"Apa? Cakap setepek pun salah." rungut Alvin lalu meneruskan makannya.

Lia diam-diam tersenyum suka. Bagus juga si Alvin ni. Sekurang-kurangnya ada juga yang berada di pihaknya.

"Wifey, nak Hubby suap tak?"

Tiba-tiba suara Kyle kedengaran. Satu meja lantas menoleh ke arah Kyle yang sudah menghalakan sudunya pada Lia.

"Tak payah la. Hubby suap je isteri nomb- Umph!"

Belum sempat Lia menghabiskan ayatnya, Kyle terus menyumbatkan makanan ke mulut itu. Dia tersenyum puas apabila Lia menjeling tajam.

"Meh sini, Hubby suapkan."

Pinggan Lia dicapai lalu Kyle mula menyuapkan Lia. Lia pula tidak lagi menolak apabila disuap. Suka la tew!

"Fikir sweet ke, hanjing?" Hao menegur dengan riak toyanya. Sendu la bengong. Dia dahlah berkurun single. Haih jodoh, manalah kau menghilang.

"Kau jealous apahal?" Ayden pula menegur. "Kalau jealous pergilah cari bini."

"Bukan aku tak nak cari. Tapi..."

"Tapi apa?" soal Lia apabila Hao tidak menyambung ayatnya.

"Tapi aku tak sanggup nak biar Alvin sendu sorang-sorang. Maklumlah tak laku."

"Babi lahanurt anjing! Mampus jelah kau!" Kepala Hao di tonyoh kuat pada pinggan sendiri. Alvin tersenyum puas.

Satu meja hanya mengabaikan dek terbiasa dengan perangai Alvin dan Hao yang selalu membuat kecoh. Hanya Lia sahaja yang nampak terkejut.

"Pale babun kau main kepala aku, setan!" marah Hao. Beberapa butir nasi melekat pada mukanya, termasuklah kuah lauk-pauk tadi. Mujur sahaja tiada yang masuk ke dalam mata.

"Dah muka kau serupa sangat dengan pinggan tu. Bukan salah aku."

.

.

.

.

.

.

    "Kenapa kau cari aku?" Soal si lelaki yang duduk bersandar di sebuah kerusi empuk. Wajah Evel yang duduk berdepan dengannya dipandang tak lepas.

"Aku ada satu permintaan." jelas Evel.

"Apa pulak kali ni?"

Nafas ditarik lalu dihela perlahan. "Aku nak libatkan Ed."

"Kau pasti?" soal si lelaki itu pula. Senyuman sinis terukir apabila Evel tidak menjawab. "Kau tahu apa akan jadi lepas ni, Hell. Kau akan hilang kedua-dua orang kuat kau."

"Aku tak perlukan diorang lagi. Diorang cuma akan menyusahkan aku." ujar Evel dalam nada mendatar. Matanya dilarikan ke dinding gelap, tidak mahu membalas tujahan mata si lelaki.

"Huh, kejam." Lelaki itu tertawa kecil. "Okay, kalau kau kata macam tu. Tapi kau pun tahu, setiap permintaan ada bayarannya."

"Apa yang kau nak?"

Evel hanya memerhati apabila salah seorang anak buah si lelaki itu menghulurkan sebilah kapak buat ketuanya. Senyuman sinis sang lelaki hanya dibalas dengan renungan kosong.

"Macam mana kalau, kau bayar dengan sebelah tangan kau?"

Evel tersentak. "Perlu ke?"

"Aku tak pernah lupa macam mana kau seksa semua ahli keluarga aku, sebelum kau bunuh diorang. Evelyn Helena, kau manusia paling kejam aku pernah jumpa. Setakat potong sebelah tangan, tak cukup untuk gantikan beratus nyawa yang kau seksa dan bunuh."

Suara lelaki itu mendatar namun matanya jelas penuh dengan dendam. Masih terbayang mayat-mayat ahli keluarganya yang dijumpai serba tidak cukup sifat. Ada yang sudah rentung dibakar, ada yang hilang anggota badan dan ada juga yang hancur badannya akibat disiat. Sungguh, dia takkan lupakan hari dimana dia kehilangan semua ahli keluarganya disebabkan gadis muda ini.

Tapi adakalanya, kerjasama dengan musuh akan menguntungkan. Maka peluang di depan mata ini takkan dia bazirkan. Mungkin sahaja akan sampai masa untuk dia balas segala kekejaman seorang Hell.

Evel diam. Satu tangannya dinaikkan ke atas meja. "Ambillah bayaran kau."

"Nice, baby."

Si lelaki bangun lalu kapak itu dimainkan ditangannya. Kedudukan tangan Evel dibetulkan. Kapak itu diacah pada pergelangan tangan Evel berkali-kali. Sempat dia tersenyum mengejek pada gadis itu sebelum bilah kapak dihayun laju ke arah tangan Evel.

PAK!

______________

~23/1/2020~

~23/1/2020~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now