruang menunggu di sudut butik.

"Memang bagus mummy temankan Ivy ni. Tapi lagi bagus kalau Ivy datang dengan bakal suami sendiri. Korang yang nak kahwin, korang la yang kena uruskan." bebel Puan Elena. Beg tangan yang tersangkut di lengannya, diletakkan di atas peha.

Ivy pula sudah menayang wajah cemberut. "Ivy memang nak datang dengan bakal suami, tapi dia busy sangat. So, Ivy angkut jelah mummy jadi bidan terjun nak temankan pergi butik ni."

"Amboi, bidan terjun ya!"

"Hehehehe, betullah bidan terjun. Ke mummy nak jadi bidan terbang?"

"Dah, tak payah merepek." putus Puan Elena sambil tergelak halus. Ada sahaja perangai Ivy yang mengundang tawanya. Untung benar dia dapat bermenantukan gadis sebaik Ivy ini. Sopan, lemah-lembut, bijak, lawa dan berkerjaya.

.
.
.
.
.
.
.

  "MAMA, kenapa dengan Scarlet? Kena sampuk jembalang tanah ke? Ke kena sampuk setan tandas?" soal Anna dalam bisikan. Badannya menyenget ke kanan untuk memulakan sesi mengopek dan memotong bawangnya itu.

"Eh, dasar anak bertuah! Suka hati je cakap orang macam tu." Bahu Anna dipukul kuat oleh Puan Airine sekali gus membuatkan si gadis muda itu meringis sakit.

"Mak tiri cinderella," gumamnya perlahan. Bahu diusap dengan wajah tidak puas hati. "Habis tu, kenapa Scarlet diam sangat ni, ma? Semalam tak macam ni pun."

Baru je dia rancang nak main prank tepung dengan Scarlet pagi ni, tup-tup Scarlet layan dia macam stranger. Auchh, gojes tersakiti!

"She got nightmares. Dah, hari ni jangan nak kacau Scarlet. Biar dia rehat je." ujar Puan Airine. Matanya tepat merenung Scarlet yang diam di tengah taman mini halaman rumah mereka. Meskipun cuaca sudah panas terik, gadis itu tetap sahaja duduk memandang kuntuman bunga ros merah yang mekar di taman mini.

Perkara biasa yang menjadi pemandangan buat Puan Airine dan Encik Richard sejak Scarlet mula berpindah dengan mereka. Lagi-lagi setelah mendapat mimpi buruk pada waktu malam, pasti awal paginya Scarlet akan terus ke taman mini dan merenung kosong bunga ros merah disitu. Sampai sekarang dia masih tidak tahu apa punca perlakuan aneh itu.

"Nightmare? Nightmare apa tu?"

"Her past, sayang." ujar Puan Airine. Wajah anak kandungnya yang jelas sedang keliru itu dipandang dengan satu senyuman. "Tentang Reaper, her parents, her scars and of course that guy, Steven."

"Oh..." Anna membulatkan mulutnya. Matanya terkelip-kelip sambil otak ligat berfikir. Banyak lagi persoalan yang tergantung di benak fikirannya, terutama sekali tentang keluarga Benjamin itu.

"Ma..." seru Anna. "Kenapa mama tak jaga Scarlet dari dulu lagi? Kenapa biarkan Scarlet ikut Reaper?"

Setahunya, mama dan papa sangat mampu untuk menjaga kembar Evel itu. Dan jika sejak dulu lagi Scarlet tinggal dengan mereka, pasti gadis itu tidak akan sengsara.

"Scarlet ni spesial. Mama pun tak nafikan dia ada bakat dan potensi yang lagi menyerlah dari Evel. Lagi-lagi dengan personaliti dia yang dingin, memang sesuai untuk survive dalam dunia ni." Puan Airine tersenyum.

Terbayang kembali setiap perjumpaan dengan Scarlet di waktu kecil, rutin gadis itu sering dipenuhi dengan jadual yang padat dengan latihan untuk meningkatkan skill diri. Dan itu semua atas permintaan gadis kecil itu sendiri. Sedangkan Evel pada waktu itu sering sahaja mengadu dan meminta tolong daripadanya untuk ponteng latihan. Dan disebabkan dia dan Encik Richard tidak terlalu tegas, pasti sahaja Evel ponteng latihan dengan sokongan mereka.

"Dan sebab tu jugalah Reaper tuntut dia dari Mama dan Papa. Ingatkan Reaper cuma nak latih Scarlet, tapi tak sangka pulak dia seksa. Tak sampai seminggu dia tinggal dengan Reaper, mama dapat tahu yang Scarlet kena pergi solo mission untuk jatuhkan satu kumpulan mafia."

"Wait, what?! Bukan ke dia baru 10 tahun masa tu! Solo mission pulak tu! Kenapa mama tak selamatkan dia?!" cantas Anna. Terkejut benar dia mendengar cerita dari mulut mamanya ini.

Puan Airine tersenyum hambar. Dia turut kecewa dengan kegagalannya memegang amanah dari mummy Evel dan Scarlet untuk menjaga keselamatan dua anak gadis itu. "I'm a bad mama."

"Mama," Anna pantas menyentuh lembut tangan mamanya. Matanya menyapa sayu wajah tua wanita yang telah melahirkan dirinya. Jelas riak serba-salah terpampang di wajah tua itu. "It was not your fault. Anna tahu mama dah buat yang terbaik untuk kitorang semua."

"But, I left you alone for the past few years. Mama tak dapat jaga anak-anak mama." luah Puan Airine, kesal. Bukan setakat Anna, namun Rizz juga tidak dapat dibesarkan dengan kasih sayang dan kudratnya sendiri. Lihat sahaja sekarang, Rizz amat kekok apabila duduk bersama dirinya, sedangkan begitu manja apabila bersama dengan Encik Haze.

Dia sedar itu silapnya kerana membiarkan Rizz dibesarkan oleh nenek sejak kecil. Dan setelah kematian neneknya, dia masih tidak membela anak itu. Pernah juga Encik Haze mengamuk apabila mereka terlampau pentingkan kerja, sehinggakan keluarga terabai. Bahkan Anna yang tinggal bersama keluarga kandung itu juga jarang-jarang sekali dapat makan bersama. Namun, ketika itu mereka terlampau ego untuk mengaku kesalahan sendiri hingga pernah cuba meletakkan Rizz di rumah pengasuhan sepenuh masa. Akhirnya, Encik Haze pula yang mengambil keputusan untuk membesarkan Rizz.

"It's okay, mama! Kan ada Evel dengan Lia. Lagipun I'm a big girl, dah pandai jaga diri la." Anna tersengih sambil cuba menenangkan mamanya. Dia tahu mama dan papa takkan tinggalkan dirinya jika masih ada jalan lain ketika itu. Namun, nasib tidak berpihak pada mereka.

"Mama mintak maaf. Mama rasa bersalah sangat sebab abaikan anak-anak mama." ujar Puan Airene lagi. Matanya mula memerah dan bergenang.

Anna pula makin melebarkan sengihannya, "Kalau mama rasa bersalah, belanja la Anna kereta baru. Kereta lama tu tak best la mama. Anna nak lambo!"

Tak pasal-pasal Puan Airine menghadiahkan satu jentikan di dahi Anna. "Eh budak bertuah ni, kikis duit aku je!"

"Duitmu, duitku jua ma!"

"Hotak kau!"

_____________________

~24/03/21~






Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now