Lelaki itu terdiam sejenak. Terkejut ke jawab begitu. Tapi memang kenyataan semua itu benar bukan.

"Kamu..."

"Apa! Ke kau nak aku pergi sekarang!" kawan aku dengan sungguh kasar.

Aku sedar aku tengah biadap sekarang tapi aku sudah tidak boleh tahan. Selama ini luka itu semakin menyakitkan aku.

"Rechel, kamu tak boleh keluar dari bilik ni sampai kamu sembuh!" Arahnya dengan muka yang sungguh marah.

Aku terkejut dengan arahan tersebut. Aku tak boleh keluar. Mana boleh!

Aku ada sekolah dan tak lama lagi festival sekolah tu. Kalau aku tak ada dekar festival tu macam mana dengan persembahan aku bersama Carol nanti.

"Mana boleh begitu," aku cuba membangkang.

"Ini arahan muktamad. Abang akan suruh Mary jaga kamu sampai kamu sihat dan kamu tak boleh keluar bilik ini sampai masa tu!" Lelaki itu terus berjalan keluar.

Aku turun dari katil ini untuk mengejar lelaki itu. Aku tak boleh biarkan semua ini terjadi.

"Tunggu-"

Pam!

Pintu itu dihempas tutup. Aku memegang tombol pintu tadi lalu cuba membukanya namun semua itu hanya sia-sia.

Aku dikunci dari luar bilik ini. Sekali lagi aku cuba membuka tetapi hasilnya tetap juga sama. Nampaknya aku memang sudah dikurung di dalam bilik ini.

"Argh! Tak guna!" Marah aku lalu menendang pintu tersebut.

Aku terduduk menyandar pintu yang berkunci itu. Memang marah bercampur geram perasaan aku kini.

Musnahlah festival itu nanti. Aku tak dapat keluar dari bilik ini dan Carol mesti tak ada pasangan. Kenapa semua ini terjadi? Memang tak guna!

"Aku benci keluarga ini."

.
.
.
.
.

Cruz berjalan lemah menuju ke tangga yang sunyi itu. Dia duduk di kaki tangga tu sambil kepalanya disandarkan ke dinding bagunan itu.

Dia sudah buat kesilapan besar. Lelaki itu memang bertindak di luar fikirannya. Adakah patut dia berkara kasar seperti kepada Rechel.

Dia tidak ada niat mahu bergaduh dengan gadis itu dalam keadaan begini namun dia tanpa sengaja membuat arahan seperti itu lalu membuat Rechel semakin benci kepadanya.

Dia cuma tidak pandai berkata lembut dengan gadis itu. Apa yang dia ingin katakan hanyalah menyuruh gadis itu memakan ubat dan kembali sihat. Tapi tak sangka pula boleh jadi satu pergaduhan seperti ini.

Sudah beberapa hari Rechel dikurung di biliknya. Apabila dia datang melawat mesti gadis itu akan pura-pura tidur. Mary pula kata Rechel itu tidak pernah menghabiskan makanannya. Apa dia terlalu kasar?

Dia sendiri tidak tahu. Sekarang ini hatinya seperti mahu pecah melihat keadaan adiknya begitu. Rasa bersalah itu memang menghantui dirinya.

Disebabkan hal itu jugalah dia sekarang sudah seperti jasad kehilangan roh apabila berkerja. Dia tidak boleh fokus bila teringat akan kejadian itu.

"Cruz!" Tiba satu suara memanggilnya.

Lelaki itu menoleh ke hadapan dan kelihatan Clarissa berdiri dengan muka yang hairan melihat Cruz itu.

"Audrey, bukan kau sepatutnya sudah balik ke hospital kau ke?" Soal Cruz yang juga hairan kehadiran doktor itu.

"Saya datang sini sebab nak bagi dokumen ni," dia menunjukkan satu fail di tangannya.

"Awak pula kenapa duduk bersedih sini? Ada masalah ke?" Soal Clarissa lalu duduk bersama dengan Cruz.

Cruz hanya mengeluh pasrah. Memang dia ada masalah. Masalah yang sangat besar.

"Aku dah buat satu kesalahan yang sangat besar," balas Cruz membuat Clarissa bertambah risau.

"Apa masalah awak? Awak salah bagi urus dokumen ke? Ke tersalah rawat pesakit awak?" Clarissa Cuba meneka.

Cruz menggelangkan kepala tanda tidak betul tekaan itu.

"Habis tu apa?" Clarissa tidak dapat meneka lagi.

Cruz memandang ke arah doktor perempuan itu. Hanya doktor itu dia boleh luahan segala apa yang dia rasa kerana doktor itu mengenal Rechel seperti dia kenal Rechel.

"Aku bergaduh dengan Rechel lagi."

Bagi aku cute lah Cruz n Clarissa ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi aku cute lah Cruz n Clarissa ni. Apa lagi bila Cruz mengadu masalah macam tu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now