"Mesti ke kau cerita part tu?" sampuk Scarlet, jengkel. Dia tidak suka perihal hidupnya diceritakan kepada orang lain. Biarlah tersimpan dan hanya segelintir yang tahu.

Evel pula hanya mengabaikan Scarlet, "Sekarang umur aku dah 26 tahun, which is mean, aku sepatutnya dapat kuasa Amonic tahun lepas. Tapi Reaper dah banyak kali cuba bunuh aku, dan sekarang semua percaya aku dah mati. Aku terpaksa jauhkan Anna dan Lia, dan hantar diorang masuk dalam kumpulan korang atas persetujuan dengan Raven. Aku tak nak nyawa diorang yang jadi mangsa." Senyuman hambar menghiasi bibir Evel. Dia harap dua gadis itu dapat memaafkan dirinya.

"Alex pulak dah disahkan hilangkan diri sejak The Frew hilang. Takde siapa akan percaya kalau kitorang muncul semula. Lagipun, hampir semua ahli Mighty Amonic dah berpihak pada Reaper." Nafas berat dihela. Evel memejam erat kelopak matanya mengingati semua kesulitan misinya secara senyap sebelum ini. Bibir yang terasa kering dibasahkan kembali dengan hujung lidah.

"Takkan takde sorang pun yang berpihak pada kau? Hebat sangat ke Reaper tu?" soal Hao, pelik. Evel ni boleh tahan kuat kut, takkan semua tak percaya kat dia.

Evel tersenyum nipis. "Korang pernah dengar pasal perang besar dua kumpulan mafia, dua tahun lepas? Amonic terlibat."

Serentak Ayden, Hao, Alvin dan Kyle menganggukkan kepala. Perang yang menjadi punca Amonic dikatakan hampir pupus. Kononnya hampir kesemua ahli kumpulan itu terkorban.

"Itu cuma rancangan aku." ujar Evel. "Selepas Mighty Amonic dicipta, aku hilang 60% sokongan dalam kumpulan Amonic. Reaper main kotor. Kesemua yang menyokong dia akan terima habuan. Sebab tu la ramai yang lebih suka dengan pemerintahan Reaper. Dan semua yang menyokong aku sengaja diletakkan dalam kumpulan Amonic so that, kitorang akan jadi sasaran musuh. Penyokong Reaper pulak bersenang-lenang sembunyi dalam bayangan Mighty Amonic. Jadi, aku rancang perang tu cuma untuk kaburi mata orang lain tentang anak buah aku supaya semua fikir diorang dah terkorban. Aku masih ada penyokong tapi tak ramai. Dan penyokong aku bukan orang kuat Amonic."

Evel mengeluh berat. "Macam yang korang dengar, kebanyakan ahli Amonic adalah perempuan. Tapi sebenarnya itu pun cuma satu helah. Perempuan cuma dijadikan umpan dan kesemua pangkat dalam Amonic diletakkan pada lelaki. Dan disebabkan aku tak setuju dengan cara pemerintahan ni, kebanyakan perempuan berpihak pada aku, tapi sebaliknya pula untuk lelaki. Diorang cuba jatuhkan aku supaya aku tak ubah dasar pemerintahan Amonic."

"Sekejap! Evel, kau kata perang tu kau yang rancang kan?" sampuk Lia. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. "Maknanya, ibu dan abang-abang aku masih hidup?"

Jelas suara gadis itu kedengaran teruja. Matanya membulat menunggu balasan dari Evel namun gadis itu hanya senyap merenung lantai. Kening Lia berkerut memandang Evel. "Babe?"

"Lia..." seru Encik Haze. Kepala anaknya diusap lembut. "Ibu tak selamat, sayang."

Lia terdiam. Matanya masih tunak memandang Evel. "Betul ke, Evel? Ibu aku..."

"Maaf, Lia. Aku tak sempat selamatkan ibu dan abang-abang kau. Ada orang yang bocorkan maklumat pada Reaper tentang diorang." Evel mengelipkan matanya yang terasa panas. Sedaya-upaya dia cuba untuk tidak memandang Lia.

"Oh, tak- takpelah." Lia menunduk, sedih. Dia tak boleh salahkan Evel. Gadis itu juga banyak beban untuk ditanggung. Tetapi, sekarang hatinya dihurung rasa bersalah. Kalaulah dahulu dia cepat sedar tentang Mighty Amonic, mungkin dia dapat pertahankan ibunya sendiri.

"So, apa motif kau datang sini?" celah Ayden. Setelah mendengar cerita Evel, dia faham gadis itu tidak mengkhianati Anna dan Lia. Tapi, dia juga pasti Evel ada niat lain.

Evel menggigit perlahan isi pipinya. Nafas dihela tenang sebelum matanya tunak memandang wajah Ayden. "Aku nak mintak tolong kau."

"Huh?" Terjungkit kening Ayden. "Tolong apa?"

"Pinjamkan aku anak buah kau. Aku nak berperang dengan Reaper. Aku betul-betul terdesak." aku Evel. Perasaan malu, segan serta egonya dicampak ke tepi. Keselamatan keluarga dan anak buahnya masih perlu dijaga.

Ayden merenung kosong wajah Evel. Seketika kemudian, dia tergelak sinis, "Kenapa aku nak kena tolong kau pulak, Evelyn? Aku takde kena mengena dengan masalah kau pun."

"Tapi–"

"Ingat, Hell!" cantas Ayden, keras. Matanya tajam menikam wajah Evel. Rahangnya bergerak-gerak bagai menahan marah, "Kau memang tak bersalah pada keluarga kau, tapi kau masih berhutang dengan aku! Disebabkan kau! Aku dah hilang hacker aku, abang aku, anak-anak buah aku! Yang paling penting tangan kau yang cabut nyawa Steven! Abang aku!"

Raven, Hao, Kyle dan Alvin turut bersetuju. Fakta bahawa Evel yang membunuh Steven tidak dapat diubah. Malah nyawa hampir seluruh keluarga Raven melayang ketika itu. Termasuklah anak-anak buah yang diserang oleh Amonic suatu ketika dahulu.

_____________________

~16/03/21~
Again, to be continue~
Actually aku mls smbung type hohoho

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now