Kalaulah dia tahu efek perkara dia lakukan akan menjadi teruk sebegini sudah semestinya dia tidak melakukan hal itu sebelum ini.

Dia memang gagal sebagai ketua dalam menjaga keluarga tersebut. Isterinya pergi kerananya dan sekarang anak perempuannya cuba untuk menghindari keluarga ini.

Lelaki itu memusingkan badannya untuk menuruni tangga tersebut. Sempat dirinya terhenti melihat gambar keluarganya besar tergantung di dinding rumah ini.

Itu adalah gambar keluarganya 20 tahun lepas. Masa itu Rechel belum lahir lagi, jadi gadis itu belum ada di sana. Gambar itu menunjukkan ekspresi keluarga ini yang sungguh bahagia.

Memang keluarga itu sangat bahagia dahulu tetapi semua itu hilang apabila sosok orang yang paling dia cintai meninggalkan dirinya. Keluarga ini pada waktu itu terus berubah.

Tidak ada satu pun senyuman yang hadir setelah kejadian itu. Jadi tidak hairanlah kenapa Rechel jadi sedingin itu apabila sudah besar. Lihat sahaja bagaimana keluarganya melayani gadis itu sudah boleh menjadi bukti kukuh.

"Shawn, kalau satu hari nanti ada apa-apa jadi dekat saya, saya nak awak jaga anak kita macam mana awak jaga saya."

"Apa awak cakap ni. Kita satu keluarga akan hidup seperti ini sampai bila-bila bersama dengan anak perempuan kita ini."

Dia teringat akan kata isterinya dahulu. Terfikir juga dia adalah isterinya tahu semua ini akan terjadi sehingga wanita itu mengatakan ayat tadi.

Kalaulah isterinya itu masih ada mesti isterinya sudah kecewa dengan dirinya itu. Sangat kecewa kerana membuat Rechel menderita seperti itu.

Dia tahu puan Amel sangatlah sayangkan Rechel. Malah puan Amel selalu berharap Rechel tumbuh menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan bahagia hidup di dunia ini.

Namun semua itu hanyalah bayangan puan Amel sahaja. Gadis itu tidak pernah bahagia hidup di dunia ini. Malah gadis itu pernah cuba bunuh diri 2 kali dalam hidupnya.

Kalaulah puan Amel masih hidup mesti dia sedih melihat keadaan anaknya yang sungguh tersiksa tersebut.

"Dan berita baik untuk papa, Rechel akan keluar dari rumah ini selepas Rechel graduate."

Encik Shawn mengeluh sekali lagi mengingati kata anaknya tadi. Rasa bersalah itu memang tumbuh di dalam hatinya.

Kalaulah dia boleh ubah perkara ini lebih awal mesti semua ini tidak akan berlaku. Sangatlah dia menyesal.

"Saya sudah gagal jadi kotakan janji kita berdua, Amel," akhir katanya sambil merenung gambar puan Amel yang tersenyum itu.

.
.
.
.
.

Pak!

Aku menghempas tutup pintu bilik ini. Hati aku masih tidak tenang dengan percakapan aku bersama bapa aku tadi.

Memang aku kasar tapi aku sudah tidak boleh tahan berpura-pura baik di hadapannya setelah semua ini terjadi. Sudah cukup aku menahan rasa sabar ini.

Kaki aku melangkah menuju ke meja belajar aku. Beg dilepaskan lalu aku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja urusan aku di sana, aku terus menuju ke cermin yang berdiri tegak di dalam bilik ini. Aku memandang wajah ini sendiri.

Tidak ada apa-apa ekspresi. Hanya datar seperti orang yang tidak berperasaan sahaja. Apa aku selalu berwajah begini?

Atau aku memang sudah tidak ada perasaan sekarang?

Aku tidak tahu. Entah sejak kejadian itu, perasaan di dalam diri ini semakin hari semakin menghilang. Mungkin aku akan kehilangan semua perasaan aku nanti.

Silent Melody [✔️]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin