9 | Hampir Tertangkap

Start from the beginning
                                    

Dia tak mampu melakukan apa-apa, hanya raungan dan air mata yang mengalir.

Agama kejam!

***

Kini,

Ayden pantas meloloskan diri keluar daripada club tersebut, mahu atau tidak dia terpaksa menyembunyikan diri. Van yang kelihatan terbuka didekati.

Mungkin dia boleh menyembunyikan diri sebentar disitu, keretanya di parking di kawasan yang dikepung oleh polis. Jadi mustahil untuknya kesana.

Sebaik sahaja memasuki van tersebut, terpampang seorang gadis yang sedang menikmati aiskrim.

Mata bertentang,

Ayden memandang gadis itu,

Gadis itu juga memandang Ayden,

Susana jeda seketika.

"Hey! Ni van saya, keluar dari sini." Marah Marwah.

"Oi, kau cakap dengan siapa?" Suara Salman ditelinga menyoalnya.

"Ada mamat mana entah pakai suit terjah van."

Marwah meletakkan aiskrim kasar, tubuh si lelaki ditolak. Sudahlah pakai mask malam-malam buta ni, gila ke apa?

"Tahan mamat tu, jangan bagi dia pergi. Kitaorang dekat dalam tak selesai lagi." Suara Salman keras bermaksud lelaki itu betul-betul maksudkan.

Sebaik sahaja Marwah mahu mendapatkan lelaki dihadapannya, pantas si lelaki berlari keluar dari van.

Marwah membulatkan mata, sah! Lelaki ni pasti ahli OH juga, kalau tak kenapa lelaki itu lari. Tanpa membuang mangsa tubuhnya turun mengikuti langkah larian si lelaki.

Sampai sahaja di lorong mati, Marwah melemparkan senyuman mengejek. Gari tangan dikeluarkan dari poket belakang seluar.

"Awak dah takde jalan nak lari." Marwah mendekati.

Ayden tersenyum sinis disebalik topeng mukanya, larian dipecut laju ke arah dinding kosong belakangnya.

"Hey!" Marwah turut mengejar.

Baru sahaja tangan Marwah ingin menggapai baju lelaki itu, pusingan 360 darjah menyapa pandangannya.
Lelaki itu lompat di atas kepalanya.

Sekali lagi Marwah terpegun.

"Kau pula nak lari mana?" Kini Ayden yang berada dibelakang Marwah pantas menolak tubuh gadis itu merapati dinding.

Ayden merapatkan wajahnya mendekati tudung Marwah dan..

Ktak!

"Bye.." Lembut bisikan Ayden sebelum berlari meninggalkan Marwah yang masih kaku.

"Red?! Kau ada tak?" Suara Zeera ditelinga menyentakkan lamunannya.

Gari tadi yang dipegang kini sudah mengunci tangannya sendiri. Ah! Terlepas!

Tak lama selepas itu sebuah kereta berjenama Honda hitam lalu betul-betul dihadapannya, dan lelaki tadi duduk di bahagian penumpang.

Sekejap,

Kereta Honda itu sama seperti kereta yang melanggar Hazril. Jantung Marwah mengepam laju.

***

"Auch!" Jerit Salman.

"Sakit tahu tak?!" Tubuh lelaki sasa dihadapannya ditarik lalu dihantukkan kepala lelaki itu ke dinding.

Siku dihentak kuat pada kepala lelaki sasa, dan tumbang. Badan je besar otak sempit, kutuk Salman dalam hati.

Di sudut lain Hilman mengangkat tubuh Zeera, kaki Zeera pantas menendang semua yang mendekati mereka.

"Awak okey?" Soal Hilman.

"Okey!"

Gila! Pasangan itu tak pernah tak gila. Sejak sekolah mereka bersama, menceburi bidang yang sama dan kerja dibawah pekerjaan yang sama.

Hilman menghulurkan tangan kepada Zeera, pantas disambut dan seterusnya satu demi satu tumbang. Ini MaRa, bukan kaleng-kaleng.

Mereka berbalas senyuman, belum sempat Hilman ingin memberitahu ada yang menyerang tunangnya dari belakang, Zeera lebih pantas mengangkat kaki ke belakang dan,

Bang!

"Hilman ingat Zeera tak perasan." Lega Hilman.

"Zeera paling peka kot!"

Salman yang memerhati hanya mencarut, boleh pula sweet-sweet, tolonglah aku ni! Kepala lelaki dihadapannya dihentak ke meja bar.

"Lain kali beli shampoo, kan dah sakit kene hentak. Siapa suruh botak? Orang suruh serah diri degil! Ini Salman Abdul Haq tau!" Perut lelaki itu ditendang.

Clear.

Kapten Hanif yang turun dari tingkat atas bersama beberapa anggota polis, mendengus geram.

"Kenapa kapten?" Soal Hilman mendekati.

"Dia dah lari." Dingin kapten Hanif memberitahu.

"Mengikut maklumat yang diberi oleh Red, ada beberapa orang kuat ahli OH yang sedang berjumpa di dalam club ini, tapi mereka lebih licik, tak ada satu pun wajah mereka yang masuk dalam cctv."

Salman mengeluh, namun serentak itu dia memandang Zeera dan Zeera turut memandangnya.

"Red!" Baru teringat suara Red yang memarahi seorang lelaki di van mereka.

"Zian, uruskan pelayan wanita dan pelanggan yang ditahan. Saya dan team saya ada urusan."

"Baik kapten."

Pantas semua mengikuti langkah kapten Hanif.

***

Ayden memandang Farhad yang memandu, mujur lelaki itu datang tepat pada waktunya. Kalau tidak, dia sendiri tak boleh jamin apa akan terjadi.

Tapi Marwah kelihatan seperti seorang penggodam professional bersama baju hitam dan baju kalis pelurunya.

Cantik.

Kepala pantas digeleng, mengarut!

"Affendi, Xen dengan Zara macam mana?"

"Diorang dah ada dekat gudang utama OH."

Ayden mengangguk mendengar jawapan Farhad. Yang ditinggalkan di club hanyalah ahli mereka yang masih di peringkat rendah.

Tak ubah seperti umpan untuk si kancil melepaskan diri dari dibelit ular. Ayden hanya tersenyum sinis.

***



Typo tu abai jelah, dan

WEYH DH HABIS SPMSIOT

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now