Tasya yang masih baru hanya menongkat dagu malas. Farhad masih dengan game di dalam telefon dan Ayden hanya menghembuskan asap rokok.

"Ustaz Malik bekas tentera yang memegang sebuah cip, dalam cip tersebut ada segalanya tentang organisasi di negara kita. Dapatkan cip tersebut dan bunuh Malik."

"Tapi bukan semudah itu, Malik orangnya licik. Jadi kita akan berlakon dan menipu mereka."

"Tasya akan ikut Ayden dalam tugas kali ini. Farhad akan ada dengan aku untuk kawal keadaan, cctv dan sebagainya. Zara dan Xen akan berpura berpindah ke kampung itu, dan cuba dapatkan cip."

"Aku nak Tasya dan Ayden kaburkan pandangan Malik."

Affendi mengeluarkan beberapa keping gambar, seorang gadis yang mungkin berusia 23-24tahun, seorang wanita tua yang beranggaran 45-50tahun dan seorang lelaki yang berusia 25-30tahun.

"Ini anak Malik, Siti Marwah Binti Abdul Malik, berusia 24tahun. Nampak baik, nampak polos. Dia bekerja dengan anggota polis sebagai penggodam rahsia, tapi sekarang diberhentikan sebab lelaki ini."

Ayden mengambil gambar lelaki tersebut lalu diperhatikan.

"Hazril Shah Bin Hazran, berumur 27tahun, bekerja sebagai seorang pensyarah di University Cactus. Meninggal dunia pada 26Januari lalu kerana dilanggar lari."

"Cop-cop, apa kene mengena lelaki ni yang buatkan anak Malik dibuang kerja?" Soal Zara sambil memandang Affendi.

"Tunang. Mereka pasangan tunang yang akan bernikah tetapi disebabkan Hazril mati dilanggar lari, Marwah mengalami kemurungan dan diberhentikan dari bekerja dengan anggota polis."

"Perempuan tua ni mesti bini Malik." Sampuk Tasya.

"Yes, tapi jangan pandang rendah dekat perempuan tua ni. Nama dia Siti Arwa, berumur 49tahun dan bekas anggota tentera wataniah sama macam Malik. Bezanya, makcik tua ni berhenti jadi tentera dan Malik pencen."

"Hot makcik ni." Sinis Farhad.

"Dan ada seorang lagi ahli keluarga Malik yang aku tak dapat kesan. Identiti dia dirahsia, aku dah cari tapi tak jumpa."

Affendi memasukkan kembali segala gambar dan biodata ahli keluarga Malik ke dalam sampul coklat.

"Manis Marwah ni, tapi tak sangka pandai dalam godam."

"Kan? Kalau tengok dari rupa layak jadi cikgu tadika." Sampuk Xen menyokong pendapat Zara.

Ayden mengeluh seketika, aku kena berlakon? Kenapa lah tak bunuh je Malik lepas geledah rumah dia?

"Aku tahu apa yang bermain di fikiran kau Ayden, tapi kau kene ingat mereka bukan orang tua biasa. Backup mereka ramai, sebab itu aku nak kau tagih kepercayaan Malik dahulu."

"Pakcik, Tasya kene buat apa dengan mamat ganas ni?" Soal Tasya sambil memandang Affendi.

Affendi melepaskan keluhan, sikit-sikit panggil pakcik walau sebenarnya dia dah suruh Tasya panggil dia Affendi sahaja.

"Ayden akan datang dulu ke kampung tu, lepastu Xen dan Zara menyusul. Baru lah kau datang Tasha, faham?"

"Fah.." Balasan Tasya dipotong dengan jerita Farhad.

"Menang sial! Babi betul lah game ni."

Sedar semua mata memandangnya, Farhad pantas duduk tegak dan menyimpan telefon.

"Sorry."

Affendi menjeling tajam.

"Bila kita start?" Tanya Ayden.

"Esok."

Ini misi besar, mereka memang pembunuh dan di dalam organisasi ini tiada erti kesian tiada erti belas ehsan, apa yang diarah harus dilakukan atau diri sendiri yang menjadi mangsa.

Kejam? Kerana inilah OH, Organisasi Hitam.

***

"Marwah, mari makan?" Lembut pujukan Puan Arwa.

"Ibu makanlah dulu, Marwah makan nanti."

Puan Arwa mengeluh dan mula beredar, memberi ruang kepada Marwah.

"OH? Kumpulan ni bukan kumpulan pembunuh ke?" Jari jemarinya menekan keyboard laptop.

Membaca artikel tentang OH, membuatkan perasaan untuk menggodamnya mendalam, tapi dia sudah dibuang kerja kerana kemurungan.

Sekarang hanya duduk di rumah, ke hospital dan hanyut dengan kenangan bersama Hazril. Andai Hazril tidak menyelamatkannya, pasti lelaki itu hidup lagi.

Laptop ditutup, lalu tubuh dibaring, mata dipejam. Lupakan Hazril, lupakan Hazril. Dia mahu kehidupannya yang lalu, menjadi penggodam rahsia, bekerja tanpa diketahui sesiapa kecuali abah ibu dan rakannya Fara juga Hazril.

Pekerjaan sebenarnya ialah seorang guru tadika. Tetapi kelebihan menggodam yang diajar oleh abangnya membuatkan pihak polis tertarik dan mengambilnya sebagai penggodam rahsia.

Abang?

Apa khabar abangnya? Hilang begitu sahaja setelah dihalau oleh abah. Keluarga mereka adalah keluarga yang anti kepada penjenayah, tetapi kerana abangnya telah melanggar tradisi keluarga,

Dengan menjadi seorang penjenayah, merompak dan menipu manusia dengan skill scammer dan menggodam membuatkan abah menghalaunya keluar dari rumah.

"Marwah harap abang masih hidup."

Marwah mengeluh, hidup terlalu bosan, kawan pun entah pergi mana. Mampus agaknya, kecuali Fara.

Hazril, kenapa tinggalkan Awa? Kenapa selamatkan Awa?

"Awa akan cari siapa yang langgar Hazril, Awa sendiri akan masukkan dia ke dalam penjara. Hazril sabar ya?"

Bicaranya sendiri.

***


Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now