Kenapa mudah sahaja dia boleh percayakan Evel dan adiknya?

Evel yang sedar dirinya ditegur, lantas berpaling. Wajah kosong tanpa reaksi ditayangkan.

"Aku tanya, kau buat apa kat sini?" soal Raven sekali lagi.

"Aku cari kau." jujur Evel. Tangannya menyeluk beg galas yang tersangkut di bahunya. Satu pendrive di keluarkan lalu dihulur. "Itu, orang terakhir yang terlibat dengan pembunuhan keluarga kau. Maaf sebab aku terlambat bagi nama dia. Aku dah detect tempat persembunyian dia dan semua maklumat aku dah letak dalam pendrive tu."

Raven merenung kosong pendrive yang dihulur oleh Evel. Perlahan-lahan tangannya menyambut. "Dia bukan yang terakhir. Kau pun terlibat, Hell."

Evel yang baru merancang untuk masuk semula ke kereta, lantas menghentikan langkahnya. Penumbuk digenggam erat. Jujur, dia sangat menyesal kerana terlibat dengan pembunuhan lelaki itu. "Aku janji, lepas aku habiskan misi aku, kau boleh bunuh aku. Kali ni aku takkan mungkir janji lagi."

"Hmm, takkan mungkir? Manusia selalu lupa, hanya tahu berjanji tapi tak mampu langsaikan. So, kalau aku bunuh kau nanti, kau jangan nak persoalkan apa-apa." Serentak itu, Raven terus melangkah pergi. Hatinya yang bergelora dengan dendam sedaya-upaya ditahan dari meletus.

Figura Raven yang mula menjauh dipandang sayu oleh Evel.

"Aku harap kau takkan bunuh aku, Raven." bisiknya perlahan. Mata yang terasa panas dikelipkan beberapa kali.

.

.

.

.

.

.

.

"WEH, sakit tak beranak?" soal Anna. Wajahnya berkerut-kerut ingin tahu sambil tangan sibuk menyuapkan nasi ke dalam mulut Lia.

Lia mengeluh perlahan. Sudu berisi nasi yang disuakan padanya ditolak lembut. "Kau memang kena tanya soalan tu setiap hari ke, Anna? Semalam aku dah jawab kan? Semalam punya semalam pun aku dah jawab. Minggu lepas pun aku dah jawab. Dan jawapan dia tak pernah berubah sejak hari pertama aku lahirkan Lavin. Sakit, faham sakit? Esok kalau kau tanya lagi memang aku suruh kau beranak sendiri!"
    
"Eleh, orang tanya je pun nak marah." cebik Anna. Sudu tadi disua kasar ke dalam mulut Lia sampaikan tersedak dibuatnya.

Air segera dicapai lalu diteguk rakus. Wajah Anna dijeling tajam. "Kau ni memang dah lama hidup kan!"

"Haah, dah 24 tahun. Lama ah tu kan?"

"Anjay!" carut Lia versi sopan.

Membuntang mata Anna. Lavin yang diam baring di sebelah Lia sambil merenung siling dikerling sekilas. "Pergh, kau Lia. Anak kat sebelah pun nak carut en. Sian Lavin dapat mak macam kau ni."

"Eh tu aku tak risau tau. Aku lagi risau nama dia lebih kurang macam Alvin je ni. Kang tak pasal-pasal perangai macam Alvin, naya aku." protes Lia tak puas hati. Lagipun dia carut versi sopan tau tadi.

"Yang kau bagi dia nama tu, kenapa? Banyak-banyak nama, nama tu jugak kau pilih en." ujar Anna.

"Kyle yang bagilah. Aku setuju je sebab malas nak fikir."

"Sian Lavin dapat mak kaki carut, pemalas pulak tu." kutuk Anna habis-habisan.

"Kau memang nak makan penumbuk aku kan, Anna!" Wajah Anna dijeling tidak puas hati. Nasib baik la dia masih tahan sakit pembedahan bersalin ni kalau tak dah lama dia seret Anna masuk gelanggang bola sepak.

Anna tersengih. Mangkuk berisi makanan yang tinggal separuh diletakkan ke atas dulang. Baru sahaja dia ingin bangun dari duduk, satu bingkai gambar di atas meja bersebelahan katil menarik perhatiannya. Laju tangannya mencapai bingkai gambar tersebut.

"Kenapa aku baru perasan kau letak gambar parents kau kat sini?" soal Anna sambil tangannya menayang gambar itu pada Lia.

Mata Lia turut jatuh pada gambar ibu bapa kandungnya itu. Senyuman hambar pantas menghiasi bibirnya. "Baru je letak semalam. Kyle terjumpa dalam beg yang aku bawak dari rumah Evel dulu."

Anna terkedu apabila sebaris nama bekas ketuanya menyapa pendengaran. Hampir setahun nama itu langsung tidak disebut. Sejak kematian Evel, tiada siapa yang mengungkit lagi hal itu. Amonic juga sudah hancur kerana Evel mengerahkan semua anak buah yang tersisa sejak perang mafia yang mengorbankan sebahagian besar ahli Amonic dua tahun lalu, untuk berlawan dengan The Exfire. Dan sekarang semuanya sudah terkorban.

"Anna?" Bahu Anna ditolak lembut bagi menyedarkan gadis itu. "Kau pehal?"

Anna pantas memandang seraut wajah Lia yang memandang pelik ke arahnya. "Aku... rindu Evel..."

Lia menggulingkan matanya tanda menyampah. "Buat apa kau fikir pasal dia lagi? Dah terang-terang dia pengkhianat. Lagipun dia dah mati kan? Tak payah la nak serabut untuk perempuan macam dia tu. Buang masa je."

Anna tersentak. Entah kenapa dia tidak suka kata-kata itu keluar dari mulut Lia. "Aku tahu kau masih marahkan dia sebab dia bunuh ayah. Tapi, sampai bila? Aku pun pernah marah dia sebab dia bunuh Ryan. Tapi sekarang, Evel pun dah mati dan kau masih nak berdendam, Lia? Kalau macam tu, apa beza kau dengan dia? Dua-dua busuk hati dan tak berhenti berdendam. Tak boleh ke kau maafkan dia? Dia pernah jadi sahabat kita, kakak kita."

Lia mendengus geram. Wajah Anna direnung tajam, "Dari dulu sampailah sekarang, kau tak habis-habis nak pertahankan dia. Apa-apa jadi mesti kau back-up dia kan? Lemah! Sebab tu Evel dengan senang hatinya pijak kau. Tipu kau bertahun-tahun. Sebab perangai kau ni la, senang sangat maafkan dia. Fikir untuk diri kau dulu baru fikirkan orang lain. Tak kiralah betapa pentingnya dia pada kau sekalipun, betapa kau sayangkan dia sekalipun, tak salah untuk kau jadi selfish fikirkan diri sendiri."

"Tenang ke hidup kau bawak perangai pentingkan diri tu? Sebab pentingkan diri la kau tak berhenti berdendam." sinis Anna lalu terus melangkah keluar.

_____________________

~07/03/21~

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now