"Mama, Rechel yang salah. Rechel tak patut hidup dekat dunia ini. Rechel sangat tersiksa hidup dekat sini. Jadi mama tolonglah, maafkan Rechel."

Aku menanggis semahu aku. Rasanya kalau ada orang sekitar ini mesti dia akan dengar tangisan aku.

"Mama, Rechel tidak akan maafkan diri ini. Jadi Rechel tetap akan datang untuk minta maaf," ujar aku lalu melangkah pergi dari situ.

Mata aku sudah berasa terlalu berair. Aku tidak mahu menanggis, namun melihat kubur tersebut membuat aku mahu menanggis semahu aku. Kalaulah ibu aku ada di situ, mesti dia akan mengatakan bahawa aku ini buruk.

Memang buruk sebab menanggis meminta maaf kepada makam seseorang seakan orang gila. Namun orang gila ini hanya mahukan kemaafkan yang mustahil dia akan dapat.

.
.
.
.
.

Arshen berdiri senyap di balik sebuah pokok yang amat besar di tempat tersebut. Dia tidak boleh munculkan dirinya apabila melihat Rechel ada di situ.

Dia tidak sangka akan bertemu dengan Rechel di perkuburan tersebut. Rechel mungkin tidak tahu akan kehadiran Arshen di situ, namun Arshen tahu akan kehadiran Rechel. Dia terpaksa sorokkan dirinya daripada tidak bertembung dengan gadis itu.

Namun itu bukan sebab dia sorokkan dirinya. Dia sorokkan dirinya kerana dia telah terdengar ucapan yang dikatakan oleh gadis itu.

Apa yang gadis tadi ucapkan memang terdengar jelas olehnya. Dan disebabkan itu hatinya tiba terasa sakit.

Dia tidak menyangka semua itu akan keluar dari mulut adiknya itu. Apa dia terlalu kejam selama ini?

Dirinya sedar selama ini banyak perkara sudah berlaku, namun dia tidak tahu bahawa Rechel akan mengambil semua sampai begitu sekali.

Jadi di sini penyebab utama Rechel mahu membunuh diri bukanlah Melinda tetapi keluarganya sendiri. Satu keluarganya adalah penyebab Rechel membunuh diri.

Bukan setakat membunuh diri malah keluarganya juga yang telah mengubah Rechel. Tanpa mereka sedari kesalahan yang kecil itu menyebabkan sesuatu yang besar berlaku.

"Mama, Rechel tidak akan maafkan diri ini. Jadi Rechel tetap akan datang untuk minta maaf." Gadis itu terus melangkah pergi.

Arshen yang menyorok di balik pokok tadi keluar melihat kereta adiknya bergerak keluar dari tempat itu.

Sungguh hatinya pedih melihat situasi ini. Niatnya tadi datang ke sini adalah untuk melawat kubur ibunya yang sudah lama dia tidak lawat, namun dia tidak sangka akan berjumpa dengan Rechel.

Disebabkan pertemuan Rechel di sini membuat dia tahu semua keperitan yang Rechel sudah alami.

Dia memang berasa sungguh bersalah. Bersalah sangat kerana telah menjadi salah satu penyebab semua ini berlaku.

Matanya memandang ke arah tapak perkuburan ibunya itu. Resah hatinya mengingatkan hal yang dikatakan oleh Rechel tadi.

"Mama, apa yang patut Arshen buat?" Soalnya sendiri.

Kalaulah dia dulu tidak berapa bodoh termakan hasutan Melinda mesti hubungan dia dan Rechel akan menjadi sungguh baik. Sama seperti hubungan adik beradik yang lain dan mereka tidak akan ada jurang yang memisahkan mereka seperti sekarang.

Jujur dirinya sangat menyesal sekarang. Dia mahu berbaik dengan Rechel, namun Rechel sekarang sudah mula menjauhkan diri daripada keluarga tersebut. Hal ini membuat kerjanya semakin susah.

Dan lagi parah apabila gadis itu merancang untuk keluar dari rumah itu. Dia tidak boleh menghalang gadis itu untuk keluar, namun perkara ini akan membuat hubungan mereka semakin jauh.

Sekarang pun Rechel sudah tidak menganggapnya sebagai seorang abang apatah lagi bila gadis itu sudah keluar dari rumah tersebut. Entah-entah Rechel akan menganggap dirinya sebagai orang asing nanti.

Memang perkara ini akan menjadi semakin teruk. Lelaki itu memang tidak tahu hendak lakukan apa sekarang.

Apa yang patut dia lakukan untuk mengembalikan Rechel yang dahulu?

Kepala dia buntu memikirkan cara. Mahu meminta maaf, rasanya hati gadis itu sudah terlalu keras memerima maafnya.

Memang dia tidak tahu mahu berbuat apa sekarang. Kakinya lemah bergerak kembali ke kenderaannya.

Sebelum kenderaan itu membelah jalan pergi dari situ, sempat matanya memandang sekali makam ibunya.

"Mungkin aku patut berbincang dengan mereka," ujar akhir Arshen sebelum bergerak pergi.

Memandangkan beberapa cp lagi nak habis, aku nak dengar apa pendapat korang tentang karya ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Memandangkan beberapa cp lagi nak habis, aku nak dengar apa pendapat korang tentang karya ini.

Dan apa yang korang harapkan diakhir cerita ini. Tuliskan komen anda.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now