"Kenapa?"

"Kau dah baik dengan Perth ke?" Soal aku.

"Dia adik aku, memanglah aku baik dengan dia. Kau ni dah kenapa?" Dia pila yang memandang pelik ke arah aku.

Aku terkaku di situ apabila mendengar jawapan itu. Claire kata Perth adiknya!

Bukan aku tak tahu tapi seingat aku Claire hilang ingatan dan sekarang dia kata Perth adiknya, bermakna dia sudah ingat Perth.

"Amnesia kau dah pulih ke?" Akhir bertanya juga soalan itu.

"Ya!" Balas pendeknya.

Memang patutlah. Tidak hairanlah kenapa aku rasa cara percakapan Claire sudah berubah. Rupanya dia sudah pulih dari amnesia dia.

Aku fikirkan kena rasuk apa tadi. Nampaknya tidak bolehlah aku nak main-main dengan Claire ini lagi. Kalau aku buat juga, mahu kena terkam aku nanti.

"Kau kalau sudah pulih amnesia, bagitahu aku. Tak lah aku terkejut macam tadi."

"Perlu ke aku bagitahu kau," selambar dia membalas.

Memang sah ini Claire yang dahulu. Cara jawab memang macam nak bawa gaduh. Nasib juga aku ni dah biasa. Kalau orang lain rasanya sudah bergaduh sinu kerja Claire.

Kring!

Bunyi loceng sekolah ini berdering. Langkah aku dan Claire dilakukan menuju ke kelas.

Sesampai sahaja di kelas, kamu terus mengambil tempat duduk lalu cikgu pada masa pertama ini pun masuk ke kelas.

"Sebelum saya nak mula kelas, saya ada sesuatu nak beritahu kamu semua," kata guru itu menarik perhatian aku.

"3 hari lagi kamu semua akan ada perjumpaan ibu bapa. Jadi saya nak kamu beritahu ibu bapa atau penjaga kamu untuk datang sekolah. Ini suratnya. Mesti beri pada mereka ya," guru itu menunjukkan satu kertas kepada kelas ini.

Aku terdiam sejenak lalu aku mengangkat tangan ingin bertanya kepada guru tersebut.

"Ya, Rechel." Dia mempersilakan aku.

"Kalau mereka sibuk macam mana? Perlu pergi juga ke?" Soal aku.

"Itu tak mengapa. Tapi kalau boleh suruh mereka datang."

Aku tersenyum lalu duduk kembali. Sudah tetap rancangan aku di dalam hati ini. Aku tak akan beritahu mereka. Kalau mereka tahu pun bukannya mereka datang.

Selama ini ada perjumpaan ibu bapa pun bapa aku tak pernah datang. Apatah lagi ini, memang tak lah dia akan datang.

Lagipun lebih baik dia tidak datang. Dapat juga aku sorokkan identiti keluarga sebenar aku daripada pelajar sekolah ini. Kalau mereka tahu mahu kecoh satu sekolah ini nanti.

Cakap tentang kecoh aku teringat pula dengan Ian. Ibu bapa diakan pembina sekolah ini, jadi kalau mereka datang bukankah lebih kecoh. Bukan setakat kecoh rasanya gempa bumi terus sekolah ini.

Siapa tidak terkejut, anak pembina sekolah ini belajar dekat sini berbanding dengan sekolah utama. Lagipun ramai orang tidak tahu Ian adalah anak kenapa dia orang pianist terhebat itu.

Nasib dia lah nanti. Siapa suruh sorokkan identiti besar macam tu.

.
.
.

Time skip

Pintu bilik tidur aku dibuka lalu aku terus masuk. Tidak lupa untuk menguncinya. Malas aku mahu lihat orang masuk tanpa kebenaran aku lagi.

Beg sekolah aku dilepaskan dan terus aku rebah ke katil. Penat juga hari ini. Setelah sekian lama tidak sekolah, penat itu memang terasa.

Tangan aku diletakkan ke dahi lalu aku cuba memejamkan mata ini. Walaupun aku tahu aku tidak boleh tidur tapi biarlah aku cuba menenangkan diri ini dahulu.

Setelah beberapa minit begitu, aku akhir bangun kembali menuju ke arah meja belajar aku tadi. Beg dibuka lalu ku mengeluarkan semua buku teks aku untuk aku belajar.

Dalam aku mengeluarkan buku tersebut, tiba satu kertas yang terselit antara buku itu terjatuh. Aku mengambil kertas tersebut dan melihat isinya.

Surat perjumpaan ibu bapa itu rupanya. Masih ada lagi surat ini. Aku ingatkan aku sudah buang tadi. Mesti terlupa sebab sibuk tadi.

Kaki aku melangkah menuju ke satu tong sampah tidak jauh dari meja ini. Kertas tersebut dengan selambar aku buang. Buat apa nak simpan kalau tahu bapa aku tidak akan datang.

Benda ini sudah biasa aku lakukan. Selama ini pun bukannya dia akan datang kalau aku beritahu. Aku sudah terima realiti hidup aku.

Sejauh mana pun aku cuba menarik perhatian mereka, mereka tidak akan layan aku. Malah dihiraukan sahaja. Memang takdir hidup aku.

Tak lama lagi karya ini akan tamat

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Tak lama lagi karya ini akan tamat. Tinggal beberapa cp lagi.

Silent Melody [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora