Marwah tergelak melihat wajah Hazril yang dibuat-buat menangis.

"Sengallah Ril!"

"Kan cantik kalau senyum, ini tak macam gorilla kelaparan." Usik Hazril.

"Woi! Kuanghajo! Hahahahah."

Air mata yang mengalir diseka, bibir dikemam. Macam mana dia nak lupakan Hazril? Terlalu banyak kenangan.

Meja yang menjadi tempat mereka bergelak ketawa dahulu didekati, disentuh kerusi yang pernah Hazril duduki.

"Awa rindu nak gelak dengan Ril."

Pelajar yang melihat dirinya, diabaikan. Dia tidak peduli, asalkan perasaan rindu ini berkurang.

***

"Allahuakbar!"

Ayden memandang Malik yang solat dibarisan hadapannya, melihat semua mengangkat tangan, Ayden turut mengikut.

"بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ"

Ayden mengerutkan dahi, rasa apa yang menyesakkan dada tatkala ini? Dia bukan islam, dia tiada agama. Kenapa harus solat?

"اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ‏"

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Tiba-tiba matanya terasa panas, rasa apa ini? Dadanya berdebar, tubuhnya terasa bahang. Kenapa aku rasa macam ni?

"الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏"

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ayden memegang kepala yang terasa berpusing, mata tetap memandang bawah, Ustaz Malik memberitahu ukiran di lantai itu adalah sejadah.

"مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ‏"

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Setitik, dua titik mula jatuh dari matanya sendiri. Ada apa dengan agama islam ini? Kenapa aku menangis tanpa sebab? Ayden pantas mengelap air mata yang mengalir dengan baju melayunya.

Sehingga wujud yang terakhir, rasa cengkaman di dada tetap ada, serasa darahnya berhenti, membuat diri seakan membeku.

Ada apa dengan agama ini? Pantas Ayden menggeleng. Tak, tiada tuhan di dunia. Kalau betul tuhan ada, mana mereka tatkala ibu dan bapa aku sedang di seksa? Kalau tuhan itu ada, dimana Dia?

Aku nak tengok, aku nak tahu.

Seketika itu terdengar dentuman kuat dari luar masjid, petir sambar menyambar, tidak lupa hujan yang semakin lebat membasahi bumi.

"Aku benci agama ini." Gumam Ayden perlahan.

Nafas dihirup, melihat jemaah lelaki sekelilingnya menadah tangan, Ayden turut mengangkat tangannya.

Bacaan yang entah apa benda, langsung tidak difahami menyapa di telinga, merdu, asyik dan sayu.

Terbayang akan lagu di club, juga lagu yang menyapa derianya, jauh sekali. Ini doa, tetapi kenapa lebih merdu dari nyanyian? Entah apa yang dibaca dia tidak pasti, apa maksudnya dia tidak pasti.

"Ya Allah." Ucap lelaki separuh usia disebelahnya bersama linangan air mata.

Bacaan apa yang membuatkan mereka bisa menangis seperti ini? Rasa ingin tahu mendalam, tak. Dia tak tertarik dengan agama ini.

Dia benci rasa ini, rasa yang membuatnya lapang, rasa yang membuatnya bahagia, rasa yang membuatnya terasa hilang beban.

Dia tak suka islam, tak suka dan sangat benci.

Kerana islam, ibu dan bapa aku mati. Sejauh mana diri membenci, perasaan lega tetap menyapa di hati, sejauh mana diri membenci, perasaan  yang sukar ditafsir tetap menyapa, iaitu tertarik.

Baru sehari, bertahan mana dia di dalam kemanisan islam ini? Sejauh mana benteng Ayden? Sekuat mana hatinya? Untuk melawan agama Islam adalah agama yang benar.

***

Jenayah OH semakin berleluasa.

Keratan akhbar yang dijual di kedai runcit itu diambil. Air kotak milo disedut. Kenapa dia seperti tahu dengan OH?

Seperti diri ini pernah mendengarnya, tapi dimana?

Tangan meletakkan kembali keratan tersebur ditempatnya, dia berjalan ke arah kereta yang berada di seberang jalan.

"OH adalah Organisasi Hitam yang mengambil ahli sedia berbakat, tak kira sama ada reti bertarung, pandai menggodam, dan mahir mengendalikan senjata."

Pin!

Hon dari kereta membuatkan Marwah tersentak, tidak sedar dirinya berada di tengah jalan. Mujur tidak banyak kereta, kalau tidak sudah lama arwah.

Pintu kereta dibuka, lalu enjin di start. Aku yakin aku pernah dengar, aku pernah tahu tentang OH, tapi siapa yang memberitahu aku?

Marwah memegang stereng kereta erat, memang dia boleh menggodam, menceroboh sistem OH. Tapi dia tidak sebodoh itu, kerana OH pasti akan mencari dan menjejakinya.

"Kalau kau ada Marleeq, semua pasti mudah." Keluhan dilepaskan.

Memang dia sudah diberhentikan kerja, tetapi sifat ingin tahu tetap ada. Marwah menggeleng kepala.

Dari sibuk memikirkan OH, lebih baik dia memikirkan cara untuk membuka semula kes kematian Hazril. Dia akan cari siapa yang melanggar tunangnya.

Dan akan aku pastikan, si tak guna tu masuk penjara. Kalau sewaktu kejadian, ada cctv pasti sudah lama nombor plat kereta di cam.

Tetapi saat kemalangan berlaku, kereta berjenama Honda dan bewarna hitam itu terlalu pantas dan sedar sahaja hilang dari pandangannya.

Marwah tersenyum sinis,

"Kau tunggu, kalau pihak polis tak nak buka balik kes. Biar aku sendiri cari dan heret kau ke muka pengadilan."

***





Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now