Bagi aku semua ini tidak lawak. Semakin dia cuba berbuat begitu semakin aku tidak boleh maafkan dia. Ianya hanya akan membawa memori silam aku datang kembali.

Aku tak perlukan semua itu. Apa yang aku mahu hanyalah kebebasan aku. Aku mahu mempunyai hak memilih dalam hidup aku. Aku tidak dikongkong seperti patung. Jadi biarlah aku mendapat semua itu apabila aku keluar dari rumah dan keluarga tersebut.

Hanya itu sahaja yang aku minta.

.
.
.
.
.

Encik Shawn memandang sayu tingkap di bilik kerjanya itu. Fikirannya melayang ke arah kejadian siang tadi. Dia tidak sangka Rechel akan bersikap begitu terhadap dirinya.

Apa dia terlalu kejam selama ini?

Dia sendiri tidak tahu. Lelaki itu sedar akan kesalahan yang telah dia lakukan, namun dia tidak tahu kesalahan itu sangat besar impaknya sehingga membuat anaknya sendiri membencinya.

Apa dia memang tidak boleh mendapat lagi kemaafan itu. Dia memang sangat menyesal sekarang.

Rechel satu-satunya anak perempuannya dan gadis itu sudah membencinya. Tidak hairanlah kalau gadis itu pernah aku berfikir dirinya tidak layak menjadi seorang ayah.
Dia telah gagal menjaga gadis itu seperti orang lain.

Mata encik Shawn memandang ke arah satu bingkai gambar yang tergantung di bilik tersebut. Gambar itu adalah gambar perkahwinan dia bersama isterinya, Amel.

Amel adalah wanita paling dia cintai dan sebab itu juga dia tidak pernah kahwin lagi walaupun wanita tersebut sudah tiada. Dia ingat lagi isterinya menginginkan anak perempuan dan apabila wanita itu berjaya mengandung bayi perempuan, dia sangat gembira.

Itu bagai satu hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada keluarga ini. Tetapi hadiah tersebut mesti ada bayarannya dan bayaran tersebut adalah nyawa Amel. Amel meninggal melahirkan Rechel menjadi bayaran yang setimpal dengan hadiah tadi.

Memang sedih apabila diingatkan namun lagi sedih apabila melihat kehidupan anak yang wanita itu sangat sayang menjadi begini. Memang sangat menderita.

"Amel, saya memang gagal tunaikan janji awak," ucap encik Shawn memandang sayu gambar tersebut.

Dia teringat akan janjinya dahulu ketika Amel mengandungkan Rechel.

.
.

Flashback

Tok! Tok!

Pintu bilik hospital tersebut diketuk sebelum dibukan oleh seseorang. Seorang wanita yang duduk di kerusi mengadap tingkap itu memandang ke arah pintu itu sambil tersenyum apabila melihat gerangan yang masuk.

"Awak datang," ujar wanita itu melihat gerangan suaminya berjalan menuju ke situ.

"Mestilah saya datang. Apa guna saya sebagai suami kalau saya tak boleh jaga awak."

Wanita itu tertawa kecil. Sejujurnya suaminya itu sangatlah overprotective terhadap dirinya sejak dia mengandung. Sekarang dia sudah di hospital untuk menunggu hari melahirkan anak ini pun lelaki ini masih lagi terlalu risaukan tentang dirinya.

Memang dia tidak faham dengan suaminya begitu. Selama ini lelaki itu memang menjaganya namun tidaklah seperti sekarang yang hampir setiap minit mahu berjumpa dengannya.

"Awak tak perlulah risau sangat, kakak Melinda ada sini untuk jaga saya." Wanita itu cuba menenangkan suaminya.

"Ya lah, tapi-"

"Betul kata Amel tu. Saya ada untuk jaga dia," tiba satu suara menyampuk perbualan mereka.

Shawn menoleh ke belakang dan kelihatan Melinda yang memakai uniform jururawat masuk ke bilik ini.

"Amel, ini ubat kamu. Makan tau," ujar Melinda.

Amel tersenyum lalu mengangguk. Ada untung juga ambil ahli keluarga sendiri sebagai jururawat peribadi kita. Sekurangnya dia tidak berasa asing sangat.

"Shawn, saya pun rasa awak tak perlu risaukan Amel sangat. Bukannya akan ada orang yang boleh apa-apakan dia dekat sini. Lagipun awak pun banyak kerjakan. Tak baik paksa diri datang sini kalau awak penat. Nanti awak pula yang baring sini ganti Amel," Melinda bergurau kepada Shawn.

Lelaki itu terdiam sejenak. Dia memandang isterinya yang tidak lekang dengan senyuman itu.

"Melinda, boleh tinggalkan kami berdua sebentar," pinta emcik Shawn.

Melinda mengangguk faham lalu meninggalkan bilik itu. Kini tinggal Amel bersama suaminya sahaja.

Encik Shawn mengambil kerusi di hadapan Amel lalu duduk mengadap wanita itu. Tanganya memegang tangan isterinya sendiri.

"Amel, saya tahu yang saya ni terlalu overprotective terhadap awak. Tapi saya buat semua itu sebab saya nak awak selamat lahirkan anak kita. Saya nak tengok anak yang kita berdua mahukan selamat lahir di dunia ni."

"Apa awak cakap ni? Anak kita pasti akan lahir di dunia ni dengan selamat. Dan dia akan jadi seorang bayi yang sangat cantik di mata dunia ini," mata Amel melihat ke arah perutnya yang sedang mengandung itu.

Tersenyum sendiri dia apabila terfikir bagaimana muka anaknya ini apabila dewasa nanti. Dia mahu melihat hari tersebut berlaku. Hari di mana anaknya akan menjadi seorang gadis yang sangat ceria di dalam keluarga ini.

"Awak, saya nak awak janjikan saya satu benda," mata Amel memandang tepat ke arah encik Shawn.

"Apa dia?" Encik Shawn agak terlejut apabila isterinya berkata begitu.

"Kalau satu hari nanti ada apa-apa jadi dekat saya, saya nak awak jaga anak kita ni macam mana awak jaga nyawa awak. Awak boleh tak janjikan saya benda tu?"

Encik Shawn terkedu mendengar janji yang diungkapkan. Tidak tahu kenapa janji itu seperti sangat dimaksudkan oleh isterinya.

"Saya janji saya akan buat. Tapi sebelum tu saya akan pastikan tak ada orang boleh apa-apakan awak."

Amel menjadi terharu lalu memeluk suaminya. Dia tidak pernah salah membuat pilihan menjadikan lelaki itu sebagai penjaga hidupnya.

Dan dia juga tidak salah menjadikan lelaki ini, bapa kepada anak-anaknya. Lelaki ini memang hebat.

Encik Shawn yang dipeluk oleh Amel itu membalas pelukan tersebut. Dia tidak tahu kenapa hari ini isterinya kelihatan agak berlainan daripada sebelum ini. Namun dia tidak kisah kerana Amel tetap isterinya walau bagaimanapun rupanya.

Lelaki itu memeluk isterinya dengan sungguh erat dan tanpa dia sedari itu adalah pelukan terakhir daripada isteri tercintanya itu.

.

End of flashback

Sebenarnya aku nak buat Amel hidup balik mcm mana aku buat Rania hidup balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya aku nak buat Amel hidup balik mcm mana aku buat Rania hidup balik.

Tapi bila aku sudah fikir masak-masak, aku dah goreng otak ni sedap-sedap, jadi aku buat Amel memang sudah tak ada. Ini untuk menjadi simbol cerita ni sedih walaupun dapat happy ending.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now