Kuat tawa yang dilepaskan oleh Nicholas tatkala terlihat riak Urshia yang bagaikan malu-malu. Dia segera mampir ke pintu bengkel lalu membukanya.

"Nak masuk? Awal sangat ni. Matahari baru sahaja naik. Sudah makan belum?" Soal Nicholas, prihatin. Hairan juga melihat dua orang pelajar universiti keluar pagi-pagi sedangkan dia baru sahaja mahu membuka kedainya.

"Eh, tak apa datuk. Saya sebenarnya perlukan servis datuk dengan jawab soalan saya sahaja." Ujar Zalchria sambil tersenyum nipis. Tangannya kuat memegang tali beg Urshia agar jejaka itu duduk diam dan tidak bergerak ke tempat lain.

Nicholas melepaskan pegangannya pada tombol pintu sebelum berpeluk tubuh. Keningnya dijongketkan sebelah menunjukkan isyarat bahawa dia sedia mendengar.

"Datuk tahu, Raeya dan Taikuri ke mana?" Zalchria bertanya terus tanpa berlapik. Haruslah berterus terang jika mahu cepat dapat informasi.

Berkerut dahi Nicholas mendengarkan soalan itu. "Kamu satu universiti dengan Raeya dan Taikuri ke?" Jawabnya dengan soalan. Yalah, siapa sahaja yang tahu kedua-dua pembuat masalah itu menghilang sekiranya bukan budak universiti mereka?

Zalchria mengangguk laju. "Ya, datuk. Urshia ni sudahlah satu bilik dengan Raeya. Bila dapat tahu yang roommate dia pergi buat quest, sunyi dia seorang-seorang." Balasnya dengan sengihan.

Apa lagi, Urshia yang sibuk mendengar segera memukul tangan sahabatnya itu.

"Aku pula? Datuk, Zalchria yang satu bilik dengan Taikuri ni yang selalu bising dekat saya tau. Saya tak cakap pun yang saya sunyi." Pantas Urshia membidas.

Melihatkan dua orang jejaka itu bergaduh mesra, Nicholas terus tersenyum sendiri. Mereka berdua ini, mengingatkannya pada Raeya dan Taikuri yang jauh di hujung Noctu Aviary sana itu. Senang hatinya apabila mengetahui bahawa Raeya mempunyai sahabat yang mengambil berat akan dirinya.

Namun, adakah rasa 'ambil berat' itu akan kekal selamanya?

"Okeylah, okeylah. Jangan gaduh, datuk bagitahu." Nicholas meleraikan perbalahan itu dengan kata-katanya.

Urshia dan Zalchria menoleh ke arah Nicholas lantas berdiri tegak dan memberi perhatian penuh.

"Datuk tak pasti tapi datuk rasa mereka di Kota Aveast." Itu sahaja yang mampu diberikan oleh Nicholas. Selebihnya, pandai-pandai Raeya-lah beritahu sendiri.

Zalchria dan Urshia membalas dengan anggukan faham lalu berbincang antara satu sama lain tentang perjalanan ke kota Aveast. Mengambil masa dan juga melibatkan kos yang agak banyak.

"Tak perlu risau sangatlah. Kamu berdua tu boleh terbang." Tegur Nicholas dengan maksud yang tersembunyi di sebaliknya. Benar, mereka itu boleh terbang. Tidak seperti seseorang yang harus menyembunyikan sayapnya itu.

"Hahaha, betul! Terima kasih banyak-banyak datuk!" Ucap Zalchria riang. Dia menundukkan kepala sebagai tanda hormat bersama Urshia di sebelah. Selepas itu, Urshia diarahkan untuk berjalan ke hadapan dahulu.

Zalchria bersalaman bersama Nicholas sebelum mengangguk penuh makna. Tanpa membuang masa, dia pantas mengekori Urshia dari belakang.

Lirikan mata Nicholas tidak lepas daripada kedua-dua jejaka itu sehinggalah mereka menghilang daripada pandangan. Selepas itu, dia dapat merasakan sesuatu dalam pegangannya.

"Huh?" Sehelai pelepah yang bewarna emas terdapat di atas tangannya. Dia menoleh ke arah jalan yang sudah kosong serta ke arah pelepah tersebut bersilih ganti.

Adakah Zalchria... Baru sahaja meletakkan pelepah itu ke dalam genggamannya sewaktu bersalaman tadi?

"Siapakah...?" Gumam Nicholas tidak percaya.

☆:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::☆


Dua jam berlalu, Urshia dan Zalchria kini menjumpai tempat untuk berhenti sepenuhnya. Peta yang dibawa dilihat secara bergilir bagi memastikan mereka berada di atas landasan yang betul.

"Sayap aku cramped!" Adu Urshia sambil mengusap sayapnya lembut. Setelah berasa sedikit lega, segera dia melenyapkan sayap miliknya itu.

Kerusi panjang milik sebuah kafe menjadi sasarannya untuk merehatkan diri. Di sampingnya pula, Zalchria sedang bertungkus-lumus meletakkan beg yang disarungkan di hadapan badannya itu ke atas meja.

"Awak tak fit, sebab tu mudah cramp sayap tu. Lagi pun, awak tak biasa guna sayap awak. Jangan takut dengan warna dan persepsi orang, hidup kita kitalah punya. Ramai sahaja di luar sana yang bersayap hitam dan bekerjaya tinggi. Ingat tu." Bebel Zalchria sebelum menuju ke kaunter kafe untuk memesan minuman buat mereka berdua.

Urshia mencebik. Rambutnya yang serabai ditiup angin diperkemaskan semula. Sifat Zalchria yang penuh dengan positif dan kebaikan itu merimaskannya. Meskipun benar kata-kata jejaka itu, bukannya dia tidak tahu. Cuma sifat negatif mudah menyisip ke dalam mindanya.

"Nah, saya belanja."

Segelas air kopi sejuk diletakkan ke atas meja di hadapan Urshia. Melihatkan itu, Urshia terus sahaja ternganga besar.

"Macam mana kau tahu aku suka kopi?" Soal Urshia, agak terkejut.

Zalchria tersenyum kecil kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan urshia. "Kita kan kawan."

"Kawan?" Tanya Urshia lagi.

Terangguk-angguk Zalchria mengiyakan. "Awak ni, kita dah berkawan dari sekolah menengah rendah tau! Fikir kita ni kenal-kenal macam tu je ke? Awak kan baik, siapa je yang tak nak kawan dengan awak?" Jawabnya bersungguh-sungguh.

"Pfft, 'baik'!" Ejek Urshia kemudian tertawa kecil. Air kopinya itu diambil dan disedut bagi melegakan tekaknya. "Boleh aku tahu, apa hubungan datuk Nicholas dan Raeya?" Soalnya bagi mengubah topik.

"Tak boleh."

"Kau ni...."

"Okey-okey, aku gurau sahajalah!" Balas Zalchria pantas apabila Urshia sudah mengubah nada suaranya. "Datuk Nicholas itu sahabat pakcik Asher, iaitu penjaga Raeya. Saya kenal dengan pakcik Asher sebab saya pernah terserempak dengan Raeya yang kebetulannya melawat datuk Nicholas di bengkel bersama pakcik Asher." Sambungnya lagi.

Urshia mengangguk faham. Puas hati atau tidak dengan jawapan itu, biarlah dia tahu seorang.

"Apa tujuan kita cari Raeya sebenarnya? Kita sendiri pun tidak tahu apa tujuan dia mengikuti quest yang diberikan itu. Jika berkenaan hal personal, aku tidak mahu menyibuk." Tutur Urshia sambil mengacau air kopinya itu menggunakan penyedut minuman.

"Kalau Taikuri boleh ikut, kenapa kita tak boleh?" Jawab Zalchria dengan soalan yang mana membuatkan Urshia panas hati dengan perangai jejaka yang berada di hadapannya kini.

"Kenapa aku dalam banyak-banyak orang yang kau nak ajak?" Urshia memulangkan paku buah keras.

"Macam yang aku cakap, sebab kau baik." Jawab Zalchria, sempoi. Minumannya dihabiskan kemudian lekas mengemas barang-barangnya.

Urshia menepuk dahinya geram. Sudahlah, dia malas untuk ambil tahu. Tak reti bersikap serius langsung 'sahabat'nya yang seorang itu.

"Jom kita pergi Northwing kejap, ada barang saya nak cari." Ajak Zalchria lalu berjalan pergi tanpa menunggu jawapan Urshia.

Keluhan kuat Urshia lepaskan. Haih, apalah nak jadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai semua! Maafkan saya atas kelewatan kerana kesibukan yang teramat! Memandangkan saya sudah cuti, akan saya cuba update se-consistent yang mungkin.

Cuti-cuti juga tapi saya ni rajin sangat menyusahkan diri dengan tolong cikgu di sekolah lama saya dan masuk kelab itu ini. Hmm, tak apalah. Doakan saya mempunyai semangat untuk terus menulis! (๑•̀ㅂ •́)و ✧

Pelepah EmasWhere stories live. Discover now