"Eyy, jangan potong boleh tak? Bagilah aku habis cakap dulu!" rungut Anna tak puas hati.

"Ha, yelah."

"Okay tadi aku hack untuk cari Ryan. And, now aku nak jumpa Ryan. Kau nak ikut tak?" soal Anna, teruja.

"Ryan?" Kening Lia berkerut.

"Ya, Ryan. Adik aku tu la."

"Boleh percaya ke dia?" soal Lia, ragu-ragu. Walaupun Ryan adik kandung Anna, tapi dia masih salah seorang dari Amonic. Gila ke Anna ni hubungi adik dia macam tu je.

"Alah, kau ni. Kau pun tahu Ryan memang dari dulu tak suka Evel. So senang je aku hasut dia. Lagipun takkan dia nak biarkan aku kena bunuh dengan minah tu." balas Anna, yakin. Sepotong lagi epal dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Oh..." Masuk akal. Tangannya berhenti memotong buah sebaliknya dia terus menegakkan badan ke arah Anna. "Babe, kau... setuju dengan plan aku? Nak hapuskan Amonic?"

Anna diam seketika. Senyuman nipis terukir di bibirnya. "Hapuskan je la. Lagipun sekarang aku dah jadi one of Exfire."

'Tapi aku masih sayangkan Evel...' getus hatinya namun cepat-cepat dibuang. Dia masih menyiasat tentang kesahihan hal berkaitan Evel, lebih baik kalau tidak berharap apa-apa.

"Hmm, okaylah. Aku pergi tukar baju kejap."

Anna hanya mengangguk.

.

.

.

.

.

.

.

.

    "KORANG pergi mana?" soal Kyle sebaik sahaja dua gadis itu melangkah keluar dari kereta.

Anna dan Lia saling berpandangan. Perlahan-lahan Lia mendekati suaminya. Lengan lelaki itu dipeluk erat. Anna pula hanya merenung Alex yang selamba berdiri di sebelah Kyle.

"Err, pergi shopping..." jawab Lia ragu-ragu.

Sudahlah Lia dan Anna keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka. Ni kes tunggu depan pintu ni, dah kantoi ke apa?

"Shopping apa? Tak bawa balik apa-apa pun." tegur Kyle, dingin.

Anna sudah menepuk dahi. Bagusnya lahai dapat member otak udang ni. Shopping pebende tak beli apa-apa?

'Aku nak kau jadi spy kitorang dalam Amonic. Rapatkan diri dengan Evel dan korek seberapa banyak maklumat yang kau boleh.'

'Yelah kak, yelah. Tapi, korang selamat ke duduk dengan kumpulan Exfire?'

'Aku dah kahwin pun dengan salah seorang dari diorang. So, kitorang selamat buat masa ni.'

'Untunglah, kahwin-kahwin terus ada tempat bergantung. Aku jugak yang susah sorang-sorang kat Amonic.'

'Well, suami ada kuasa, aku manfaatkan je.'

Anna dan Lia terdiam apabila rakaman suara itu berbunyi dari arah Alex. Pantas mereka menatap tajam lelaki itu. Rakaman yang jelas suara milik Anna, Lia dan seorang lelaki, Ryan.

"Takziah dah kantoi." ujar Alex selamba. Ingin sahaja Lia menyepak wajah Alex yang tersengih-sengih bagai tak bersalah.

"Mana kau dapat?!" soal gadis itu, tidak puas hati.

"Well, kalau kau rasa kau hacker yang hebat. I'm ten level above you." ujar Alex bangga. Tangannya didepakan tanda puas hati.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now